UPPM DUN Balung

UPPM DUN Balung Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, Kawasan N.67 Balung.

Sumbangan Racun Rumput Untuk Kegunaan Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 Jalan Apas...
05/11/2025

Sumbangan Racun Rumput Untuk Kegunaan Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 Jalan Apas.

Balung, 5 November 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) bersama Tuan Mohammad Izwan Abdul Syeh, Pemaju Mukim Kinabutan menyampaikan 2 unit racun rumput sumbangan YBhg. Datuk Hamild Hj. Awang untuk kegunaan pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kinabutan Kecil yang diwakili oleh Tuan KK Azlan selaku Ketua Kampung.


Sumbangan Air Minuman Untuk Sukan SK AndrassyBalung, 7 Oktober 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyar...
07/10/2025

Sumbangan Air Minuman Untuk Sukan SK Andrassy

Balung, 7 Oktober 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) bersama Tuan Abdul Majid Saleh, Pemaju Mukim Andrassy menyampaikan 20 karton air minuman sumbangan YBhg. Datuk Hamild Hj Awang untuk acara sukan sekolah bertempat di SK Andrassy.


Taklimat Pembangunan Empangan Tawau - Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa IIITawau, 4 Oktober 2025 - YB Datuk Hamild Hj A...
06/10/2025

Taklimat Pembangunan Empangan Tawau - Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III

Tawau, 4 Oktober 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung bersama Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan Staf UPPM DUN Balung serta pemimpin akar umbi Kawasan DUN N.67 Balung menghadiri sesi "Taklimat Pembangunan Empangan Tawau - Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III" bertempat di pejabat tapak projek, Empangan Cinta Mata, Gudang Empat, Tawau.

Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III yang kini mencapai tahap 64% kemajuan pembinaan dan dijadualkan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2028 tersebut dijangka dapat menjadi penyelesaian jangka panjang kepada kemelut isu gangguan bekalan air yang dialami oleh penduduk Daerah Tawau.

Sesi taklimat dan libat urus bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada kali ini adalah hasil inisiatif atas permintaan khas YB Datuk Lo Su Fui 羅思輝, Ahli Parlimen P.190 Tawau dan turut dihadiri oleh para pemimpin tempatan tanpa mengira latar belakang politik.

Selain itu, turut hadir adalah para pemimpin peringkat akar umbi, meliputi Ketua Kampung, JKKK, NGO dan pelbagai pihak berkepentingan demi memastikan tahap ketelusan yang tinggi dan penglibatan secara menyeluruh oleh masyarakat Tawau.

Apabila siap kelak, Empangan Cinta Mata, Tawau mampu menampung 209 juta liter air sehari (MLD) dan membekalkan 169 juta liter air sehari (MLD) kepada lebih 300 ribu penduduk sekitar Tawau.

Sementara itu, YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung turut bertanyakan soalan tambahan berkaitan projek pembinaan Loji Rawatan Air Balung II yang dijangka akan mula dibina pada tahun 2026 untuk menampung keperluan bekalan air di Balung dan kawasan sekitar.

YB Datuk juga menjelaskan mengenai pelbagai langkah kontijensi yang telah dilaksanakan seperti penghantaran bekalan air menggunakan lori Jabatan Air dan lori vendor swasta, selain penyediaan tangki statik di kawasan terjejas.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Datuk Lo Su Fui 羅思輝, Ahli Parlimen P.190 Tawau yang telah menyediakan telaga tiub sebagai alternatif di beberapa lokasi dan juga usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan inisiatif penyelenggaraan paip air pengguna secara gotong-royong.



Program Jelajah Jalinan Borneo - Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030.Tawau, 3 Oktober 2025 - Tuan Mohamad ...
06/10/2025

Program Jelajah Jalinan Borneo - Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030.

Tawau, 3 Oktober 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM DUN Balung mewakili YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung bagi menghadiri Program Jelajah Jalinan Borneo - Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi Malaysia bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah dan telah diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Tawau.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen P.191 Kalabakan dan ADUN N.71 Tanjung Batu.

Pada program berkenaan, YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia telah menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama para hadirin.

Antara objektif program ini adalah untuk mendapatkan input daripada pihak berkepentingan, mendengar suara rakyat jelata, memahami segala keperluan sebenar di lapangan dan membina pelan pembangunan yang berpaksikan kepada realiti tempatan dan memenuhi "Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable Development Goals (SDG)".



Sumbangan Kerusi Plastik Untuk Pihak Pengurusan Masjid Dan Sekolah Sekitar Kawasan DUN N.67 Balung.Tawau, 3 Oktober 2025...
06/10/2025

Sumbangan Kerusi Plastik Untuk Pihak Pengurusan Masjid Dan Sekolah Sekitar Kawasan DUN N.67 Balung.

Tawau, 3 Oktober 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM DUN Balung menyampaikan kerusi plastik sumbangan YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung kepada pihak pengurusan masjid dan sekolah sekitar kawasan DUN N.67 Balung.

Antara masjid dan sekolah yang menerima sumbangan kerusi plastik adalah seperti berikut:

Masjid Ummu Bariah (60 Unit)
SMK Kinabutan II (60 Unit)
SK Ranggu (60 Unit)
Pn. Zaliha (30 Unit)



Sumbangan Kanopi Untuk Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ranggu, Tawau.Tawau, 2 Oktober 2025 - Tuan Mohama...
06/10/2025

Sumbangan Kanopi Untuk Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ranggu, Tawau.

Tawau, 2 Oktober 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM DUN Balung menyampaikan dua unit kanopi sumbangan YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ranggu, Tawau.



Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) Peringkat Zon Pantai Timur Selatan.Tawau, 29 September 2025 - YB Datuk Ha...
30/09/2025

Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) Peringkat Zon Pantai Timur Selatan.

Tawau, 29 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung bersama Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan staf UPPM DUN Balung serta warga Balung menghadiri program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) Peringkat Zon Pantai Timur Selatan bertempat di Dewan Masyarakat Tawau.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) yang mewakili YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Pada program berkenaan, pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah telah disampaikan kepada penerima masing-masing. Antara bantuan tersebut adalah seperti Skim Bantuan Khas (SBK), Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2025, Anugerah Pengusaha Kraftangan Berpotensi Kumpulan Yayasan Sabah, Geran Dana Mula Niaga, Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2025, Program CSR Sabah Softwoods Berhad, Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan Inisiatif Bantuan Pendidikan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) serta Rumah Mesra SMJ.

Turut hadir pada program berkenaan adalah YB Dato' Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, JP, Pengarah Yayasan Sabah, YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji NIZAM Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.68 Apas, YB Datuk Andi Muhammad Suryandy Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Industri Sabah merangkap Ahli Parlimen P.191 Kalabakan dan ADUN N.71 Tanjung Batu, YB Datuk Hassan A Gani Pg Amir, ADUN N.73 Sebatik, Datuk Rina Hj. Jainal, ADUN N.70 Kukusan dan YBhg. Tuan Pang Pick Lim @ Joseph, Presiden Majlis Perbandaran Tawau.



Majlis Aqiqah Anakanda Saudara Kepada Tuan Sahruni Hamzah.Balung, 28 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.6...
30/09/2025

Majlis Aqiqah Anakanda Saudara Kepada Tuan Sahruni Hamzah.

Balung, 28 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung bersama YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji NIZAM Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.68 Apas menghadiri majlis aqiqah anakanda saudara kepada Tuan Sahruni Hamzah bertempat di Kampung Bukit Quoin.



Program Hari Cuci Malaysia Tahun 2025 Peringkat Daerah TawauTawau, 27 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N....
27/09/2025

Program Hari Cuci Malaysia Tahun 2025 Peringkat Daerah Tawau

Tawau, 27 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung bersama warga Balung mengadakan program gotong-royong dan menyertai program "Hari Cuci Malaysia 2025: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Sempena World Cleanup Day 2025" anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT Malaysia yang diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Tawau.

Objektif utama Hari Cuci Malaysia 2025 adalah meningkatkan kesedaran dan membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat serta memupuk tanggungjawab kolektif terhadap kelestarian alam sekitar.

Sebanyak 3 buah kampung dalam kawasan DUN N.67 Balung telah mengadakan program gotong-royong pada hari ini iaitu Kampung Ranggu diselaraskan oleh KK Abdullah Simin, Kampung Kinabutan Besar Batu 5 diselaraskan oleh KK Haris Abd Karim dan Kampung Kinabutan Kecil Batu 4 diselaraskan oleh KK Azlan Rahman.



27/09/2025

Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Perbandaran Tawau 1447H / 2025M.

Tawau, 26 September 2025 - Kontinjen N.67 Balung menyertai perarakan sempena "Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Perbandaran Tawau 1447H / 2025M".



Kunjungan Hormat Oleh Pegawai Yayasan Sabah.Tawau, 25 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung meneri...
27/09/2025

Kunjungan Hormat Oleh Pegawai Yayasan Sabah.

Tawau, 25 September 2025 - YB Datuk Hamild Hj Awang, ADUN N.67 Balung menerima kunjungan hormat oleh Pegawai Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan yang diketuai oleh Datin Norkhajijah Hj. Mohd Tussin, Ketua Pentadbir Zon, Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan.



Tinjauan Aduan Kerosakan "Culvert" Di Kampung Kijang, Balung.Balung, 25 September 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pega...
27/09/2025

Tinjauan Aduan Kerosakan "Culvert" Di Kampung Kijang, Balung.

Balung, 25 September 2025 - Tuan Mohamad Azhar Moktar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM DUN Balung melakukan tinjauan ke atas aduan kerosakan "culvert" di Kampung Kijang, Balung.



Address

Pejabat UPPM N. 67 Balung, Lot 2, Tingkat 1, Pusat Komersil Kinabutan Jaya, Batu 5 1/2 Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM DUN Balung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share