28/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua.
Tawau, 28 Ogos 2026 - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau (KReDIT) telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah pegawai Depot Imigresen Tawau iaitu P*K Mohd Rizal Bin Mohd Zaini yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Selasa lepas (25/08/2026).
Rombongan lawatan yg diketuai oleh Komandan Depot Imigresen Tawau, PPI Ashrizal Abdul Rahman ini bertujuan mengesahkan keadaan kesihatan beliau dan memberi sokongan moral kepada ahli keluarga untuk sentiasa sabar dengan dugaan yang dihadapi. Lawatan ini turut disertai oleh Timb. Komandan Depot Imigresen Tawau, KTPP Hasmayati Massa, Pengerusi KReDIT, TPPI Mazlan Makmur, Timb. Pengerusi KReDIT, TPPI Tai Chien Fui dan Biro Kebajikan.
Sumbangan ikhlas daripada kelab telah disampaikan oleh komandan, PPI Ashrizal Abdul Rahman sebagai tanda keprihatinan dan sokongan bagi meringankan beban yang dihadapi.
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau (KReDIT) akan terus komited dalam menyalurkan sumbangan kebajikan pegawai yang ditimpah musibah bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga kerja sentiasa terbela.
Biro Kebajikan,
Kelab Kebajikan & Rekreasi Depot Imigresen Tawau
(KReDIT)