Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau

Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau Maklumat terkini tentang isu-isu kesihatan serta penyakit berjangkit di Daerah Tawau & Kalabakan

04/09/2026

INFO SIHAT‼️

Kemaskini situasi wabak Denggi terkini sehingga 3 SEPTEMBER 2026(Minggu Epid 35)

🏡 Terdapat 4 lokaliti wabak aktif denggi sehingga hari ini.

1. KG PASIR PUTIH LAMA
2. KG MUHIBBAH RAYA FASA 2
3. TAMAN SEMARAK JAYA
4. TG. BATU KERAMAT KIRI ( LORONG MAK YONG)

🦟🏡 Terdapat 1 lokaliti baru wabak denggi yg diisytiharkan pada minggu lepas (Minggu Epid 34)

1. TG BATU KERAMAT KIRI ( LORONG MAK YONG)

~ TIADA AEDES, TIADA DENGGI ~

-Ayuk Sihat Bah-







‼️Perhatian kepada semua warga Tawau. Keadaan jerebu yang berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kita, te...
02/09/2026

‼️Perhatian kepada semua warga Tawau. Keadaan jerebu yang berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kita, terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi seperti:

1️⃣Warga emas
2️⃣Kanak-kanak
3️⃣Perokok
4️⃣Pekerja di kawasan terbuka
5️⃣Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung dan alahan.

✅Anda dinasihatkan untuk menghadkan aktiviti luar, memakai pelitup muka, serta minum air yang secukupnya.

✅Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya anda mengalami gejala tidak sihat.

Utamakan kesihatan anda. Terima kasih.

Kenali Tanda Kesan JerebuPendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ...
01/09/2026

Kenali Tanda Kesan Jerebu

Pendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:

🔹 Mata pedih atau berair
🔹 Hidung berair dan kerap bersin
🔹 Tekak terasa gatal
🔹 Batuk
🔹 Kulit terasa gatal
🔹 Sakit kepala atau pening
🔹 Sukar bernafas atau sesak nafas

Hentikan aktiviti di luar bangunan. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

Peka terhadap tanda-tanda ini. Lindungi kesihatan diri dan keluarga sepanjang musim jerebu.


😷 WASPADA JEREBU: AMBIL TAHU GEJALA & TINDAKAN PENJAGAAN KESIHATAN 😷Keadaan cuaca berjerebu boleh memberi kesan negatif ...
01/09/2026

😷 WASPADA JEREBU: AMBIL TAHU GEJALA & TINDAKAN PENJAGAAN KESIHATAN 😷

Keadaan cuaca berjerebu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kita jika pendedahan berterusan berlaku. Mari kita tingkatkan kawalan kendiri dan kekal sihat!

⚠️ Gejala Kesihatan Akibat Jerebu
Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami tanda-tanda berikut, ambil perhatian segera:

1️⃣Tekak gatal dan batuk-batuk
2️⃣Hidung berair dan kerap bersin
3️⃣Sukar bernafas atau sesak nafas
4️⃣Mata terasa pedih dan berair
5️⃣Kulit badan terasa gatal-gatal
6️⃣Terasa sakit dada

🛡️ Langkah & Tindakan Pencegahan Semasa Jerebu. Amalkan langkah-langkah pencegahan ini untuk mengurangkan risiko kesihatan:

✅Hadkan aktiviti di luar rumah untuk mengelakkan pendedahan kepada udara tercemar.
✅Pakai pelitup muka (face mask) yang sesuai sekiranya perlu berada di luar bangunan.
✅Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
✅Basuh muka dan tangan dengan air bersih selepas melakukan aktiviti di luar.
✅Jaga kebersihan udara dalaman dan kurangkan sumber pencemaran seperti asap rokok di dalam rumah atau bangunan.
✅Gunakan mod kitaran udara dalaman bagi penyaman udara (air-con) semasa memandu.

Sekiranya gejala kesihatan berlarutan atau semakin merosot, dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan dengan segera.

Sila kongsi (share) peringatan ini demi kesihatan keluarga dan rakan-rakan kita! ❤️

😷 KURANGKAN RISIKO PENYAKIT AKIBAT JEREBU 😷Kualiti udara semakin merosot? Ambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi dir...
01/09/2026

😷 KURANGKAN RISIKO PENYAKIT AKIBAT JEREBU 😷

Kualiti udara semakin merosot? Ambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri dan keluarga anda.

Langkah Pencegahan:
✅Kurangkan aktiviti di luar bangunan.
✅Gunakan penutup hidung dan mulut, payung serta topi jika perlu berada di luar.
✅Tutup tingkap rumah atau bangunan.
✅Elakkan merokok atau aktiviti yang menjejaskan kualiti udara.

⚠️ Segera Dapatkan Rawatan Sekiranya Mengalami Gejala Ini:

‼️Gatal kerongkong & batuk
‼️Sukar bernafas
‼️Hidung berair / kerap bersin
‼️Mata pedih & berair
‼️Kulit badan gatal
‼️Sakit dada

Kesihatan anda keutamaan kami. Utamakan keselamatan dan kekal berwaspada!

PESANAN BUAT SEMUA PEKERJA: TERUS JAGA DIRI SEMASA JEREBU 😷💧Dalam berusaha mencari rezeki, kesihatan diri tetap perlu di...
31/08/2026

PESANAN BUAT SEMUA PEKERJA: TERUS JAGA DIRI SEMASA JEREBU 😷💧

Dalam berusaha mencari rezeki, kesihatan diri tetap perlu diutamakan. Pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan berikut semasa musim jerebu:

✅Minum Air Kosong: Sentiasa minum air kosong secukupnya untuk kekal terhidrasi.

✅Kurangkan Aktiviti Luar: Hadkan aktiviti di luar rumah jika tidak ada keperluan desak.

✅Kerap Bersih Diri: Kerap mencuci tangan, muka, dan mandi selepas melakukan aktiviti luar.

✅Pakai Pelitup Muka: Pakai pelitup muka dengan betul sekiranya perlu berada di luar rumah.

⚠️ Penting: Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika anda berasa tidak sihat atau mengalami masalah pernafasan.
Utamakan kesihatan anda!

Bantu kongsikan pesanan ini demi keselamatan bersama.

Address

Jalan Chong Thien Vun
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089773755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share