Pemuda U M N O Bahagian Tawau

Pemuda U M N O Bahagian Tawau Suara hati akar umbi anak muda Tawau

SEKALUNG TAHNIAHATAS PELANTIKAN SEBAGAIKETUA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P190 TAWAUTUAN SHAMIRSetinggi-ti...
26/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH

ATAS PELANTIKAN SEBAGAI

KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P190 TAWAU

TUAN SHAMIR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen serta semangat perjuangan demi memperkukuhkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau.

Ikhlas daripada,

RUSHAMIZAN RUSTAM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau

Serta seluruh Ahli Jawatankuasa
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke-7726 Ogos 1948 – 26 Ogos 2026Setinggi-tinggi ucapan tah...
26/08/2026

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke-77

26 Ogos 1948 – 26 Ogos 2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun penubuhan kepada seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini memasuki usia 77 tahun.

Semoga Pemuda UMNO terus Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat, menjadi wadah perjuangan anak muda yang berani membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara serta terus relevan menghadapi cabaran masa hadapan.

77 Tahun Perjuangan.
77 Tahun Kesetiaan.
77 Tahun Berkhidmat Untuk Rakyat.

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke-77

Ikhlas daripada
Rushamizan Bin Rustam
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau serta saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Tawau.




“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”— Surah Al-Ahzab: 21Dengan p...
24/08/2026

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21

Dengan penuh kesyukuran, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, perjuangan, kepimpinan dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

“Dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW, kita membina ummah yang berilmu, berakhlak dan bersatu.”

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT.

Ikhlas daripada,
RUSHAMIZAN RUSTAM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kami kembali."(...
03/08/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kami kembali."

(Surah Al-Baqarah: 156)
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ۝ أُو۟لَـٰٓئِكَ
عَلَيْهِمْ صَلَوَٰتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُهْتَدُونَ

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu musibah, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jugalah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-Baqarah: 156–157)

Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Ikhlas Daripada
Rushamizan Bin Rustam
Serta Seluruh Saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.

Salam TakziahDengan penuh dukacita, kami Pemuda UMNO tawau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Ke...
28/07/2026

Salam Takziah

Dengan penuh dukacita, kami Pemuda UMNO tawau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian P.190 Tawau, Cik Noratikah Awang atas pemergian ayahanda tercinta Allahyarham Awang Bin Moet yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, meluaskan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.” 🤲🖤

📌 MESYUARAT PERWAKILAN UMNO SABAH BAHAGIAN P.190 TAWAU TAHUN 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian...
27/07/2026

📌 MESYUARAT PERWAKILAN UMNO SABAH BAHAGIAN P.190 TAWAU TAHUN 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian P.190 Tawau sempena Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat pada 26 Julai 2026 (Ahad), jam 7.00 malam bertempat di De Choice Hotel, Tawau.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Hasnol Bin Haji Ayub, Timbalan Pengerusi merangkap Timbalan Ketua UMNO Sabah, yang turut menyampaikan amanat serta pandangan dalam memperkukuhkan perjuangan dan hala tuju parti di peringkat akar umbi.

Persidangan ini menjadi wadah penting untuk mempereratkan silaturahim, memperkukuhkan perpaduan serta menyelaraskan gerak kerja organisasi dalam menghadapi cabaran semasa demi memastikan UMNO terus relevan dan menjadi pilihan rakyat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan, kepimpinan cawangan, ahli jawatankuasa serta para hadirin yang telah hadir dan memberikan komitmen padu bagi menjayakan persidangan ini.

Semoga semangat perjuangan, kesatuan dan iltizam yang ditunjukkan akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan UMNO Sabah khususnya Bahagian P.190 Tawau pada masa akan datang.





26/07/2026
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU TAHUN 2026📆 Tarikh : 19 Julai 2026 | Ahad⏰ Masa : 02.00...
20/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU TAHUN 2026

📆 Tarikh : 19 Julai 2026 | Ahad
⏰ Masa : 02.00 Petang
📍 Tempat : Imbak Canyon Hall, Heritage Hotel Tawau

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2026.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Effendy Salamon, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.186 Sandakan merangkap Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Sabah.

Turut hadir sebagai Pemerhati Negeri, Saudara Aby Zeehad Bin Abdullah Sani, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.189 Semporna.

Kehadiran wakil-wakil Bahagian iaitu En. Ardan Bin Maan, En. Muhd Rani Bin Kauli dan En. Saruni Bin Hamzah telah menyerikan lagi majlis serta memperkukuhkan semangat perjuangan dan kebersamaan dalam memperkasakan Pemuda UMNO.

Semoga segala perbincangan, pandangan serta keputusan yang dicapai menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, progresif dan berkesan demi agama, bangsa dan tanah air.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr Rushamizan Rustam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, atas pelantikan seba...
12/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr Rushamizan Rustam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, atas pelantikan sebagai Ahli - Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti serta komitmen yang tinggi demi memacu pembangunan bandar Tawau dan meningkatkan kesejahteraan seluruh warga.

Semoga terus istiqamah berkhidmat, menjadi suara anak muda, serta menyumbang idea, tenaga dan kepimpinan yang membawa manfaat serta perubahan positif kepada masyarakat.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati setiap usaha dan mempermudahkan segala urusan dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Semoga beliau terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada
Saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan.Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga Pergerakan Pemud...
12/07/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan, jentera serta penyokong Barisan Nasional Johor atas kemenangan yang membanggakan dalam pilihan raya.

Ucapan tahniah yang istimewa juga ditujukan kepada semua calon-calon Pemuda Barisan Nasional yang telah berjaya memperoleh mandat dan kepercayaan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa kepimpinan muda yang berwibawa, berintegriti dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan hadir dengan mudah, tetapi merupakan hasil daripada kerja keras, kesungguhan, pengorbanan serta semangat juang yang tinggi daripada seluruh jentera parti yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Kemenangan ini juga mencerminkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional dalam membawa kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Semoga amanah yang telah diberikan oleh rakyat dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan integriti. Jadikan kemenangan ini sebagai titik permulaan untuk terus memperkukuhkan perpaduan, memperkasakan agenda pembangunan serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kepada semua wakil rakyat yang telah dipilih, khususnya daripada sayap Pemuda, teruslah menjadi pemimpin yang dekat dengan rakyat, mendengar suara mereka serta berkhidmat tanpa mengira latar belakang. Semoga semangat perjuangan ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk bersama-sama menyumbang kepada agama, bangsa dan tanah air.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional Johor, khususnya kepada semua calon-calon Pemuda atas kemenangan yang amat bermakna ini. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah perjuangan dan mengurniakan kekuatan untuk menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya.
Tahniah Barisan Nasional Johor! Tahniah Pemuda! Terus Melangkah, Terus Berkhidmat Demi Rakyat.
Ikhlas daripada,

RUSHAMIZAN BIN RUSTAM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau

Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda U M N O Bahagian Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda U M N O Bahagian Tawau:

Shortcuts

Share