Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Government Organization, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Jalan Damai, Tapah.

Objektif Kami:
1) Menyampaikan info-info terkini mengenai perkhidmatan pergigian di klinik dalam Daerah Batang Padang.

2) Memudahkan komuniti di Batang Padang untuk mengakses info berkaitan kesihatan pergigian melalui media sosial

3) Perkongsian aktiviti semasa yang dijalankan oleh klinik dalam Daerah Batang Padang

4) Sebagai medium komunikasi dua hala antara petugas kesihatan pergigian dan masyarakat.

22/07/2026
๐Ÿชฅโœจ JOM SERTAI  ! โœจ๐ŸฆทSenyuman sihat bermula dengan tabiat yang baik! ๐Ÿ˜๐Ÿ“… 22 Julai 2026 (Rabu)๐Ÿ•™ 10.00 pagiLuangkan 2 minit u...
21/07/2026

๐Ÿชฅโœจ JOM SERTAI ! โœจ๐Ÿฆท

Senyuman sihat bermula dengan tabiat yang baik! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“… 22 Julai 2026 (Rabu)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi

Luangkan 2 minit untuk memberus gigi dan kongsikan momen anda di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap amalan penjagaan kesihatan pergigian. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ธ Jangan lupa gunakan hashtag:




๐Ÿ’ช Bersama-sama kita jadikan amalan memberus gigi selama 2 minit, 2 kali sehari sebagai budaya demi senyuman yang lebih sihat!

๐Ÿฆท Jom sertai MyBrushHour 2026 dan sebarkan senyuman yang sihat! โœจ๐Ÿ˜



๐Ÿšจ๐Ÿ‘„ ๐‘ป๐’‚๐’๐’…๐’‚-๐‘ป๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐‘จ๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’๐’”๐’†๐’“ ๐‘ด๐’–๐’๐’–๐’•๐ŸŸฃ Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal jika kita peka terhadap tanda-tand...
14/07/2026

๐Ÿšจ๐Ÿ‘„ ๐‘ป๐’‚๐’๐’…๐’‚-๐‘ป๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐‘จ๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’๐’”๐’†๐’“ ๐‘ด๐’–๐’๐’–๐’•

๐ŸŸฃ Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal jika kita peka terhadap tanda-tandanya. ๐Ÿ‘„

Luangkan hanya 2 minit untuk membuat pemeriksaan sendiri di hadapan cermin. Jika anda mengalami ulser yang tidak sembuh, tompok merah atau putih, ketulan, gigi goyang tanpa sebab, atau sakit ketika menelan yang berlarutan, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. ๐Ÿฆท๐Ÿ”

Pengesanan awal mampu meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan. Sayangi kesihatan mulut anda, kerana setiap pemeriksaan kecil boleh membawa perubahan yang besar. ๐Ÿ’œโœจ

Pereka Infografik :
Dr Dayanandan A/L Narayanan
Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Sungkai





๐Ÿ“šโœจ ๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐‘จ๐’”๐’†๐’• ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’•๐’๐’“ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’‚๐’Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang telah menganjurkan Kursus Pe...
14/07/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐‘จ๐’”๐’†๐’• ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’•๐’๐’“ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’‚๐’

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan yang melibatkan seramai 21 orang, terdiri daripada 18 peserta, 1 urus setia dan 2 orang penceramah daripada Unit Pengurusan Aset dan Stor (UPAS), Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam pengurusan aset dan stor di fasiliti masing-masing serta memastikan penyediaan rekod aset dan stor yang lengkap, tepat dan mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Ceramah telah disampaikan oleh:
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Puan Sri Devi A/P Subaran
Penolong Pengarah Kanan M10

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Puan Zurina Fansuri binti Zaman Huri
Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N6

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan aset dan stor di setiap fasiliti demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti. ๐Ÿค๐Ÿ“‹




โœจ๐‘ณ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘นโœจPada 10 Julai 2026, sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 20...
12/07/2026

โœจ๐‘ณ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘นโœจ

Pada 10 Julai 2026, sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026, Klinik Pergigian Slim River telah menerima lawatan sambil belajar daripada murid-murid Tadika Bestari Maju dan Tadika Soleh Bestari bagi memberi pendedahan awal mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian dan kesihatan secara menyeluruh.

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik, termasuk ceramah kesihatan pergigian, demonstrasi teknik memberus gigi yang betul, pertunjukan boneka, permainan interaktif, pertunjukan multimedia dan lawatan ke fasiliti klinik serta sesi pengenalan kepada peranan anggota kesihatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Lawatan yang melibatkan seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring ini diharapkan dapat memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik sejak usia muda serta mengurangkan rasa takut terhadap persekitaran klinik pergigian.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak Tadika Bestari Maju dan Tadika Soleh Bestari atas kesudian mengadakan lawatan sambil belajar ke Klinik Kesihatan Slim River. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap kesihatan pergigian.

Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian.



๐Ÿฆท ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ณ ๐‘บ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ถ๐‘ณ ๐‘จ๐‘ป๐‘ป๐‘จ๐‘ช๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด ๐Ÿ“šโœจSempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026, Kli...
12/07/2026

๐Ÿฆท ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ณ ๐‘บ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ถ๐‘ณ ๐‘จ๐‘ป๐‘ป๐‘จ๐‘ช๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด ๐Ÿ“šโœจ

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026, Klinik Pergigian Bidor telah menganjurkan program Dental School Attack di Sekolah Kebangsaan Bikam bagi memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian sejak usia muda.

โœจ Antara aktiviti yang telah dijalankan:

๐ŸŽค Ceramah pendidikan kesihatan pergigian
๐Ÿชฅ Demonstrasi teknik memberus gigi yang betul
๐Ÿ˜ Pemeriksaan kesihatan pergigian
๐Ÿ“š Pameran pendidikan kesihatan pergigian
๐Ÿงฉ Mini station pembelajaran interaktif yang memberi peluang kepada murid meneroka pelbagai topik kesihatan pergigian melalui aktiviti hands-on, permainan pendidikan dan pembelajaran secara santai.
โ“Sesi soal jawab dan kuiz bersama murid

Pendekatan pembelajaran secara interaktif ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan murid serta memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dalam suasana yang menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SK Bikam atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap kesihatan pergigian.




Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026, Klinik Pergigian Slim River telah mengadakan program kolaborasi bersama...
10/07/2026

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026, Klinik Pergigian Slim River telah mengadakan program kolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dalam usaha memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya ceramah kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr. Brenda Lim dan Dr. Nabilah Hannah, serta sesi perkongsian oleh Ikon Gigi, Puan Haiza dan Tuan Haji Azizi.

Selain itu, pameran pendidikan kesihatan pergigian serta pemeriksaan pergigian turut diadakan dan telah memberi manfaat kepada 68 orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada IPD Muallim atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan pergigian.

Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian.



๐ŸŒŸ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ด๐‘จ (๐‘ฒ๐‘ถ๐‘จ) 2026๐ŸŒŸPada Sabtu yang lalu (4/7/2026), Klinik Pergigian Bidor dengan kerjasama Masjid Abu...
06/07/2026

๐ŸŒŸ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ด๐‘จ (๐‘ฒ๐‘ถ๐‘จ) 2026๐ŸŒŸ

Pada Sabtu yang lalu (4/7/2026), Klinik Pergigian Bidor dengan kerjasama Masjid Abu Hurairah, Bidor telah berjaya menganjurkan Program Kolaborasi Agama (KOA) 2026 bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian di samping menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti:

๐Ÿฆท Ceramah kesihatan pergigian
๐Ÿชฅ Pemeriksaan gigi
๐Ÿ“š Pameran pendidikan kesihatan pergigian
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan mulut, di samping mengeratkan hubungan antara pihak klinik, institusi masjid dan komuniti setempat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK Masjid Abu Hurairah, Bidor, seluruh warga kerja Klinik Pergigian Bidor, serta semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat, berilmu dan prihatin terhadap kesihatan pergigian.





๐Ÿค ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ŸฆทPejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang telah mengadaka...
03/07/2026

๐Ÿค ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐Ÿฆท

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang telah mengadakan lawatan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Muallim, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kolaborasi dalam memperkasakan promosi kesihatan pergigian di daerah Muallim.

Turut hadir ialah:
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Dr. Wan Murni Athirah binti Wan Zaidi
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Dr. Nur Husnina binti Jaafar
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Dr. Abbhinaya a/p M. Kannan
๐Ÿฆท Pn. Shahhaiza binti Md. Khir, Ikon Gigi Daerah Batang Padang & Muallim.

Perbincangan memfokuskan kepada pelaksanaan program kolaborasi bersama, di samping perkongsian pengalaman sukarelawan oleh Ikon Gigi dalam memperkasa kesihatan pergigian di peringkat komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak atas kesudian menerima kunjungan ini.



Salam Wbt & Selamat Sejahtera,Menarik di Klinik Pergigian Mesra Promosi Slim River harini, ceramah yang bertajuk โ€œAwas P...
02/07/2026

Salam Wbt & Selamat Sejahtera,

Menarik di Klinik Pergigian Mesra Promosi Slim River harini, ceramah yang bertajuk โ€œAwas Pengamal Pergigian Haram! Fake Braces & Fake Denturesโ€

Tempat: Ruang Menunggu KP Slim River
Tarikh: 2/7/2026
Masa: 3.00 - 4.00 petang

Jumpa anda disana!

Address

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Jalan Damai
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang:

Shortcuts

Share