Pejabat Agama Islam Daerah Tapah Paid

Pejabat Agama Islam Daerah Tapah Paid SEBUAH ORGANISASI YANG DITUBUHKAN BAGI MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT BERKAITAN HAL EHWAL ISLAM DALAM ASPEK PERKAHWINAN, PENCERAIAN, PERTANYAAN DAN LAIN-LAIN

28/08/2026

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM MAULIDUR RASUL PELAJAR SRAR BIDOR
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H MASJID ABU HURAIRAH

Ustaz Hishamuddin Kassim
Pengerusi PPSR Cawangan Tapah

Senarai SRAR yang terlibat;
- SRITI Bidor
- SRAR Al Falah Kg Poh
- SRAR Al Ikhlasiah Kg Cegar
- SRAR Al Ikhlasiah Kg Petalin
- SRAR Al Ikhlasiah Taman Sri Bidor
- SRAR Azhariah Taman Desa Damai
- SRAR Dahwatul Taqwiah Jeram Mengkuang
- SRAR Madrasah Nurul Huda Batalion 3 PGA
- SRAR Tarbiatul Islamiah Kg Dato Kamaruddin

Acara yang dipertandingkan adalah Azan, Bercerita Kisah Nabi, Tulisan Khat serta Berselawat Berkumpulan. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 118 pelajar.

Alhamdulillah, syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Tapah Paid dengan kerjasama PPSR serta Persatuan Kebajikan Wanita Ros Putih atas inisiatif mengadakan program ini.

Semoga usaha murni ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang serta komitmen dan khidmat bakti seluruh warga kerja yang terlibat dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

----------- JOM WAKAF & INFAK ------------
Hulurkan sumbangan berbentuk infak tunai seikhlas hati bagi pihak diri sendiri, ibu bapa mahupun keluarga supaya perlaksanaan Projek Pembesaran Dewan Solat Masjid Abu Hurairah Bidor dapat disiapkan sepertimana yang dirancang.

*Kursus Sistem e-Speak Bendahari Masjid Peringkat Daerah Tapah*27 Ogos 2026, SUNGKAI — Bertempat di Dewan Masjid Jamek S...
27/08/2026

*Kursus Sistem e-Speak Bendahari Masjid Peringkat Daerah Tapah*

27 Ogos 2026, SUNGKAI — Bertempat di Dewan Masjid Jamek Sungkai telah berjalan dengan jayanya Kursus Sistem e-Speak Bendahari Masjid Peringkat Daerah Tapah.

Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Tapah ini melibatkan penyertaan dalam kalangan Pengerusi, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam penggunaan sistem e-Speak, khususnya berkaitan pengurusan dan pentadbiran kewangan masjid.

Pengisian kursus telah disampaikan oleh Ustaz Anwar bin Ahmad Fauzi, PPMD Muallim, yang memberikan penerangan serta bimbingan kepada para peserta berkaitan penggunaan sistem tersebut.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan masjid melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan dengan lebih sistematik, teratur serta berkesan selaras dengan keperluan semasa.

Berita :
PPMDTPH

KURSUS PORTAL e-MASJID PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG24 Ogos 2026, SUNGAI – Kursus Portal e-Masjid Peringkat Daerah Bata...
25/08/2026

KURSUS PORTAL e-MASJID PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

24 Ogos 2026, SUNGAI – Kursus Portal e-Masjid Peringkat Daerah Batang Padang telah diadakan dengan jayanya di Masjid Jamek Sungkai.

Kursus ini melibatkan pengurusan masjid yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam penggunaan Portal e-Masjid bagi membantu pengurusan masjid yang lebih sistematik dan berkesan.

Sesi kursus telah disampaikan oleh Us. Anwar Fauzi PPMD Muallim yang memberikan penerangan serta panduan berkaitan penggunaan Portal e-Masjid.

Majlis turut diserikan dengan ucapan penutup oleh Tuan Haji Rozaini bin Haji Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Tapah. Beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dan mengaplikasikannya dalam pengurusan masjid masing-masing.

Kursus berlangsung dengan lancar serta mendapat kerjasama dan penglibatan yang baik daripada para peserta.

Berita :
PPMDTPH

25/08/2026

Sila Ambil Perhatian Pada Bakal-Bakal Pengantin‼️‼️

🌹 ZIARAH PRIHATIN PEJABAT AGAMA DAERAH TAPAH 🌹Dengan rasa rendah hati, pada hari ini, 20 Ogos 2026, Pegawai Tadbir Agama...
24/08/2026

🌹 ZIARAH PRIHATIN PEJABAT AGAMA DAERAH TAPAH 🌹

Dengan rasa rendah hati, pada hari ini, 20 Ogos 2026, Pegawai Tadbir Agama Daerah Tapah, Tuan Ustaz Rozaini bin Haji Ibrahim, bersama Ketua Unit Pendidikan Daerah, Ustazah Zulaikha, dan Penyelia KAFA, Puan Suhaila binti Ahmad, telah mengadakan ziarah prihatin ke rumah keluarga Ustazah Katumi binti Ahmad, guru KAFA dari SRAR Nadawah, Kg Jawa Batu Masjid, Tapah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 18 Ogos lalu.

Ziarah ini telah disambut oleh anak lelaki beliau di kediaman keluarga, yang turut berkongsi perkembangan terkini rawatan ibunya. Ustazah Katumi kini dalam rawatan kritikal di ICU Hospital Teluk Intan selepas menjalani pembedahan kepala di Hospital Ipoh akibat patah tulang siku dan pendarahan kepala. Alhamdulillah, beliau menunjukkan tanda-tanda positif selepas pembedahan.

Dalam ziarah ini, kami menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga. Kami juga mendoakan agar Ustazah Katumi segera pulih dan kembali cergas seperti sedia kala.

Teruskan doa untuk Ustazah Katumi ya, semua. Semoga Allah pelihara dan permudahkan segalanya. 🤲




🌸 MAJLIS IHTIFAL TADIKA ISLAM PERAK DAERAH TAPAH & MUALLIM 1448H / 2026 🌸Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya...
22/08/2026

🌸 MAJLIS IHTIFAL TADIKA ISLAM PERAK DAERAH TAPAH & MUALLIM 1448H / 2026 🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal Tadika Islam Perak Daerah Tapah & Muallim 1448H/2026 pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan SRAR Al Rahmaniah, Kg Datok Tapah.

Majlis telah dirasmikan oleh AF Ustaz Rozaini bin Hj Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Tapah, serta turut dihadiri oleh Ustazah Zulaikha bt Md Yusof, Ketua Unit Pendidikan Daerah Tapah, dan Ustazah Sharifah Nur Aishah bt Syed Ismail, Ketua Unit Pendidikan Daerah Muallim, para tetamu serta ibu bapa anak-anak Tadika Islam Perak.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan Doa & Makna, Hafazan Surah, Da'i Cilik, Bercerita (Bahasa Melayu), Storytelling (Bahasa Inggeris) dan Nasyid.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga usaha ini menjadi wadah mencungkil bakat, membina keyakinan dan melahirkan generasi cilik yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. 🌷✨

“Mencipta Generasi Cilik, Membina Ummah Gemilang.”





22/08/2026

📯 PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK TAHUN 2027

Permohonan dibuka mulai:
📆 05 Oktober 2026 hingga 19 Oktober 2026
🌐 Mohon secara atas talian di:
🔗 https://e-smanperak.my

✅ SYARAT PERMOHONAN:
🇲🇾 Warganegara Malaysia
📌 Minimum 5A dalam UPKK
📌 Minimum 4A dalam SRAI

📞 Sebarang pertanyaan:
05 208 4938 / 4954 / 4950 / 4951 / 4949

Sila kongsikan makluman ini kepada semua yang berminat.

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk memohon kemasukan murid 2027! 🌟

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌✨ DIBALIK TABIR KEHEBATAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H ✨"Sebaik-baik manusia adalah ...
19/08/2026

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

✨ DIBALIK TABIR KEHEBATAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H ✨
"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain."

Jutaan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh barisan Urusetia & Jawatankuasa Pelaksana yang telah menggembleng tenaga, masa, dan fikiran demi menjayakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M.

Tanpa komitmen padu, keringat, dan kesabaran anda di belakang tabir—daripada perancangan awal hinggalah majlis melabuhkan tirainya—kejayaan ini tidak akan dapat dicapai.

Moga setiap titik peluh, pengorbanan, dan khidmat bakti yang dicurahkan dicatat sebagai amal soleh serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Salam Maal Hijrah 1448H. 🌙✨

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌Foto-foto sekitar majlis, ketibaan dan tausiyah oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bertaj...
19/08/2026

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Foto-foto sekitar majlis, ketibaan dan tausiyah oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bertajuk "Hijrah Rasulullah SAW: Cetusan Hijrah, Inspirasi Perubahan".

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌✨ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH 1448H/2026M ✨Alhamdulillah, set...
19/08/2026

📸 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

✨ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH 1448H/2026M ✨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Maal Hijrah 1448H/2026M di atas jasa, bakti, dan sumbangan yang telah dicurahkan.
Berikut adalah senarai tokoh-tokoh yang diraikan:

🏅Anugerah Tokoh Ibnu Sina: Dr. Yusof bin Dalin
🏅Anugerah Tokoh Muaz bin Jabal: Ustaz Mohamad Salleh bin Mohd Zain
🏅Anugerah Tokoh Saidatina Aisyah: Ustazah Roslida binti Zamri
🏅Anugerah Tokoh Uthman bin Affan: En. Bahari bin Abdullah (Bah Bot)
🏅Anugerah Tokoh Abdul Rahman bin Auf: En. Bajeri bin Ismail
🏆 Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1448H/2026M: Tuan Haji Ishak bin Haji Mat Dahlan

Semoga anugerah ini menjadi ikhtibar, inspirasi, dan pendorong semangat buat kita semua untuk terus berbakti serta menyebarkan kebaikan demi ummah.

Address

Tapah
35000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6054011006

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Tapah Paid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share