08/08/2026
7 Ogos 2026 | PPPK Tawau
Satu Sesi Taklimat Dalaman berkaitan EPSA dan Latihan yang melibatkan warga kakitangan PPPK Tawau telah dilaksanakan di bilik kuliah pusat latihan. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan latihan dan pembelajaran berterusan melalui platform EPSA, di samping memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga kerja.
Seusai sesi taklimat, satu Majlis Perpisahan Ringkas Sempena Persaraan untuk Puan Sarina Abu Samah turut dibuat sebagai tanda penghargaan pusat atas segala jasa, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat. Warga PPPK Tawau merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala sumbangan beliau yang telah dicurahkan, di samping mendoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan dalam menempuh fasa baharu kehidupan sebagai pesara.
Semoga ilmu dan input yang diperoleh sepanjang sesi taklimat dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kecekapan serta profesionalisme warga PPPK Tawau. Semangat kerjasama, kecemerlangan dan budaya pembelajaran juga diharapkan akan terus diperkasakan demi menyokong penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan masyarakat.