Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah

  • Home
  • Malaysia
  • Tawau
  • Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah

Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah Facebook rasmi Ibu Pejabat Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah.
(1)

21/08/2026
PROGRAM MyPSIKOLOGI SPIRITUAL (MyPS) KEWANGAN SIRI 7/2026TAWAU, 20 Ogos 2026 (Khamis)– Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (P...
21/08/2026

PROGRAM MyPSIKOLOGI SPIRITUAL (MyPS) KEWANGAN SIRI 7/2026

TAWAU, 20 Ogos 2026 (Khamis)– Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau telah melaksanakan Program MyPSIKOLOGI Spiritual (MyPS) Kewangan Siri 7/2026 dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Sabah, Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Tawau serta Unit Kaunseling, BAKA Briged Sabah PGA bertempat di Dewan 1 Batalion 14 PGA Tawau.

Program yang berlangsung dari 0800 Pagi hingga 1145 hrs Pagi ini disertai seramai 42 peserta , terdiri daripada 1 Pegawai Kanan Polis (PKP), 39 Pegawai Rendah Polis (PRP) dan 2 Pegawai Awam (PA)

Pengisian program disampaikan oleh Puan Graycie Nealda A. Dukim dan Encik Firdaus dari AKPK Cawangan Sabah, Puan Azeliana dan Puan Ratna dari BSN, serta Puan Eugene Angelus Kodau, Pegawai Kaunseling dan Encik Sham Bin Simin, Penolong Pegawai Kaunseling dari Unit Kaunseling BAKA Briged Sabah.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kesejahteraan emosi, pengukuhan spiritual serta pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah, Perkongsian berkaitan perancangan kewangan, pengurusan hutang dan amalan kewangan sihat turut membantu peserta memahami bahawa kestabilan emosi, spiritual dan kewangan saling berkait dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh YDH DSP Mecheal Bin Gabriel, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau kepada wakil agensi dan penceramah yang terlibat.

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM SOLAT DHUHA/HAJAT DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BAGI BATALION 14 PGA TAWAUTAWAU, 14 Ogos ...
14/08/2026

AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM SOLAT DHUHA/HAJAT DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BAGI BATALION 14 PGA TAWAU

TAWAU, 14 Ogos 2026– Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau telah melaksanakan Program Solat Dhuha/Hajat dan Penerapan Nilai-Nilai Murni bertempat di Masjid Al-Hikmah dan Dewan Satu Batalion 14 PGA Tawau bermula jam 0830 hingga 0915 pagi.

Program tersebut melibatkan seramai 57 orang terdiri daripada 1 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 56 Pegawai Rendah Polis (PRP). Bacaan Doa Selamat serta Solat Sunat Dhuha dan Hajat telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Shaari Bin Moh Ramli Dari Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) manakala sesi penerapan nilai-nilai murni yang bertajuk 8 Kualiti Pegawai Polis Yang Berjaya telah disampaikan oleh Inspektor Marcus Anak Ambrose Nambu.

Pelaksanaan program ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga Batalion 14 PGA Tawau, meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT, di samping menerapkan nilai positif melalui latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kemahiran, profesionalisme serta kecemerlangan sebagai seorang pegawai polis.

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

03/08/2026

VIDEO PILIHAN : SEKITAR MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS DAERAH TAWAU YANG DIHADIRI YDH SAC DATUK NOR OMAR BIN SAPPI, KOMANDER BRIGED SABAH PGA DIIRINGI YDH SUPT. ANSELINUS BIN MARCUS, PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 14 PGA TAWAU

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝟭𝟰 𝗣𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗕𝗥𝗜𝗚𝗘𝗗 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗚𝗔 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚...
03/08/2026

𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝟭𝟰 𝗣𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗕𝗥𝗜𝗚𝗘𝗗 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗚𝗔 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨

Tawau, 03 Ogos 2026 (Isnin) - bertempat di Dewan Serbaguna IPD Tawau, Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA, YDH Supt. Anselinus Bin Marcus, telah mengiringi YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tawau serta Pengerusi PERKEP Daerah Tawau yang telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Jauteh Bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.

Majlis mencapai kemuncak dengan penyerahan tugas daripada YDH Supt. Willynton Enchana Watt, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau kepada YDH ACP Rosdi Mat Jusoh sebagai Ketua Polis Daerah Tawau yang baharu. Turut hadir ialah YDH ACP Al Hussin Bin Halil, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan serta Ahli Jawatankuasa PERKEP IPD Tawau.

Majlis turut menyaksikan, YDH CP Datuk Jauteh Menyampaikan Ucapan Dan Amanat beliau kepada seluruh Warga IPD Tawau khususnya Dan Warga PDRM amnya agar menjalankan tugas dengan Amanah, berintegriti dan menyemai semngat berpasukan.

Majlis berlangsung dengan penuh istiadat sebagai simbol kesinambungan kepimpinan, penghargaan terhadap jasa kepimpinan terdahulu serta komitmen berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia kepada masyarakat.

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS PERINGKAT BATALION 14 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) TAWAUTawau | 3 Ogos 2026 – Perhimpunan Bul...
03/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS PERINGKAT BATALION 14 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) TAWAU

Tawau | 3 Ogos 2026 – Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos Peringkat Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Satu, Batalion 14 PGA Tawau dengan kehadiran seramai 160 warga batalion yang terdiri daripada 14 Pegawai Kanan Polis (PKP), 135 Pegawai Rendah Polis (PRP) dan 11 Pegawai Awam. Perhimpunan tersebut telah disempurnakan oleh YDH Supt. Anselinus B. Marcus, Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan batalion.

Dalam amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah menegaskan bahawa integriti, disiplin dan kesiapsiagaan merupakan teras utama dalam memastikan kecemerlangan organisasi. Beliau turut mengingatkan seluruh warga batalion agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan, menjaga keterampilan diri, mengurus kewangan dengan berhemah, mengamalkan gaya hidup sihat serta sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang tugasan pada bila-bila masa.

Beliau turut memaklumkan pencapaian operasi sepanjang Julai 2026 yang merekodkan sembilan (9) tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM6,070,022.00, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sehingga 30 Julai 2026 mencecah RM28,108,736.60. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Majlis Serah Terima Tugas yang telah diadakan pada 31 Julai 2026, melibatkan pertukaran lima (5) Pegawai Kanan Polis, serta menyeru seluruh warga batalion agar terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada pegawai-pegawai yang menerima tanggungjawab baharu.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh YDH Pegawai Pemerintah kepada seluruh warga Batalion 14 PGA Tawau atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi dalam suasana yang lancar, tertib dan penuh semangat kebersamaan.

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN: SEPETANG RIADAH YDH DATUK KOMANDER BRIGED SABAH PGA BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN ANGGOT...
02/08/2026

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN: SEPETANG RIADAH YDH DATUK KOMANDER BRIGED SABAH PGA BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA BATALION 14 PGA TAWAU

Tawau, Sabah | 2 Ogos 2026

Sekitar jam 4.00 petang telah berlangsung Program Larian Santai YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA bersama pegawai-pegawai kanan dan warga Batalion 14 PGA Tawau di Jalan Sin On Tiku, Bukit 3, Tawau.

Program ini telah disertai oleh Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, YDH Supt. Anselinus Bin Marcus bersama sembilan orang pegawai kanan, anggota Tiger Platoon serta 20 orang anggota Batalion 14 PGA Tawau.

Penganjuran program ini bertujuan memperkasakan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kerjasama, disiplin dan kekitaan dalam kalangan pegawai serta anggota.

Penyertaan YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi bersama pegawai dan anggota dalam program ini mencerminkan kepimpinan melalui teladan serta komitmen berterusan dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal dalam pasukan. Penglibatan beliau secara langsung turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Batalion 14 PGA Tawau bahawa kecemerlangan sesebuah pasukan bermula daripada kepimpinan yang sentiasa bersama anggota, memimpin dengan contoh serta mengutamakan semangat kebersamaan.

Program telah berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh semangat, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan erat antara barisan kepimpinan dan seluruh warga Batalion 14 PGA Tawau demi merealisasikan pasukan yang cergas, berdisiplin, berintegriti dan sentiasa bersedia melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝓓𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓤𝓬𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓣𝓾𝓵𝓾𝓼 𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪 :YDH SUPT. ANSELINUS BIN MARCUSPegawai Pemerinta...
31/07/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝓓𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓤𝓬𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓣𝓾𝓵𝓾𝓼 𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪 :
YDH SUPT. ANSELINUS BIN MARCUS
Pegawai Pemerintah,
Batalion 14 PGA Tawau

Speed • Reliable • Integrity

31/07/2026

VIDEO PILIHAN : RANGKUMAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KANAN BATALION 14 PGA TAWAU PADA 31 JULAI 2026

Speed • Reliable • Integrity

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI BATALION 14 PGA TAWAUTawau, 31 Julai 2026 – Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau...
31/07/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI BATALION 14 PGA TAWAU

Tawau, 31 Julai 2026 – Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas (STT) melibatkan jawatan Pegawai Risik, Pegawai Platun Teknikal, Pegawai Kem Komandan, Penolong Kompeni Komander C dan Pegawai Pengangkutan pada jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Batalion 14 PGA Tawau.

Majlis telah disaksikan oleh YDH Supt Anselinus B. Marcus, Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau. Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Shaari daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen serah terima tugas bagi kelima-lima jawatan yang terlibat. Turut berlangsung ucapan wakil pegawai yang bertukar, Insp Abdul Rahman bin Jaafar, sebelum amanat disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan, Kompeni Komander serta Pegawai-Pegawai Kanan Batalion 14 PGA Tawau. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen pasukan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan, kelancaran pentadbiran serta penyampaian tugas secara profesional, sekali gus memperkukuhkan kecemerlangan organisasi selaras dengan moto “Speed • Reliable • Integrity”.

Majlis berakhir dalam suasana penuh tertib, lancar dan sempurna.

Address

IBU PEJABAT BATALION 14 PGA TAWAU PO BOX 60104
Tawau
91011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share