26/10/2024
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (JPBD) KALABAKAN BIL. 02/2024
, 25 Oktober 2024 (Jumaat) | Telah berlangsung satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kalabakan Bil. 01/2024 yang dipengerusikan oleh Puan Sharifah Norzian Binti SH. Sihan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Kalabakan bertempat di Bilik Mesyuarat Silimpopon, Pejabat Daerah Kalabakan.
Mesyuarat ini diadakan adalah bagi merancang dan membincangkan isu-isu dan hal-hal berkaitan pengurusan bencana bersama Jabatan/Agensi yang lain sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana yang boleh berlaku di Daerah Kalabakan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kalabakan kali ini telah dihadiri oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kalabakan, LT.(PA) Sarinah Binti Nawir selaku Sekretariat Pengurusan Bencana daerah Kalabakan.
Pengurusan bencana yang mantap dan terancang adalah amat perlu bagi mengurangkan risiko kerugian harta benda dan nyawa.
“SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI”
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia