APM Sebatik

APM Sebatik "SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

Seluruh warga kerja APM Pulau Sebatik mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita ber...
24/08/2026

Seluruh warga kerja APM Pulau Sebatik mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menghidupkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda:-

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَات

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) ke atasnya sepuluh kali." (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah











24/08/2026
    ; 26 JULAI 2026 (AHAD)Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik telah melaksanakan Latihan Bulan...
26/07/2026



; 26 JULAI 2026 (AHAD)
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik telah melaksanakan Latihan Bulanan Lanjutan bagi bulan Julai yang merangkumi latihan kawad kaki dan Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Operasi (PPPO).

Sepanjang latihan, anggota diberi pendedahan mengenai pemeriksaan sebelum penggunaan, teknik pengendalian yang betul, aspek keselamatan serta penyelenggaraan asas bagi memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan ketika operasi.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi anggota dalam penggunaan peralatan operasi, memastikan keselamatan semasa bertugas serta memastikan aset sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Syabas dan Terima kasih kepada yang terlibat.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Tawau










**📍 PAMERAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) SEMPENA PROGRAM FIESTA GEMPAK SEKEMBAR 2026 ANJURAN SK MENTADAK BARU...
11/07/2026

**📍 PAMERAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) SEMPENA PROGRAM FIESTA GEMPAK SEKEMBAR 2026 ANJURAN SK MENTADAK BARU TAWAU **

📅 **10/07/2026 - 11/07/2026**
📍 **Padang SK Mentadak Baru**

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik telah mengadakan pameran selama dua hari sempena **Program Fiesta Gempak Sekembar** yang berlangsung di Padang SK Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau.

Pameran ini bertujuan memperkenalkan peranan, fungsi serta tanggungjawab APM kepada masyarakat, khususnya warga sekolah dan penduduk setempat. Pelbagai aset, peralatan kecemasan, pameran ular serta kelengkapan operasi telah dipamerkan bagi memberi pendedahan mengenai kesiapsiagaan menghadapi bencana dan situasi kecemasan.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung daripada anggota APM mengenai aspek keselamatan, bantuan kecemasan, pengurusan bencana serta peluang menyertai pasukan sukarelawan APM.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan Program Gempak Sekembar. Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan semangat kesukarelawanan.

"𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀, 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒, 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈"













    ;  20 JUN 2025 (SABTU) - LATIHAN BULANAN LANJUTAN KEMAHIRAN yang bertempat di perkarangan PUPA Pulau Sebatik yang di...
20/06/2026



; 20 JUN 2025 (SABTU) - LATIHAN BULANAN LANJUTAN KEMAHIRAN yang bertempat di perkarangan PUPA Pulau Sebatik yang disertai oleh Lt.M (PA) Muhammad Anuar Wong bin Abdullah, Lt.M (PA) Muhammad Hafis bin Alim, Lt.M (PA) Nurfarizt Izwan bin Sapsia, MyASPA-O, MyASPA-P dan MyASPA APM Pulau Sebatik. Latihan bulanan kali ini disertakan dengan latihan kemahiran kawad kaki dan pengenalan peralatan medik.

Syabas dan Terima kasih kepada yang terlibat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah










Address

KG SG TONGKANG PULAU SEBATIK
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Sebatik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share