06/07/2026
Petang tadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor berkesempatan turun ke Kampung Contoh, Bagan Ajam bersama Penyelaras UMNO KADUN Telok Ayer Tawar, Hj. Huszaimi Hasan dan juga Hj. Rony Rafar selepas dimaklumkan oleh Pengerusi GDW, Tuan Mazlan, mengenai inisiatif penduduk yang bergotong-royong membina beam longkang bagi mengatasi masalah takungan air yang sering mengakibatkan banjir di kawasan tersebut.
Saya amat menghargai semangat penduduk yang tidak hanya menunggu bantuan, sebaliknya berganding bahu mencari penyelesaian demi kepentingan bersama. Sebagai tanda sokongan, kami turut hadir meninjau sendiri keadaan di lokasi serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan sebahagian kos pembinaan.
Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan dan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk kampung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan gotong-royong ini. Semangat muafakat dan kebersamaan seperti inilah yang menjadi asas kepada sebuah komuniti yang lebih sejahtera.
Insya-Allah, kami akan terus komited turun padang, mendengar denyut nadi rakyat serta berusaha mencari penyelesaian terbaik terhadap setiap isu yang dihadapi masyarakat.