Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Sarawak

Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Sarawak Laman web ini adalah laman web rasmi Polis Diraja Malaysia. Sebarang masalah jenayah boleh disalurkan ke Balai IPD Tatau atau hubungi di talian 086584615.

Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, 97200 Daerah Tatau, Sarawak

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis, serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat ...
31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis, serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026 kepada seluruh perwira negara.

Jasa dan pengorbanan para pahlawan sentiasa dikenang, dihargai dan menjadi inspirasi dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

PERHIMPUNAN BULANAN KPD TATAU DAN PROGRAM TRIM & FIT IPD TATAUTatau, 30 Julai 2026 – Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Dae...
30/07/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KPD TATAU DAN PROGRAM TRIM & FIT IPD TATAU

Tatau, 30 Julai 2026 – Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Tatau bagi bulan Julai telah diadakan di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau pada pagi tadi.

Perhimpunan ini merupakan platform penting bagi penyampaian amanat dan hala tuju kepimpinan, perkongsian maklumat semasa serta penegasan terhadap aspek disiplin, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas. Selain itu, perhimpunan ini turut menjadi wadah untuk menghargai komitmen dan dedikasi seluruh warga kerja IPD Tatau dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame anak Reis, dalam ucapannya telah berkongsi pencapaian setiap bahagian sepanjang bulan Julai. Beliau berharap agar setiap bahagian terus komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi dari semasa ke semasa.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan kepentingan pematuhan terhadap Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, khususnya berkaitan tanggungjawab pegawai penyelia untuk melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti anggota di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan tahap disiplin dan integriti sentiasa terpelihara.

Beliau juga mengingatkan seluruh warga kerja IPD Tatau agar sentiasa mengutamakan aspek penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Agar tahap kesihatan fizikal dan mental sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat.

Pada masa yang sama, turut diadakan majlis penyematan pangkat dan penyampaian sijil penghargaan kepada tiga orang anggota IPD Tatau yang telah dinaikkan pangkat. Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima serta berharap pengiktirafan yang diberikan akan menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan masyarakat.

Pada sebelah petang, beliau turut meluangkan masa menyertai Program Trim & Fit yang diadakan pada setiap hari Khamis. Program ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja IPD Tatau.

Turut hadir ialah ASP Kisam anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau, Ketua-Ketua Bahagian IPD Tatau serta seluruh warga kerja IPD Tatau.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAKKetua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis bersama Pengerusi PERKEP IPD Tatau, Puan Lumi...
22/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis bersama Pengerusi PERKEP IPD Tatau, Puan Lumin Tarip serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau mengucapkan Selamat menyambut Hari Sarawak.

Semoga Sarawak terus maju, rakyatnya bersatu padu, budayanya terpelihara, ekonominya berkembang dan negaranya aman sejahtera.

Sarawak Maju Makmur

KEJOHANAN BOWLING PIALA KETUA POLIS DAERAH TATAU SEMPENA HARI POLIS KE-219TATAU, 10 Julai 2026 – Ibu Pejabat Polis Daera...
10/07/2026

KEJOHANAN BOWLING PIALA KETUA POLIS DAERAH TATAU SEMPENA HARI POLIS KE-219

TATAU, 10 Julai 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah menganjurkan Kejohanan Bowling Piala Ketua Polis Daerah Tatau sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan di Megalanes Bintulu, Tingkat 3, Commerce Square Mall, Bintulu, Sarawak, petang tadi.

Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta menyemarakkan Sambutan Hari Polis Ke-219 dalam kalangan warga IPD Tatau.

Kejohanan kali ini mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori PERKEP dan Kategori Pegawai Kanan. Sebelum pertandingan dimulakan, Insp. Abd Aziz bin Abd Hamid, selaku penyelaras kejohanan, telah menyampaikan taklimat pertandingan kepada semua peserta.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame anak Reis, turut hadir memeriahkan kejohanan dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Beliau berharap program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan, meningkatkan semangat kerjasama serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Tatau.

Bagi Kategori Terbuka, johan telah dimenangi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tatau, manakala tempat kedua dimenangi oleh gabungan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) dan Bahagian Pengurusan Daerah IPD Tatau, sementara tempat ketiga menjadi milik Bahagian Logistik (BLOG) Daerah IPD Tatau.

Bagi Kategori PERKEP, pasukan PERKEP 1 yang diketuai oleh Puan Lumin Tarip, Pengerusi PERKEP Daerah Tatau, muncul sebagai johan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh PERKEP 2 dan PERKEP 3.

Sementara itu, bagi Kategori Pegawai Kanan, johan dimenangi oleh Insp. Wan Yunus bin Wan Morni daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tatau. Tempat kedua dimenangi oleh Insp. Naphson anak Dainel daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD), manakala tempat ketiga dimenangi oleh Insp. Jeffery anak Jembol daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tatau.

Kejohanan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi semua kategori yang dipertandingkan. Keseluruhan program berlangsung dengan lancar, penuh semangat kesukanan dan mencerminkan komitmen warga IPD Tatau dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan, memupuk hubungan silaturahim serta menyemai nilai kebersamaan sejajar dengan aspirasi Sambutan Hari Polis Ke-219.

Turut hadir ialah ASP Kisam anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau bersama isteri, Puan Julia anak Sungguk, Naib Pengerusi PERKEP IPD Tatau, ketua-ketua bahagian IPD Tatau, pegawai kanan polis, anggota polis, pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Tatau.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH TATAU KE ATAS PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA POLIS IPD TATAUTatau, 25 Jun 2026 – Ketua P...
25/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH TATAU KE ATAS PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA POLIS IPD TATAU

Tatau, 25 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame anak Reis telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas dua warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau pada pagi tadi.

Lawatan pertama telah diadakan ke atas Koperal Mohd Hassan bin Ramli dari Cawangan Pengangkutan IPD Tatau di No. 1B, Flat Penyarai, Perumahan IPD Tatau, Sarawak, yang telah selamat menjalani pembedahan apendiks di Hospital Bintulu, Sarawak. Seterusnya, beliau telah mengadakan lawatan ke atas Insp Fergie Anak Dim, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) IPD Tatau di No. 33G, Blok Bunga Raya, Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak, yang baru-baru ini telah mengalami keguguran.

Dalam kedua-dua lawatan tersebut, Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame anak Reis telah menyampaikan sumbangan bagi pihak IPD Tatau. Beliau turut menyantuni pegawai dan anggota berkenaan dengan bertanya khabar serta memberikan sokongan moral agar terus tabah menghadapi ujian. Beliau bersama seluruh warga kerja IPD Tatau turut menzahirkan harapan agar mereka dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Turut hadir ialah ASP Kisam anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau, Ketua-Ketua Bahagian IPD Tatau, warga kerja IPD Tatau serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Tatau.

Jurugambar : Kpl Alexson anak Giang

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH TATAU BAGI BULAN JUN 2026Tatau, 25 Jun 2026 – Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Dae...
25/06/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH TATAU BAGI BULAN JUN 2026

Tatau, 25 Jun 2026 – Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Tatau bagi bulan Jun 2026 telah diadakan di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame anak Reis dalam perhimpunan tersebut telah menyampaikan amanat serta mengingatkan seluruh warga IPD Tatau agar sentiasa komited, berdisiplin dan fokus dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam amanatnya, DSP Jame anak Reis menegaskan bahawa setiap tugasan hendaklah dilaksanakan dengan penuh integriti, disiplin dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Beliau turut menyeru agar semangat kerjasama berpasukan terus diperkukuhkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.

Selain itu, beliau turut menasihatkan warga IPD Tatau supaya mengamalkan budaya pembelajaran berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau juga menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga kerja agar setiap anggota dapat mengekalkan kesejahteraan diri serta mengurus tekanan dengan baik. Menurut beliau, kesihatan mental yang baik merupakan asas kepada prestasi kerja yang cemerlang.

Pada majlis yang sama, DSP Jame anak Reis turut menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 10 orang penerima. Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pengiktirafan yang diterima ia adalah merupakan hasil daripada dedikasi, komitmen serta prestasi kerja cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

Turut hadir ialah ASP Kisam anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau, Ketua-Ketua Bahagian IPD Tatau serta seluruh warga kerja IPD Tatau.

Jurugambar : Kpl Alexson anak Giang

PROGRAM CERAMAH JENAYAH BULI DAN JENAYAH SEKSUAL SERTA PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA PERINGKAT IPD TATAUTatau, 22 Mei 2026 ...
22/05/2026

PROGRAM CERAMAH JENAYAH BULI DAN JENAYAH SEKSUAL SERTA PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA PERINGKAT IPD TATAU

Tatau, 22 Mei 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah mengadakan dua program berasingan pada pagi tadi iaitu Program Ceramah Jenayah Buli dan Jenayah Seksual di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bagiau, Tatau serta Program Engagement AMANITA IPD Tatau di Kuala Tatau.

Program ceramah di SK Sungai Bagiau tersebut melibatkan seramai 48 orang pelajar dan guru. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan mengenai kesalahan jenayah buli dan jenayah seksual yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar sekolah di daerah Tatau. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sarjan/D Shahrulnizam bin Nasaruddin dari Cawangan D11, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tatau selaku penceramah jemputan.

Selain itu, ceramah ini turut bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada jenayah buli serta jenayah seksual, di samping memupuk nilai hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi dalam kalangan pelajar.

Sementara itu, Program Engagement AMANITA p**a dilaksanakan bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara pihak polis dengan komuniti setempat, di samping menyampaikan mesej keselamatan serta memperkasakan peranan masyarakat dalam membantu mencegah jenayah.

Dalam program tersebut, masyarakat turut diberi penerangan agar tidak memberi ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah serta sentiasa peka terhadap keselamatan harta benda masing-masing.

Selain itu, program ini juga memperkenalkan AMANITA kepada golongan suri rumah berkaitan tugas dan tanggungjawab AMANITA serta mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah. Turut diberikan penerangan mengenai saluran penyaluran maklumat kepada PDRM dan anggota AMANITA melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Melalui penganjuran kedua-dua program ini, hubungan kerjasama erat antara pihak polis, pihak sekolah dan masyarakat setempat dapat terus diperkukuhkan.

LAWATAN KEBAJIKAN MENZIARAHI KEMATIAN PESARA POLIS DI DAERAH TATAUTatau, 06 Mei 2026 - Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (I...
06/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN MENZIARAHI KEMATIAN PESARA POLIS DI DAERAH TATAU

Tatau, 06 Mei 2026 - Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah mengadakan satu lawatan kebajikan menziarahi kematian pesara polis di Daerah Tatau, diketuai oleh ASP Kisam Anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau bersama warga kerja IPD Tatau ke atas keluarga mendiang Kitop Anak Najing yang telah meninggal dunia di kediamannya Rh Philomena, Kampung Kembayau Manis, Batu 1, Jalan Gabong, Sungai Kakus, Tatau.

Lawatan diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mendiang sepanjang tempoh perkhidmatan, di samping menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga. Program turut diisi dengan sesi penghormatan terakhir serta penyampaian sumbangan oleh ASP Kisam Anak Wa, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Tatau yang mewakili Ketua Polis Daerah Tatau sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga.

Adalah diharapkan agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menjaga kebajikan pesara dan keluarga mereka.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Salam Takziah

Jurugambar : Kpl Alexson anak Giang

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Po...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Anak Reis serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja.

Terima kasih kepada semua pekerja Malaysia yang terus berusaha, berkhidmat dan menyumbang kepada kemajuan negara.

“Pekerja Kesuma Bangsa”

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH TATAU BAGI BULAN APRILTatau, 30 April 2026 - Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daer...
30/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH TATAU BAGI BULAN APRIL

Tatau, 30 April 2026 - Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Tatau bagi bulan April telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Tatau, YDH DSP Jame Anak Reis.

Dalam perhimpunan bulanan tersebut, Ketua Polis Daerah Tatau telah menyampaikan amanat kepada semua pegawai dan anggota untuk mengamalkan komunikasi yang berkesan. Melalui kaedah tersebut, setiap arahan dan maklumat yang disampaikan dapat memberi kesan positif terhadap kualiti kerja disamping dapat menjaga ketenteraman awam khususnya di daerah ini.

Disamping itu, beliau turut menyeru supaya semua pegawai dan anggota untuk menjaga disiplin dan integriti dalam menjalankan tugas serta menegaskan supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Terdahulu dalam perhimpunan yang sama telah diadakan pemakaian pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan penyampian sijil penghargaan Ketua Polis Daerah Tatau kepada 13 penerima sijil penghargaan terdiri daripada pegawai kanan dan anggota IPD Tatau yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat serta penerima sijil.

Hadir sama, Ketua-ketua Bahagian IPD Tatau, Pegawai Kanan dan seluruh warga kerja IPD Tatau.

Jurugambar: Kpl Alexson anak Giang

Address

Ipd Tatau
Tatau
97200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share