Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah Cawangan Tawau

Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah Cawangan Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah Cawangan Tawau, Government Organization, T2@Apas, Lot A17. 4 & Lot A18. 4, Tingkat 4, Blok A, Jalan Apas, Tawau.

06 OGOS 2026 | KHAMISPROGRAM BELIA DAN KOMUNITI KOPERASI (JATI) 2026 DENGAN KERJASAMA ADTEC JTM KAMPUS SANDAKANPada tari...
07/08/2026

06 OGOS 2026 | KHAMIS

PROGRAM BELIA DAN KOMUNITI KOPERASI (JATI) 2026 DENGAN KERJASAMA ADTEC JTM KAMPUS SANDAKAN

Pada tarikh ini, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah Cawangan Tawau dengan kerjasama Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC) Kampus Sandakan telah menganjurkan Program Belia dan Komuniti Koperasi (JATI) 2026 yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kampus Sandakan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IKMa dan ADTEC JTM Kampus Sandakan dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah melahirkan generasi belia yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing serta bersedia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara menerusi gerakan koperasi.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah IKMa. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohd Zaib bin Mat Yunus (Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Modal Insan), En. Mohd Razalie Raffae (Pengarah IKMa Zon Sabah), En Ts. Teo Tan Juy @ Joey Erikson Teo (Timbalan Pengarah Operasi, ADTEC JTM Kampus Sandakan, En. Mohammad Pisah Ali (Pengarah Cawangan IKMa Tawau) & Pn. Noor Effa Farahin Abdullah (Penolong Pengarah SKM) Wilayah Sandakan.








05 OGOS 2026 | RABULAWATAN KAKITANGAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMa) KE KOPERASI TERPILIH DI SEKITAR SANDAKANSekitar ...
06/08/2026

05 OGOS 2026 | RABU

LAWATAN KAKITANGAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMa) KE KOPERASI TERPILIH DI SEKITAR SANDAKAN

Sekitar sesi lawatan kakitangan IKMa ke koperasi terpilih di daerah Sandakan yang diketuai oleh YBrs En. Mohd Zaib bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan diringi En. Mohammad Pisah Ali, Pengarah Cawangan IKMa Tawau ke Koperasi Sukau Kinabatangan (KOSUK) Berhad, Koperasi Pembangunan Tanah Pergaulan Anak Negeri Sandakan (KOPAN) Berhad dan Koperasi Green Sabah Berhad.

Lawatan ini diadakan untuk meninjau kemajuan perniagaan sedia ada serta mendapatkan input berkaitan keperluan latihan dan pembangunan kapasiti untuk dijadikan asas perancangan program latihan IKMa bagi tahun 2027.








Program Jelajah Lestari Semporna sempena Hari CSR Marin.28 Julai 2026 | SelasaPada hari ini IKMa Cawangan Tawau telah te...
28/07/2026

Program Jelajah Lestari Semporna sempena Hari CSR Marin.

28 Julai 2026 | Selasa

Pada hari ini IKMa Cawangan Tawau telah terlibat dalam Program Jelajah Lestari Semporna sempena Hari CSR Marin. Program ini telah dianjurkan oleh Koperasi North Borneo Semporna Berhad, yang merupaka salah satu koperasi bimbingan IKMa.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya termasuklah taklimat kesedaran kesihatan Marin dari Jabatan Kesihatan Semporna serta taklimat keselamatan marin daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Semporna.

Selain itu, anggota koperasi, komuniti setempat dan pegawai dari pelbagai agensi juga telah bersama-sama membersihkan kawasan sekitar daripada sampah yang hanyut dibawa arus sebagai salah satu pengisian dan tanggungjawab sosial kepada alam sekitar.

Program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar, malah turut mengeratkan hubungan antara koperasi, komuniti dan agensi. Tahniah diucapkan!

Jom bersama IKMa Tawau dalam Program Latihan seterusnya!
Hubungi kami:
โ˜Ž๏ธ 089-757576
๐Ÿ“ฒ 016-7357512
๐Ÿ“ฉ [email protected]







26/07/2026
22 โ€“ 23 JULAI 2026 | RABU-KHAMISGOOGLE MEETKURSUS TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI (WAJIB JAD)Pada tarikh in...
23/07/2026

22 โ€“ 23 JULAI 2026 | RABU-KHAMIS

GOOGLE MEET

KURSUS TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI (WAJIB JAD)

Pada tarikh ini telah berlangsung kursus Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi (Wajib JAD) yang diadakan secara maya dengan penyertaan majoriti Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) mewakili beberapa buah koperasi.

Kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) serta memberikan pendedahan tentang kaedah pelaksanaan kerja audit dalaman menggunakan tatacara audit yang sistematik.

Diharapkan sesi perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam memperkukuh amalan tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan audit dalaman di koperasi masing-masing.

Jom sertai Program Latihan 2026 IKMa Tawau yang seterusnya!
Hubungi kami:
โ˜Ž๏ธ 089-757576
๐Ÿ“ฒ 016-7357512
๐Ÿ“ฉ [email protected]






15 - 16 Julai 2026 | Rabu & KhamisHotel De Leon, Lahad Datu.Pada kali ini, IKMa Cawangan Tawau telah menganjurkan Kursus...
16/07/2026

15 - 16 Julai 2026 | Rabu & Khamis
Hotel De Leon, Lahad Datu.

Pada kali ini, IKMa Cawangan Tawau telah menganjurkan Kursus Pengurusan Strategik (Wajib 3) bertempat di Hotel De Leon, Lahad Datu.

Objektif kursus ini diadakan untuk meningkatkan keupayaan tadbir urus koperasi serta merangka pelan strategik untuk menentukan hala tuju koperasi.

Semoga dengan apa yang telah dikongsikan oleh tenaga pengajar dapat dimanfaatkan dalam gerakan koperasi masing-masing. Syabas dan tahniah kepada semua peserta!

Jom sertai Program Latihan 2026 IKMa Tawau yang seterusnya!
Hubungi kami:
โ˜Ž๏ธ 089-757576
๐Ÿ“ฒ 016-7357512
๐Ÿ“ฉ [email protected]






Permohonan masih dibuka sehingga 17 Julai 2026. https://bit.ly/TWWAJIBJAD2026
16/07/2026

Permohonan masih dibuka sehingga 17 Julai 2026. https://bit.ly/TWWAJIBJAD2026

๐Ÿ” Tingkatkan kompetensi JAD dalam pengauditan dan perakaunan koperasi!

Sertai kursus Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi (Wajib JAD) anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah Cawangan Tawau pada ketetapan berikut:

๐Ÿ”บTarikh : 22-23 Julai 2026
๐Ÿ”บTempat: Dalam Talian (Online)

โžก๏ธ Pautan daftar: https://bit.ly/TWWAJIBJAD2026

โ›”๏ธ Tutup Permohonan: Dilanjutkan sehingga 17 Julai 2026

๐Ÿ’ฐYuran Komitmen: RM20.00 (Anggota Koperasi)

๐Ÿฆ Maklumat Akaun:
Institut Koperasi Malaysia Cawangan Tawau
8605503638 (Cimb Bank)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Setiausaha Kursus (Suk)
๐Ÿ“ฑ+60167357512 (Whatsapp)

16/07/2026

๐ŸŽ™๏ธ PODCAST KHAS: Membina Ekosistem Koperasi โ€“ Peranan Regulator, Koperasi dan Universiti

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perbincangan eksklusif yang menghimpunkan tokoh-tokoh utama sektor koperasi bagi membincangkan peranan strategik regulator, koperasi dan institusi pendidikan dalam memperkukuh ekosistem koperasi negara.

๐Ÿ“… 16 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ง 12.30 tengah hari โ€“ 1.30 petang
๐Ÿ“ TikTok Live: ukkmofficial
๐Ÿ“ Fb Live :

Bersama panel:
๐Ÿ”น Datoโ€™ Ahmad Sobri bin Wan Teh, Pengerusi MOCCIS
๐Ÿ”น Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Moderator:
๐ŸŽค Ahmed Zaharani bin Yusof Omar, Ahli Lembaga Pengarah UKKM

Saksikan kupasan menarik mengenai kerjasama strategik antara regulator, koperasi dan universiti dalam memperkasa gerakan koperasi ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.

Jangan lupa ikuti siaran langsung!





JalanTeruih
MalaysiaMADANI

Address

T2@Apas, Lot A17. 4 & Lot A18. 4, Tingkat 4, Blok A, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089757576

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah Cawangan Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share