AADK Daerah Tawau

AADK Daerah Tawau Laman Facebook Rasmi
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Daerah Tawau. Nombor Telefon : 089-768 830
Email : [email protected]
(1)

12/08/2026

🔥 30 HARI LAGI! 🔥

🏍️ SABAH MOTO DAY 9.0 🏍️
⏳ Countdown bermula sekarang!

30 hari lagi kita akan berkumpul, bersatu dan meraikan dunia permotoran dalam satu acara yang penuh aksi, semangat dan persaudaraan! 💪🔥

🏍️ SUKAN – Salurkan minat ke arah yang betul
🎓 ILMU – Tambah pengetahuan & kemahiran
💼 KERJAYA – Buka peluang & masa depan
❤️ SOSIAL – Eratkan silaturahim komuniti
🚫 BEBAS DADAH – Belia sihat, komuniti hebat

📅 12 & 13 September 2026
📍 Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

30 hari lagi… kita jumpa di SMD 9.0! 🔥🏍️
Kental Pasti Sampai! 💪
PETRONAS Sprinta Skuad Antidadah Negeri Sabah MMG Quality Motor - HQ Eko Ken Motor Sdn Bhd

11/08/2026

MEDIA - UNIT PENCEGAHAN AADK DAERAH TAWAU

SABTU | 08.08.2026 - Program Komuniti Madani Sempena Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Bersama SKUAD Antidadah Dua Roda.

Konvoi bersama YB Dato’ Sri Anil Sandhu
Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif.
__________________________________________

Hubungi AADK Tawau di 089-768 830, talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

MEDIA - UNIT PENCEGAHAN AADK DAERAH TAWAUISNIN | 10.08.2026 - Unit Pencegahan AADK Daerah Tawau telah mengadakan Ceramah...
10/08/2026

MEDIA - UNIT PENCEGAHAN AADK DAERAH TAWAU

ISNIN | 10.08.2026 - Unit Pencegahan AADK Daerah Tawau telah mengadakan Ceramah Antidadah bertempat di SK Tanjong Batu Keramat Tawau,Sabah.

Pihak AADK Daerah Tawau merakamkan penghargaan atas jemputan yang diberikan oleh pihak penganjur program .

__________________________________________

Hubungi AADK Tawau di 089-768 830, talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

PROGRAM KOMUNITI MADANI FELDA SEJAHTERA SEMPENA JERAYAWARA JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH (JABD) BERSAMA SKUAD ANTIDADAH D...
10/08/2026

PROGRAM KOMUNITI MADANI FELDA SEJAHTERA SEMPENA JERAYAWARA JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH (JABD) BERSAMA SKUAD ANTIDADAH DUA RODA

Program Komuniti MADANI FELDA Sejahtera sempena Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah telah berlangsung di Dataran Ekspo FELDA Wilayah Sahabat, dengan perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap ADUN N.63 Kunak.

Turut hadir semasa sesi flag off konvoi Program Jelajah adalah beberapa tetamu kehormat dan pemimpin agensi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini, iaitu YB Dato’ Sri Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif merangkap ADUN N.35 Kunak. YBrs Encik Mohammad Nazri bin Ulin, Pengarah Wilayah FELDA Sahabat. YBrs Encik Albert Tian, Penolong Pengarah Rawatan & Pemulihan AADK Negeri Sabah. Serta YBhg. Datuk Haji Mazlan @ Joehari Bin Manan, Pengerusi SKUAD Antidadah Negeri Sabah.

Program ini menekankan kepentingan kerjasama antara AADK, FELDA, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah. Pendekatan pendidikan, kesedaran awal dan pemerkasaan komuniti dilihat penting dalam membina masyarakat yang lebih selamat serta berdaya tahan.

Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan strategik antara pemimpin setempat, agensi pelaksana dan masyarakat akar umbi. Melalui penglibatan aktif semua pihak, mesej anti dadah dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menyeluruh, khususnya kepada golongan belia yang merupakan aset penting negara.

Pelaksanaan konvoi jelajah ini juga memberi impak besar dalam meningkatkan keterlihatan usaha pencegahan dadah di peringkat komuniti FELDA. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai simbolik komitmen bersama, malah menjadi medium interaksi langsung antara agensi dan penduduk setempat bagi memahami isu serta cabaran sebenar di lapangan.

Turut diberi penekanan ialah pemasangan Papan Tanda AADK penubuhan SKUAD Antidadah FELDA sebagai penggerak utama di peringkat akar umbi bagi menyebarluaskan mesej pencegahan, menggalakkan gaya hidup sihat serta membantu memastikan persekitaran komuniti sentiasa selamat.

Kerjasama berterusan antara AADK dan FELDA diharap dapat menjadi contoh kepada komuniti lain dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, prihatin dan bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah. Bersama Mencegah Penyalahgunaan Dadah.
______________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

../pmd4

Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud kita pentingkan diri, tetapi belajar menerima diri dengan semua kelebihan dan ...
10/08/2026

Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud kita pentingkan diri, tetapi belajar menerima diri dengan semua kelebihan dan kekurangan.

Bila kita mula berdamai dengan diri sendiri, kita akan rasa lebih bersyukur dengan kehidupan. Tak perlu menjadi sempurna untuk merasa cukup. Cukuplah menjadi diri sendiri yang masih berusaha menjadi lebih baik.

Hari ini, ambil sedikit waktu untuk diri sendiri. Hargai usaha kecil yang telah kamu lakukan. 🤍

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

SUAMI ISTERI WARGA EMAS ANTARA 1,606 DITAHAN AADK DALAM OP CEGAH KHASSeramai 1,606 individu telah ditahan dalam Operasi ...
07/08/2026

SUAMI ISTERI WARGA EMAS ANTARA 1,606 DITAHAN AADK DALAM OP CEGAH KHAS

Seramai 1,606 individu telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas (Op Cegah Khas) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dilaksanakan secara serentak oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara bermula 4 hingga 6 Ogos 2026.

Operasi selama tiga hari ini menyasarkan lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Tuan Mahadzir Elias memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan tangkapan, seramai 1,209 individu didapati positif dadah, melibatkan 1,153 lelaki dan 56 wanita.

Turut mengejutkan, pasangan suami isteri warga emas juga antara yang ditahan dalam operasi bersepadu ini, mencerminkan bahawa isu penyalahgunaan dadah merentasi semua peringkat umur dan latar belakang.

Analisis jenis dadah menunjukkan penyalahgunaan methamphetamine terus mendominasi dengan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 66.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan.

Negeri Pahang menjadi fokus utama pelaksanaan Op Cegah Khas kali ini dengan operasi dijalankan secara menyeluruh melibatkan kekuatan seramai 80 pegawai dan anggota AADK.

Sepanjang operasi tersebut, AADK Negeri Pahang telah menahan seramai 254 penagih dan penyalah guna dadah, dengan 131 daripadanya merupakan kes baharu yang dikesan.

AADK Pahang turut memberi tumpuan khusus terhadap isu penyalahgunaan dadah di kawasan FELDA dengan mempergiatkan penguatkuasaan secara berterusan.

Langkah ini menyaksikan 66 individu ditahan selepas didapati positif dadah menerusi operasi ini di enam daerah dalam kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, tindakan turut diambil di perkampungan Orang Asli susulan aduan yang diterima, dengan seramai 12 individu berjaya ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen AADK dalam membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh serta memastikan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Hadir sama Pengarah AADK Negeri Pahang, Tuan Aman Mustapha.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

ISTERI WARGA EMAS ANTARA 1,606 DITAHAN AADK DALAM OP CEGAH KHAS

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: masa muda sebelum t...
07/08/2026

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati.”

(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hadis ini mengingatkan kita agar menghargai setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT serta memanfaatkan masa, kesihatan, rezeki, kesempatan dan kehidupan dengan sebaik-baiknya sebelum ia berlalu.

Nilai kesyukuran, disiplin dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat merupakan asas penting dalam membentuk individu yang berakhlak, berdaya tahan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi pedoman buat kita semua untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh iman dan mengisi kehidupan dengan amalan yang memberi manfaat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas dariapda
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah

KDN IKTIRAF KECEMERLANGAN 20 WARGA AADK SABAHMajlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam...
05/08/2026

KDN IKTIRAF KECEMERLANGAN 20 WARGA AADK SABAH

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri Negeri Sabah Tahun 2025 telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam majlis berkenaan, seramai 20 orang warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diraikan dan dianugerahkan khidmat cemerlang atas prestasi cemerlang mereka.

Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kerajaan terhadap komitmen serta dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh para penerima sepanjang berkhidmat.

Di samping itu, anugerah tersebut juga menjadi satu suntikan semangat kepada warga kerja yang lain untuk terus komited dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Turut hadir Ketua Pengarah AADK, Dato' Ruslin Jusoh; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Puan Ainah Mohd Soon; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dan Pengarah Khidmat Pengurusan AADK, Lai Lung Kwang.

Semoga penganugerahan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua warga agensi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti demi negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

ICARI: https://icari.aadk.gov.my
Laman web: https://www.aadk.gov.my
Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233

MEDIA - UNIT PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN AADK TAWAUSELASA | 04.08.2026 - Unit Penguatkuasaan AADK Tawau telah melaksa...
05/08/2026

MEDIA - UNIT PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN AADK TAWAU

SELASA | 04.08.2026 - Unit Penguatkuasaan AADK Tawau telah melaksanakan Operasi Cegah di beberapa lokasi strategik sekitar Daerah Tawau.

Hasil operasi tersebut berjaya menahan 11 orang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Mereka telah dibawa ke pejabat AADK Daerah Tawau untuk ujian saringan air kencing dan proses siasatan lanjut.

Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang membolehkan mereka menjalani rawatan dan pemulihan bagi membantu mereka keluar daripada belenggu ketagihan.

__________________________________________

Hubungi AADK Tawau di 089-768 830, talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

Pernah tak rasa pelik kenapa kawan kita kadang-kadang tak share masalah mereka atau tak s**a bercerita dengan kita? 🤔Seb...
05/08/2026

Pernah tak rasa pelik kenapa kawan kita kadang-kadang tak share masalah mereka atau tak s**a bercerita dengan kita? 🤔

Sebenarnya, bukan sebab mereka tak percayakan kita… tapi mungkin cara komunikasi kita sendiri yang buat mereka terasa kurang selesa. 😬

Jangan risau, ramai antara kita tak sedar cara kita bercakap atau bertanya boleh memberi kesan pada persahabatan. Jadi ni adalah antara kesilapan komunikasi yang kita boleh elakkan ❤️

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Address

No. Lot 5 & 6, Ground Floor, , Bangunan Wisma Raspand, , Batu 2 1/2, Jalan Apas, , Tawau
Tawao
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089768830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share