Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N70 Kukusan

Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N70 Kukusan Page ini adalah page rasmi khas untuk Pemuda Gagasan Rakyat N.70 Kukusan.

TAHNIAH YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar TitinganPergerakan Pemuda PGRS N.70 Kukusan menzahi...
03/12/2025

TAHNIAH YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan

Pergerakan Pemuda PGRS N.70 Kukusan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YB sebagai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah. Pelantikan ini bukan sahaja satu penghormatan, bahkan mencerminkan keyakinan kepimpinan negeri terhadap kemampuan, rekod perkhidmatan dan kesungguhan YB dalam membangunkan masyarakat.

Anak muda Kukusan dan seluruh Sabah menaruh harapan besar agar portfolio ini terus memberi ruang lebih luas kepada pembangunan kepimpinan belia, memperkukuh program pembangunan insan, serta meningkatkan infrastruktur dan peluang dalam bidang sukan. Di samping itu, ekonomi kreatif Sabah yang semakin berkembang dan mempunyai potensi tinggi amat memerlukan sentuhan dasar yang tersusun, penyelarasan yang jelas, serta sokongan berterusan agar lebih ramai bakat tempatan dapat diketengahkan.

Kami percaya pengalaman YB dalam pentadbiran dan kerja akar umbi akan menjadi pemangkin kepada dasar yang lebih segar, inklusif dan berpihak kepada generasi muda. Pemuda Kukusan komited untuk terus menyokong dan menjadi rakan strategik dalam menggerakkan agenda pembangunan belia serta mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai negeri yang dinamik dan progresif.

Semoga YB diberi kekuatan, hikmah dan kelapangan dalam memikul amanah besar ini, serta terus memimpin dengan integriti dan visi yang jelas demi masa depan Sabah.

Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda PGRS N.70 Kukusan

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAB KETUA MENTERI SABAHPergerakan Pemuda N70 Kukusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ...
02/12/2025

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAB KETUA MENTERI SABAH

Pergerakan Pemuda N70 Kukusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dan kami percaya pengalaman serta ketokohan YAB akan terus mengukuhkan hala tuju pembangunan negeri.

Anak-anak muda di Kukusan sentiasa berharap agar pentadbiran negeri terus memberi tumpuan kepada isu-isu utama rakyat, termasuk pemerkasaan belia, peluang ekonomi yang lebih luas, serta kesinambungan pembangunan di semua peringkat. Kami juga komited untuk terus menjadi rakan yang menyokong usaha murni kerajaan negeri dalam membawa Sabah ke arah kemajuan yang lebih tersusun dan mampan.

Moga Allah memudahkan segala urusan YAB dalam memimpin Sabah, serta mengurniakan hikmah dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

SABAH MAJU JAYA

PERGERAKAN PEMUDA PGRS N.70 KUKUSAN

02/12/2025

2 Disember 2025
Selasa
Kenyataan Media

KENYATAAN PERGERAKAN PEMUDA GAGASAN RAKYAT

Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat berdiri teguh dan sebulat suara menyatakan sokongan padu serta tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah.

Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan manifestasi jelas kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang terbukti matang, berwibawa, berwawasan serta berpandangan jauh dalam memastikan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kelangsungan pembangunan negeri Sabah.

Sehubungan itu, seluruh jentera dan kepimpinan Pemuda disemua peringkat digesa untuk memperteguh kesatuan saf perjuangan dan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam mengemudi pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. Sokongan ini amat penting bagi memastikan segala agenda pembangunan rakyat, kesejahteraan sosial serta kemajuan Sabah dapat dilaksanakan secara konsisten, tersusun dan berkesan.

Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan bahawa pimpinan Pemuda telah dan akan terus berperanan sebagai wadah utama menyuarakan aspirasi, harapan serta denyut nadi anak muda Sabah kepada kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan. Namun demikian, Pemuda juga menzahirkan pendirian untuk sentiasa akur, patuh dan setia terhadap setiap keputusan pimpinan, demi menjamin kestabilan, keutuhan organisasi serta kelangsungan perjuangan membangunkan negeri dan membela nasib rakyat.

Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang telah mengangkat sumpah baru-baru ini. Kami menaruh penuh keyakinan agar barisan kabinet yang dilantik ini dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian isu-isu legasi rakyat secara menyeluruh dan tuntas, penambahbaikan serta peluasan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pemerkasaan agenda wanita dan pembangunan anak muda, peningkatan kecekapan tadbir urus dan penggunaan sumber negeri secara berhemah serta terus konsisten mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Kami yakin dan percaya bahawa tempoh lima tahun pentadbiran akan datang akan menjadi saksi kepada keupayaan Kerajaan GRS Plus untuk membawa Sabah ke arah sebuah negeri yang lebih maju, stabil, makmur dan berdaya saing, demi kepentingan rakyat dan masa depan generasi akan datang.

Tamat

KENYATAAN MEDIA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA PGRS N.70 KUKUSANBANTAHAN KERAS PERGERAKAN PEMUDA PGRS KUKUSAN:TIADA TEMPAT...
01/12/2025

KENYATAAN MEDIA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA PGRS N.70 KUKUSAN

BANTAHAN KERAS PERGERAKAN PEMUDA PGRS KUKUSAN:
TIADA TEMPAT UNTUK BN DALAM KERAJAAN GRS

Pergerakan Pemuda PGRS Kukusan menolak secara total, tegas dan tanpa kompromi keputusan membawa Barisan Nasional (BN) masuk ke dalam Kerajaan GRS Plus. Langkah tersebut bukan sahaja tidak relevan, malah bercanggah dengan mandat jelas yang diberikan rakyat Sabah.

Fakta politik hari ini menunjukkan Kerajaan GRS Plus sudah mempunyai majoriti yang stabil dan kukuh: 29 kerusi GRS, 5 Bebas, 3 UPKO, 1 PH, 1 KDM serta sokongan 2 kerusi dari STAR, selain tambahan 6 ADUN Dilantik. Kerajaan ini sudah cukup kuat tanpa penyertaan BN.

Kita tidak lupa episod tahun 2023 β€” gerakan politik yang menggugat kestabilan Sabah, di mana BN turut terlibat. Selepas gagal meyakinkan rakyat serta setelah melakukan serangan politik terhadap GRS dan YAB Ketua Menteri, adalah tidak munasabah untuk kembali menuntut ruang dalam kerajaan.

BN sebelum ini menolak kerjasama dan memilih untuk menyerang GRS secara terbuka. Maka tiada kewajipan moral atau politik untuk membuka pintu kepada pihak yang secara konsisten menolak kerjasama, namun kini ingin masuk setelah kehilangan sokongan.

Pergerakan Pemuda PGRS Kukusan menegaskan bahawa pintu tersebut telah lama tertutup.

Rakyat Sabah telah memberikan mesej yang jelas dalam pilihan raya, dan mana-mana usaha untuk mengubah kehendak rakyat merupakan tindakan yang mencabar asas demokrasi negeri ini.

Kami berdiri teguh bersama kepimpinan YAB Ketua Menteri. Fokus kami kekal pada kestabilan politik, kelangsungan pentadbiran, dan pembangunan Sabah β€” bukan melayan tuntutan kuasa pihak yang telah ditolak rakyat.

NAZRIE ASIS
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PGRS N.70 Kukusan

01/12/2025

1 Disember 2025
Isnin

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Tolak Penyertaan Barisan Nasional Dalam Kerajaan Negeri Diterajui GRS.

28/11/2025

Yang penting undi calon no 2

28/11/2025
09/11/2025

Ketua Pemuda bersama seluruh sayap Pemuda GRS N.70 Kukusan menzahirkan komitmen dan sepakat memberikan sokongan penuh terhadap Datuk Haji Abdul Karim bagi memastikan kemenangan GRS pada PRN-17 di N.70 DUN Kukusan.

Kami bersedia menggerakkan jentera Pemuda untuk memastikan kemenangan GRS.

Anak-anak muda Kukusan bangkit! Masa depan kita, pilihan kita!

πŸ”₯ CALON PGRS SUDAH BERSEDIA UNTUK BERTANDING di N70 KUKUSAN ! πŸ”₯Gabungan Rakyat Sabah kini berada dalam semangat yang tin...
08/11/2025

πŸ”₯ CALON PGRS SUDAH BERSEDIA UNTUK BERTANDING di N70 KUKUSAN ! πŸ”₯

Gabungan Rakyat Sabah kini berada dalam semangat yang tinggi dan penuh keyakinan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17)!

Calon kita Datuk Abdul Karim bin Abdul Wahid sudah bersedia sepenuhnya β€” dari akar umbi hingga ke peringkat kepimpinan β€” untuk membawa suara rakyat di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

πŸ’ͺ Bersama GRS, kita terus mempertahankan kestabilan, memperjuangkan pembangunan negeri, dan memastikan kebajikan rakyat Sabah terus menjadi keutamaan.

🌿 Kita bukan sekadar bersedia untuk bertanding β€” kita bersedia untuk berkhidmat!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2025. MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI.
31/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2025.
MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI.

Perwakilan bagi Pergerakan Sayap Pemuda PGRS N.70 Kukusan menghadiri Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat (PGRS) Tah...
26/07/2025

Perwakilan bagi Pergerakan Sayap Pemuda PGRS N.70 Kukusan menghadiri Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat (PGRS) Tahun 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre Kota Kinabalu.

Address

Tawao

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N70 Kukusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N70 Kukusan:

Share