Puspen Kampung Selamat

Puspen Kampung Selamat We Care We Serve a.k.a Puspen Kampung Selamat

✨ MAJLIS QURBAN PERDANA 1447H PUSPEN KAMPUNG SELAMAT ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Qurban Perd...
29/05/2026

✨ MAJLIS QURBAN PERDANA 1447H PUSPEN KAMPUNG SELAMAT ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Qurban Perdana 1447H Peringkat PUSPEN Kampung Selamat Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Unit Agama PUSPEN Kampung Selamat sebagai wadah pengukuhan nilai kerohanian, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga PUSPEN.

Program ibadah qurban ini bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, bahkan menjadi medium tarbiah jiwa yang mendidik klien tentang nilai pengorbanan, keikhlasan serta kepentingan semangat bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.

Penglibatan aktif seluruh warga PUSPEN dalam proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging qurban turut memperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi serta penghayatan terhadap konsep “ta’awun” dalam Islam.

Melalui program seperti ini, klien bukan sahaja diberi pendedahan kepada penghayatan ibadah secara praktikal, malah dipupuk dengan elemen disiplin, tanggungjawab sosial dan kasih sayang sesama insan.

Pendekatan pemulihan berteraskan spiritual dan komuniti ini amat signifikan dalam membantu membentuk jati diri klien ke arah kehidupan yang lebih positif dan sejahtera.

“✨ Menyemai Kasih, Mengeratkan Silaturahim ✨”

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026MPengarah dan seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan Selamat Har...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Pengarah dan seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Pengarah dan seluruh warga PUSPEN Kampung Selamat dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Puan Nur ...
25/05/2026

Pengarah dan seluruh warga PUSPEN Kampung Selamat dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Puan Nur Afiqah binti Mahmud, Pegawai Antidadah S9 (Penolong Pengarah Pengurusan dan Keselamatan) ke institusi ini.

Semoga kehadiran beliau menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi serta mempereratkan lagi kerjasama dalam merealisasikan aspirasi perkhidmatan yang progresif demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Bersama melakar perubahan, membina harapan dan mencipta masa depan yang lebih bermakna.”

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia




PROGRAM HARM REDUCTION🧑‍⚕️Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyampaian ilmu oleh Dr Fatimah Binti Abu Bakar...
20/05/2026

PROGRAM HARM REDUCTION🧑‍⚕️

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyampaian ilmu oleh Dr Fatimah Binti Abu Bakar, Pakar Kesihatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Tasek Gelugor melibatkan seramai 47 orang klien dan kakitangan PUSPEN.

Program ini memberi penekanan terhadap pendekatan pengurangan kemudaratan (harm reduction) sebagai salah satu strategi kesihatan awam yang berkesan dalam mengurangkan risiko komplikasi fizikal, psikologi dan sosial akibat penyalahgunaan dadah.

Pengisian yang disampaikan turut memberi pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan diri, pencegahan penyakit berjangkit, kepentingan rawatan awal serta amalan gaya hidup sihat dalam proses pemulihan dan reintegrasi sosial klien.

Melalui program sebegini, diharapkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan holistik dapat diperkasakan sekali gus membantu klien membina kehidupan yang lebih sihat, produktif dan berkualiti selaras dengan aspirasi pemulihan berteraskan kesejahteraan komuniti.





🏃PROGRAM SUKANEKA ANTARA RUMAH SUKAN STAF PUSPEN KAMPUNG SELAMAT🚴Suasana penuh ceria, semangat kesukanan dan ukhuwah mew...
19/05/2026

🏃PROGRAM SUKANEKA ANTARA RUMAH SUKAN STAF PUSPEN KAMPUNG SELAMAT🚴

Suasana penuh ceria, semangat kesukanan dan ukhuwah mewarnai Program Sukaneka Antara Rumah Sukan melibatkan seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat.

Program ini dianjurkan sebagai medium memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk budaya kerja berpasukan serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi dalam kalangan staf.

Pelbagai acara menarik dan santai telah dipertandingkan antaranya lari dalam guni, basikal lambat, lambung belon serta pelbagai aktiviti sukaneka lain yang mencetuskan suasana harmoni, ceria dan penuh semangat kerjasama. Penglibatan aktif seluruh staf membuktikan bahawa elemen rekreasi dan riadah mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih positif, produktif dan sejahtera.

Program ini juga selari dengan usaha memperkasakan budaya organisasi yang menitikberatkan keseimbangan antara komitmen tugas dan kesejahteraan warga kerja, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam keluarga besar PUSPEN Kampung Selamat.





✨TAMATLAH SUDAH RAWATAN & PEMULIHAN DISINI✨Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang klien yang telah berjay...
18/05/2026

✨TAMATLAH SUDAH RAWATAN & PEMULIHAN DISINI✨

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang klien yang telah berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan di PUSPEN Kampung Selamat. Kejayaan ini merupakan manifestasi kepada kekuatan azam, ketabahan diri serta komitmen berterusan dalam menjalani proses perubahan ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan bebas daripada penagihan.

Majlis penyampaian watikah pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah PUSPEN Kampung Selamat sebagai simbol pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian klien sepanjang mengikuti program pemulihan.

Semoga segala ilmu, nilai murni dan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh rawatan menjadi panduan berterusan dalam meniti kehidupan yang lebih bermakna. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan kerana setiap perubahan yang baik bermula dengan keberanian untuk bangkit dan tidak pernah berputus asa.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Puspen Kampung Selamat




KURSUS ASAS LANDSKAP “INSPIRASI TAMAN TERAPI”Kolaborasi bersama Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Kampung SelamatProgram ini d...
16/05/2026

KURSUS ASAS LANDSKAP
“INSPIRASI TAMAN TERAPI”
Kolaborasi bersama Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Kampung Selamat

Program ini dilaksanakan sebagai platform pembelajaran kemahiran asas landskap dan seni taman kepada klien PUSPEN melalui penglibatan aktif Anggota Lembaga Pelawat. Pendekatan berasaskan terapi persekitaran ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran praktikal dan kreativiti, malah turut memperkukuhkan sokongan komuniti dalam membantu proses pemulihan klien secara holistik, produktif dan berdaya saing.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri, kesejahteraan emosi serta peningkatan kualiti hidup klien ke arah reintegrasi sosial yang lebih positif.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Puspen Kampung Selamat




🌸 Program Family Association (FA) Siri 01/26🌸“Sayangi Diri, Sayangi Keluarga”PUSPEN Kampung Selamat telah melaksanakan P...
14/05/2026

🌸 Program Family Association (FA) Siri 01/26🌸
“Sayangi Diri, Sayangi Keluarga”

PUSPEN Kampung Selamat telah melaksanakan Program Family Association (FA) yang melibatkan seramai 22 orang klien bersama 40 ahli keluarga masing-masing sebagai usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan serta sokongan sosial dalam proses pemulihan klien.

Program ini telah diserikan dengan sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Puan Badrizawati Mohd Zaki Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Kedah.

Pengisian yang disampaikan bukan sahaja sarat dengan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan, malah turut menyentuh aspek emosi, komunikasi berkesan serta kepentingan kasih sayang dalam membina semula hubungan kekeluargaan yang harmoni.

Program seperti ini diharap dapat menjadi medium terbaik dalam menyuntik kesedaran, mengeratkan hubungan antara klien dan keluarga serta memperkukuhkan motivasi klien untuk terus istiqamah ke arah kehidupan yang lebih positif dan sejahtera. 🤝✨

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia




🌿 Majlis Perasmian Teratak Bonda 🌿oleh Pengarah PUSPEN Kampung Selamat“Teratak Bonda” bukan sekadar sebuah ruang, tetapi...
13/05/2026

🌿 Majlis Perasmian Teratak Bonda 🌿
oleh Pengarah PUSPEN Kampung Selamat

“Teratak Bonda” bukan sekadar sebuah ruang, tetapi simbol kasih sayang, ketenangan dan kerinduan terhadap suasana rumah di kampung halaman. 🌾🏡

Dengan konsep rumah tradisional Melayu, Teratak Bonda diwujudkan sebagai medium terapi dan sokongan emosi kepada klien agar dapat merasai kembali suasana kekeluargaan, kedamaian serta kehidupan yang lebih bermakna.

Semoga Teratak Bonda menjadi tempat menyemai harapan baharu dan menguatkan semangat klien dalam meneruskan perjalanan pemulihan.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan Teratak Bonda ini. ✨





🌸 Kreativiti Yang Membawa Nilai & Harapan 🌸PUSPEN Kampung Selamat memperkenalkan produk baharu hasil kreativiti dan sent...
13/05/2026

🌸 Kreativiti Yang Membawa Nilai & Harapan 🌸

PUSPEN Kampung Selamat memperkenalkan produk baharu hasil kreativiti dan sentuhan seni klien iaitu Bunga Kawat Bulu yang dihasilkan dengan penuh ketelitian, kesabaran dan nilai estetika tersendiri.

Selain menjadi hiasan yang menarik, bunga ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah, cenderahati serta simbol penghargaan kepada insan tersayang. Setiap hasil tangan ini bukan sekadar karya seni, malah melambangkan proses pembelajaran, pembangunan kemahiran dan usaha klien dalam membina kehidupan yang lebih positif serta produktif.

✨ Daripada kreativiti, lahir keyakinan diri dan harapan baharu. 🌷





Address

Puspen Kampong Selamat
Tasek Gelugor
13300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045733605

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Kampung Selamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share