Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.68 Apas, Tawau

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.68 Apas, Tawau Selamat Datang Ke Laman Facebook Rasmi UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT N.68 APAS, TAWAU, SABAH


ADUN

YB. Datuk Haji Nizam Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan

25/08/2026
PROGRAM PENGUMPULAN MAKLUMAT MANGSA BANJIR DUN APAS DAN DUN BALUNG15 Ogos 2026 | Sabtu | Dewan Sri BalungUPPM N.68 Apas ...
16/08/2026

PROGRAM PENGUMPULAN MAKLUMAT MANGSA BANJIR DUN APAS DAN DUN BALUNG

15 Ogos 2026 | Sabtu | Dewan Sri Balung

UPPM N.68 Apas dan UPPM N.67 Balung telah melaksanakan Program Pengumpulan Maklumat Mangsa Banjir bertempat di Dewan Seri Balung.

Program ini bertujuan mengumpul, menyemak dan melengkapkan maklumat mangsa-mangsa banjir dari kawasan DUN Apas dan DUN Balung susulan tragedi bencana banjir kilat yang melanda kawasan-kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan pada 24 Julai lalu. Maklumat tersebut seterusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tawau, bagi tujuan permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi aplikasi khas MyibJKM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas, agensi yang terlibat serta penduduk yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga segala urusan permohonan dipermudahkan dan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana banjir.








13/08/2026

☀️ CUACA PANAS? JOM GUNA ELEKTRIK DENGAN BIJAK!

Ketika cuaca panas, penggunaan penghawa dingin dan peralatan elektrik biasanya lebih kerap. Sedikit perubahan dalam rutin harian boleh membantu kita menggunakan elektrik dengan lebih cekap.

💡 5 tip mudah:
✅ Tetapkan penghawa dingin pada suhu 24°C–26°C
✅ Tutup langsir untuk mengurangkan haba dari luar
✅ Gunakan kipas untuk membantu peredaran udara
✅ Elakkan menggunakan peralatan berhaba secara serentak
✅ Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan

Dalam masa yang sama, jangan lupa jaga diri ketika cuaca panas. 💧 Minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar ketika cuaca terik dan pakai pakaian yang ringan serta selesa.

Jimat tenaga, jaga keselesaan dan jaga kesihatan.💚⚡

11/08/2026

Lindungi diri, keluarga dan alam sekitar.


08/08/2026

❤️🏥 Skim Peduli Kesihatan (PeKa) B40 membantu golongan B40 mendapatkan saringan kesihatan percuma serta sokongan rawatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).

✨ Turut disediakan bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan tambang pengangkutan bagi penerima yang layak.

Semakan kelayakan: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan




04/08/2026
04/08/2026
03/08/2026
29/07/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR (OPERASI BENCANA)

Dimaklumkan bahawa beberapa kawasan terjejas akibat gangguan bekalan air susulan kejadian banjir yang melanda LRA Balung.

Jabatan Air Sabah akan melaksanakan catuan bekalan air sementara bagi membantu agihan bekalan ke kawasan-kawasan terjejas.

Sila rujuk notis di bawah untuk maklumat lanjut.

Mohon hebahkan kepada pengguna yang terjejas. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pengguna.

Address

TB 4446, Lot 37, Blok G, Jalan Tun Hamdan, Sabindo Square
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.68 Apas, Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share