Kemas Parlimen Tapah

Kemas Parlimen Tapah Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.

Gerakan Daya Wawasan adalah Penekanan kepada pembangunan modal Insan berasaskan kepada konsep DAYA iaitu Daya Manusia, D...
07/08/2012

Gerakan Daya Wawasan adalah Penekanan kepada pembangunan modal Insan berasaskan kepada konsep DAYA iaitu Daya Manusia, Daya Ekonomi dan Daya Pasaran.

Daya Manusia - Penekanan kepada Potensi diri (Bakat, Kebolehan dan kemahiran), Modak Sosial (Kebudayaan & Adat Resam, Hubungan kekeluargaan, Kejiranan, rangkaian) dan Modal Insan(Pengalaman, Pendidikan, pengetahuan dan Nilai & sikap)

Daya Ekonomi - Penekanan kepada Sumber kekayaan tempatan, Sumber kewangan dan teknologi yang diketahui

Daya Pasaran - Penekanan kepada pemasaran hasil produk kampung, kualiti, keunikan produk, rangkaian pemasaran harga dan sebagainya.
KONSEP GDW

Proses yang berterusan untuk meningkatkan pengupayaan (empowerment) penduduk desa kearah membawa perubahan dan pembangunan yang lebih pesat ke kawasan luar Bandar.

Fokus Utama GDW ialah :

Pembangunan menyeluruh dari segi Fizikal, Mental dan spiritual
Membangkitkan kesedaran dalam peningkatan ilmu pengetahuan, perubahan
pemikiran (mind set) dan perubahan sikap
Pembangunan Modal insan dalam membudayakan nilai-nilai murni dan universal
Mencapai matlamat pembangunan Mampan

TABIKAMoto : Ceria, Cerdik, CergasMaklumat :i. Guru yang terlatih dan berpengalamanii. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 ta...
07/08/2012

TABIKA

Moto : Ceria, Cerdik, Cergas

Maklumat :
i. Guru yang terlatih dan berpengalaman
ii. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal)
iii. Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK), Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi 6 Tunjang Pembelajaran iaitu:


1. Komunikasi
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

3. Kemanusiaan

4. Keterampilan Diri
Perkembangan Sosio emosi

5. Fizikal dan Estetika
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kreativiti

6. Sains dan Teknologi
Awal Sains
Awal Matematik
iv. Program Keibubapaan
v. Program Pengukuhan dan Pengkayaan
vi. Ko-Kurilulum
Sukan/Bakat
Belajar Muzik
Mengaji
Lawatan sambil belajar
vii. Disediakan : Buku Aktiviti untuk semua kanak-kanak yang mendaftar sebelum Januari tahun persekolahan
viii. Makanan Tambahan Berkhasiat

Pendaftaran : Jun hingga November
Sila Hubungi : Tabika KEMAS berhampiran

PKK Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) telah bermula sejak tahun 1963 dengan nama Program/Kelas Ekonomi Rum...
07/08/2012

PKK

Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) telah bermula sejak tahun 1963 dengan nama Program/Kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Ia diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan Keluarga sehingga tahun 1996. Selepas tahun 1996 program ini diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan Manusia dan kini (2003) bawah Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Pendidikan Kesejahteraan Keluarga adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti.

- Objektif -
Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.

Address

Tapah
35000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kemas Parlimen Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share