09/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN PERPADUAN ETNIK TAWAU
Pemangku Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Hajah Samsiah Usman menyerahkan sumbangan ketika kunjungan hormat Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau.
Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Hajah Samsiah Usman sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Hajah Samsiah Usman turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dalam memupuk perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di daerah Tawau.
Semoga sumbangan dan sokongan yang diberikan dapat membantu memperkukuhkan lagi peranan pertubuhan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.