27/05/2026
Bagi menyahut siaran syiar Islam dari ‘Abal Anbiya’ teragung kita, Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Antara Aidil Adha yang dihadiri alumni pelajar dari semua dekad 2000, 2005, 2010 dan terkemudian, walaupun tak seramai tahun-tahun dulu, suasana mesra sebab masing-masing sempat tegur menegur sambil menyembang.
Gotong royong memotong, memasak dan bahagi daging dimeriahkan lagi dengan ‘dialog santai’ antara ‘alumni lagenda’ dan ‘Azhari muda’ berkenaan adab-adab dalam Qorban, menjadikan suasana terasa penuh dan terisi dari sekadar sembang kenangan yang kosong.
Terima kasih teragung kami titip dari kecil ke besar hati pada penyumbang, peserta Qorban yang istiqomah dari dulu, sentiasa cari jalan untuk kita jayakan.
3 ekor terasa Berkat daging agihannya, dari penerima ke penerima, dapat dirasa diiringi doa dari mereka.
Setompok nasi dan lauk, kenyang sehari puasnya.
Sempurna sudah ibadah Qorban sempena Aidil Adha 1447 di Pondok Darul Muhajirin, Mei 2026.