24/08/2026
๐ธ ๐๐ผ๐
๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐ 2026 ๐ธ
Pada 24 Ogos 2026 (Isnin), PERKEP IPD Tawau telah bersama-sama menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tawau 2026 yang berlangsung di Masjid As Salam, IPD Tawau.
Majlis turut dihadiri oleh YDH ACP Rosdi bin Mat Jusoh, Ketua Polis Daerah Tawau serta barisan Ketua Bahagian, pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam.
Antara pengisian utama majlis ialah Ceramah Maulidur Rasul bertajuk โIntegriti Rasulullah SAW, Teladan Sepanjang Zamanโ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Muemin bin Mohd Amin Japar, di samping solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta jamuan bersama.
Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghayati akhlak dan sunnah Baginda serta mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga IPD Tawau. ๐ค
Semoga segala teladan dan nilai murni Rasulullah SAW terus menjadi panduan dalam kehidupan, keluarga dan perkhidmatan.
โจ Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera โจ