Wawasan Negara Tasek Gelugor

Wawasan Negara Tasek Gelugor Parti Wawasan Negara - Perikatan Nasional

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐“๐š๐ฌ๐ž๐ค ๐†๐ž๐ฅ๐ฎ๐ ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐’๐ž๐ญ๐จ๐ฅAlhamdulillah, YB Wan Saiful Wan Jan  bersama team Pusat Khidmat Ahl...
05/09/2026

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐“๐š๐ฌ๐ž๐ค ๐†๐ž๐ฅ๐ฎ๐ ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐’๐ž๐ญ๐จ๐ฅ

Alhamdulillah, YB Wan Saiful Wan Jan bersama team Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyantuni penduduk di Kampung Setol, Simpang Empat Permatang Buloh dalam siri Ziarah Kasih, baru-baru ini.

Turut disampaikan sedikit sumbangan keperluan asas sebagai tanda keprihatinan.

Insya-Allah, sedikit usaha kecil ini diharapkan dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan buat penerima.

Kami akan terus turun ke lapangan dari masa ke semasa, selagi diberi kesempatan dan kemampuan, demi memastikan kebajikan rakyat di Parlimen Tasek Gelugor terbela.

Semoga Allah SWT merahmati usaha ini dan memberikan kesihatan serta kesejahteraan yang berpanjangan buat semua penduduk. Amin.




Selamat Bermuktamar diucapkan kepada seluruh kepimpinan, perwakilan, dan pemerhati PAS dari seluruh negara.
03/09/2026

Selamat Bermuktamar diucapkan kepada seluruh kepimpinan, perwakilan, dan pemerhati PAS dari seluruh negara.

Selamat Bermuktamar diucapkan kepada seluruh kepimpinan, perwakilan, dan pemerhati PAS dari seluruh negara.

โ€‹Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 dan sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS ini diharapkan berlangsung lancar, penuh keberkatan, serta melakar resolusi besar demi kelangsungan perjuangan Islam dan kesejahteraan rakyat.

Semoga Allah SWT melindungi setiap langkah, mengiringi keselamatan, dan mempermudahkan segala urusan hingga tiba ke destinasi.

โ€‹

TASEK GELUGOR โ€“ Kerajaan dan pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan bagi menangani isu pencemaran kumbahan ladan...
02/09/2026

TASEK GELUGOR โ€“ Kerajaan dan pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan bagi menangani isu pencemaran kumbahan ladang babi di Kampung Selamat di sini, yang didakwa membebankan penduduk setempat sejak berpuluh-puluh tahun.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya bersama Jawatankuasa Bertindak Tasek Gelugor kini berusaha mengumpul bukti saintifik berhubung pencemaran berkenaan.

Menurutnya, pengambilan sampel dilakukan di kawasan Parit Cina dan disertai ADUN Permatang Berangan serta ADUN Pinang Tunggal.

โ€œUsaha ini dianjurkan oleh Azlan Roni selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dengan menggunakan sebuah syarikat penyelidikan saintifik swasta.

โ€œPihak Jawatankuasa Bertindak bercadang melakukan persampelan setiap bulan bermula bulan ini,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful berkata, beliau sebelum ini membangkitkan isu pencemaran kumbahan babi di Kampung Selamat di Dewan Rakyat pada 17 Julai lalu.

Beliau menegaskan isu itu bukan polemik politik, perkauman mahupun agama, sebaliknya membabitkan kelangsungan hidup, kesihatan dan hak rakyat yang terbeban dengan masalah bau busuk serta pencemaran sungai selama berpuluh-puluh tahun.

โ€œPendirian kami tetap teguh dan tidak akan berganjak: Warga Tasek Gelugor tidak akan tunduk kepada pencemaran najis babi,โ€ katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa melaksanakan tiga penyelesaian jangka panjang, termasuk liberalisasi import daging babi secara terkawal dengan mencontohi model Singapura yang menetapkan piawaian sanitasi dan kualiti yang ketat.

Beliau turut mencadangkan pelan transisi industri seperti model perladangan tembakau ke kenaf bagi membolehkan penternak beralih kepada perternakan atau pertanian moden lain yang lebih mesra alam dan bernilai tinggi.

โ€œPenutupan sepenuhnya ladang babi Kampung Selamat. Matlamat muktamad ini adalah demi menamatkan penderitaan penduduk setempat dan memulihkan ekosistem Sungai Kreh sepenuhnya.

โ€œRakyat Tasek Gelugor sudah cukup sabar dan menuntut komitmen ikhlas serta tindakan berani pihak berkuasa demi masa depan persekitaran yang bersih, sihat dan sejahtera,โ€ tegas beliau. โ€“ MalaysiaGazette

โ€Isu ini bukan polemik politik, perkauman mahupun agama, sebaliknya membabitkan kelangsungan hidup, kesihatan dan hak rakyat yang terbeban dengan masalah bau busuk serta pencemaran sungai selama berpuluh-puluh tahun,โ€ kata Wan Saiful.

Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor bersama kumpul bukti saintifik pencemaran akibat kumbahan ladang babiโ€‹1. Pada 17 Ju...
02/09/2026

Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor bersama kumpul bukti saintifik pencemaran akibat kumbahan ladang babi

โ€‹1. Pada 17 Julai lalu, saya telah membangkitkan di Dewan Rakyat isu pencemaran kumbahan babi di Kampung Selamat. Terkini, saya gembira kerana Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor dapat turut serta dalam usaha yang digerakkan oleh Jawatankuasa Bertindak Tasek Gelugor untuk mengumpul bukti saintifik pencemaran itu.

2. Pengambilan sampel dilakukan di kawasan Parit Cina, dan disertai oleh ADUN Permatang Berangan YB Pakcik Sobri dan ADUN Pinang Tunggal YB Bukhori Ghazali. Usaha ini dianjurkan oleh Saudara Azlan Roni selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, dengan menggunakan sebuah syarikat penyelidikan saintifik swasta. Pihak Jawatankuasa Bertindak bercadang melakukan persampelan setiap bulan bermula bulan ini.

3. Isu ini bukan satu polemik politik, perkauman, mahupun agama, sebaliknya merupakan isu kelangsungan hidup, kesihatan, dan hak rakyat yang telah terbeban dengan masalah bau busuk serta pencemaran sungai selama berpuluh-puluh tahun.

4. โ€‹Pendirian kami tetap teguh dan tidak akan berganjak: Warga Tasek Gelugor tidak akan tunduk kepada pencemaran najis babi.

5. โ€‹Kerajaan dan pihak berkuasa mesti berhenti beretorik dan segera melaksanakan tiga penyelesaian jangka panjang yang telah saya kemukakan:

- โ€‹Liberalisasi Import Daging Babi Secara Terkawal. Mencontohi model Singapura yang meliberalisasikan import dari luar dengan piawaian sanitasi dan kualiti yang ketat tanpa membenarkan penternakan domestik yang mencemar alam sekitar.

- โ€‹Merangka Pelan Transisi Industri seperti model perladangan tembakau ke kenaf. Ini akan membolehkan para penternak beralih kepada perternakan atau pertanian moden lain yang lebih mesra alam dan lebih bernilai tinggi.

- โ€‹Penutupan Sepenuhnya Ladang Babi Kampung Selamat. Matlamat muktamad ini adalah demi menamatkan penderitaan penduduk setempat dan memulihkan ekosistem Sungai Kreh sepenuhnya.

6. โ€‹Rakyat Tasek Gelugor sudah cukup sabar. Kami menuntut komitmen ikhlas serta tindakan berani pihak berkuasa demi masa depan persekitaran yang bersih, sihat, dan sejahtera.

โ€‹YB DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
Naib Presiden Parti Wawasan Negara
Ketua Bahagian Wawasan Negara Tasek Gelugor
2 September 2026

02/09/2026

Menteri KPKM, Sila Jawab Isu Kepincangan Baja dan Skandal Tender Pesawah Kedah

Saya terkejut dengan pendedahan berani yang dibuat oleh wartawan terkenal, Zainal Rashid Ahmad di platform ZRA Strim mengenai nasib malang 38,000 pesawah di Kedah yang sekali gus menimbulkan persoalan yang perlu dijawab oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pendedahan ini membongkar rantaian masalah yang tidak boleh dipandang ringan, terutamanya apabila ia melibatkan integriti pengurusan agensi seperti MADA serta kebajikan pesawah di negeri jelapang padi yang menyumbang 40% keperluan beras negara.

Rakyat berhak tahu adakah terdapat manipulasi ranking tender, apabila sebuah syarikat yang berada di kedudukan kelima dalam penilaian teknikal tiba-tiba dipilih mengendalikan perbekalan bernilai ratusan juta ringgit walaupun didakwa tidak mempunyai rekod prestasi dan kelayakan yang sepatutnya.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kualiti baja yang dikatakan merosot teruk sehingga menjejaskan hasil tuaian pesawah di lapangan, satu realiti pahit yang jauh terpesong daripada jawapan selesa "semua ok" yang sering diberikan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Sebagai seorang yang pernah membawa suara derita pesawah ke parlimen, saya melihat kemelut ini sebagai satu ujian besar terhadap janji reformasi, ketelusan, dan tatakelola pentadbiran PMX hari ini.

Menteri KPKM, YB Datuk Seri Mohamad Sabu wajib tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat. Jangan berdiam diri atau melontarkan tanggungjawab semata-mata kepada pihak MADA.

YB Datuk Wan Saiful Wan Jan
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
2 September 2026

Kalau ada kawan-kawan, sanak saudara pengundi di Negeri Sembilan, jangan lupa berpesan, pilih biru, undi biru, pangkah n...
20/07/2026

Kalau ada kawan-kawan, sanak saudara pengundi di Negeri Sembilan, jangan lupa berpesan, pilih biru, undi biru, pangkah nasional. Jangan pening-pening. Kita birukan Nismilan!
Hoben Jang Hoben!

#๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

SAH!
09/07/2026

SAH!

Bersatu dalam Perbezaan, Kuat dalam Perpaduan.โ€‹Sejak awal penubuhan, Parti Wawasan Negara telah memilih jalan politik ba...
29/06/2026

Bersatu dalam Perbezaan, Kuat dalam Perpaduan.

โ€‹Sejak awal penubuhan, Parti Wawasan Negara telah memilih jalan politik baharu. Kami bukan sekadar parti pengganti, tetapi wadah yang mencerminkan semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan.

โ€‹Melihat kepada data terkini populasi Malaysia sebanyak 33.4 juta orang, negara kita adalah sebuah landskap multiracial yang amat unik. Daripada majoriti Melayu (69.8%), Cina (22.4%), India (6.6%), hinggalah ke komuniti Bumiputera Sabah (0.6%), Bumiputera Sarawak (0.3%), Orang Asli, Sikh, Eurasian dan lain-lain.

Malaysia adalah milik kita bersama.

Penyatuan bermula di sini.Wawasan Negara Tasek Gelugor menyeru seluruh anak jati Pulau Pinang untuk menyatukan tekad ber...
28/06/2026

Penyatuan bermula di sini.

Wawasan Negara Tasek Gelugor menyeru seluruh anak jati Pulau Pinang untuk menyatukan tekad berbilang bangsa.

โ€‹Mari bersama-sama kita bina dan bangunkan Malaysia yang lebih gemilang, adil, dan sejahtera.

โ€‹โ€œDemi Tasek Gelugor, Demi Pulau Pinang, Demi Malaysia.โ€

Bekas Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mengesahkan parti itu secara rasmi dijenamakan semula sebagai...
23/06/2026

Bekas Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mengesahkan parti itu secara rasmi dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara menerusi mesyuarat khas yang telah diadakan pada sabtu.

Perubahan itu turut menyaksikan pembentukan barisan kepimpinan baharu yang menghimpunkan ramai tokoh politik berpengalaman serta profesional daripada pelbagai latar belakang.

Ini satu dinamika baharu dalam senario politik tanah air.

Address

Jalan Sena Permai, Pokok Sena
Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasan Negara Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share