08/06/2026
PROGRAM PENANAMAN POKOK
Pada 8 Jun 2026, telah berjaya dilaksanakan satu program penanaman pokok melibatkan sebanyak 80 anak pokok di kawasan yang telah ditetapkan.
Program ini melibatkan penanaman tiga (3) spesies utama, iaitu:
Pokok Merbau
Pokok Meranti Bukit
Pokok Keruing Alatus
Lokasi penanaman adalah di sebahagian Kompartmen 58, Hutan Simpan Chikus.
Program ini disertai oleh pihak Garden International School Kuala Lumpur, dengan penyertaan seramai 32 orang murid serta 5 orang guru pengiring.
Sekian, terima kasih.