VET Tapah

VET Tapah Perkhidmatan Veterinar
Tel : 05-4011124
Fax : 05-4017914 Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.

Visi
Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia

Misi
Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia

Objektif
Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
Mempastikan kesihatan awam

melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai
Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan
Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran

FUNGSI
Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik. Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan. Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin. Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan. Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar. Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan. Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

28/11/2014
20/11/2014
20/11/2014
Gotong royong bakar lemang dan sekitar jamuan hari raya...
22/08/2014

Gotong royong bakar lemang dan sekitar jamuan hari raya...

21/08/2014

Terima kasih kepada semua kerana menjayakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 PPVD Batang Padang Tapah termasuk penternak serta staff daerah T. Intan, Kampar, HQ dan terutamanya kepada Tuan Pengarah yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada staff PPVD Tapah yang berusaha untuk menjayakan majlis ini dengan jayanya.

Jemputan Jamuan Hari Raya...
18/08/2014

Jemputan Jamuan Hari Raya...

Perkongsian info:) :) :)
10/04/2014

Perkongsian info
:) :) :)

Kenapa Kucing Makan Rumput? Ketahuinya sekarang..Kucing adalah haiwan yang pembersih dan tidak najis. Tentu sekali anda ...
08/12/2013

Kenapa Kucing Makan Rumput? Ketahuinya sekarang..

Kucing adalah haiwan yang pembersih dan tidak najis. Tentu sekali anda pernah lihat kucing anda menjilat bulu mereka setiap hari. Seperti yang anda ketahui, kucing mempunyai lidah seperti s...ikat yang halus, jika kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidah kucing dan akan terus ditelan.

Bulu yang terus ditelan tersebut tidak akan dicerna atau dihadam oleh perut kucing, jadi saban hari bulu tersebut menjadi gumpalan ataupun lebih dikenali sebagai "hairball".

Gumpalan bulu yang tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera.

Bagaimana cara untuk mengeluarkan gumpalan bulu tersebut?

Jangan risau, kucing semestinya tahu bagaimana untuk mengeluarkan gumpalan tersebut secara semulajadi. Mengikut pemerhatian di seluruh dunia, kucing akan memilih Rumput sebagai ejen untuk memuntahkan gumpalan bulu tersebut. Ya! ,memuntahkan semula adalah satu-satunya cara untuk mengawal atau membuang gumpalan tersebut. Kucing akan memakan rumput dan akan memuntahkan gumpalan bulu bersama-sama rumput yang dimakan.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai dan salad itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan / tumbuhan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.

TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

Terdapat banyak kes yang menyedihkan mengatakan kucing mereka mati akibat diracun orang, kepada yang terlibat, kami meminta maaf atas apa yang terjadi kepada kucing anda, tetapi mungkin anda perlu berfikir dua tiga kali kenapa kucing anda seakan diracun orang. Mungkin kerana racun rumpai yang tidak disengajakan ataupun pokok/rumput yang beracun. Jadi, berhati-hati.

Memilih rumput organik

Pet Grass adalah satu alternatif rumput yang selamat, organik dan semulajadi. Boleh ditanam di pangsapuri dan tempat-tempat yang sempit tanpa memerlukan ruang yang banyak.

Produk Pet Grass adalah produk yang mesra pengguna. Anda tidak perlu bersusah payah untuk membeli tanah, bekas dan juga masa. Ianya lengkap dengan biji benih, media tanaman organik, bekas penanaman, dan cara-cara penanaman. Anda hanya perlu sediakan air dan juga sedikit pencahayaan.

Pet Grass cuma memerlukan SEMINGGU untuk tumbuh, ya! seminggu sahaja diperlukan dan haiwan peliharaan anda boleh menikmatinya.

Pet Grass bukan sahaja terhad kepada kucing, malah kepada ARNAB, HAMSTER, GUINEA PIG, ANJING, PARROT, IGUANA, REPTILIA & LAIN-LAIN.

Pet Grass merupakan biji benih yang diimport dari Australia, 100% Organik dan juga biji benih yang terbaik. Senang tumbuh malah tahan lama apabila sudah ditanam.

Address

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batang Padang, Jalan Damai
Tapah
35000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VET Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share