UmnoTawau

UmnoTawau UMNO Sabah Bahagian P.190 Tawau. Dikendalikan oleh Bahagian ICT & Media, Penerangan UMNO P.190 Tawau.

22/10/2019

NASIB 762,635 PEKEBUN KECIL DAN PENEROKA SAWIT TERANCAM KERANA DASAR PAKATAN HARAPAN

1) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius pelbagai laporan media dalam dan luar negara berkenaan ancaman Kerajaan India untuk memboikot dengan menghadkan import produk Kelapa Sawit negara!

2) Pendirian India berpunca daripada tindak tanduk Malaysia yang dilihat mencampuri konflik mereka dengan Pakistan melalui ucapan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

3) Tindakan India ini jika benar-benar berlaku pastinya akan memberi kesan kepada industri minyak sawit negara memandangkan India merupakan negara pengimport minyak sawit terbesar bagi Malaysia. (Untuk rekod menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2018, India mengimport produk minyak sawit sebanyak 2,514,008 tan metrik berbanding China sebanyak 1,859,748 tan metrik. Bagi tahun 2019 sehingga September, ekspot kelapa sawit ke India meningkat dengan jumlah 3,908,212 tan metrik, melebihi dari jumlah eksport tahun-tahun sebelumnya).

4) Setakat ini Pemuda UMNO tidak melihat suatu tindakan preemptive yang berkesan dan serius dilakukan oleh kerajaan sejak harga minyak sawit mula merudum setelah perubahan kerajaan pada Mei 2018.

5) Semakan terhadap harga Minyak Sawit Mentah (CPO) semasa setakat 17 Oktober 2019 adalah RM2,105.00 bagi 1 tan metrik, manakala harga Buah Tanda Segar (BTS) p**a adalah RM420 se tan. Ini menunjukkan kejatuhan harga CPO sebanyak 17% dan harga BTS sebanyak 24% sejak PH memerintah pada Mei 2018.

6) Apa yang membimbangkan jika India benar-benar meneruskan hasrat mereka memboikot minyak sawit negara, pastinya bakal mengundang malapetaka besar kepada hampir 3 juta pekerja industri yang menyumbang nilaian eksport negara bernilai hampir RM80 billion setahun. Ini juga termasuk kehidupan 650,000 Pekebun Kecil Sawit dan 112,635 Peneroka FELDA yang rata-rata hari ini pun merana kerana membawa p**ang pendapatan bersih hanya RM300-400 sebulan berbanding sebelum PRU-14 sekitar RM1500-2,000 sebulan.

7) Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak tindakan segera Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu diplomasi dengan Kerajaan India dan ancaman kejatuhan harga minyak sawit ini. Menteri Industri Utama Teresa Kok tidak seharusnya selesa dengan program Sayangi Sawitku atau Kempen Minum Secamca Minyak Sawit Sehari dengan peruntukan sebanyak RM27 juta dalam Belanjawan 2020. Sebaliknya, beliau mestilah tampil menjelaskan perancangan komprehensif Kementerian untuk mendepani kempen Anti Minyak Sawit yang bukan sahaja dilakukan oleh India malah telah bermula di Amerika dan Eropah!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

22 Oktober 2019

اسلام عليكم*JOM HADIR**CERAMAH PERPADUAN UMMAH**DI TAWAU BUMI PELADANG*_Bersama Pimpinan PAS dan UMNO membina Muafakat N...
19/09/2019

اسلام عليكم

*JOM HADIR*
*CERAMAH PERPADUAN UMMAH*
*DI TAWAU BUMI PELADANG*

_Bersama Pimpinan PAS dan UMNO membina Muafakat Nasional ke arah Negara Sejahtera_

*Tarikh : 20 September 2019(Jumaat)*
*Tempat : Hotel De Choice, Tawau*
*Masa : 08.00 malam*

Ahli Panel :

1. YB DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN
-TIMB. PRESIDEN PAS
-AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN

2. YB DATO DR. NIK ZAWAWI SALLEH
-KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
-AHLI PARLIMEN PASIR PUTIH

3. TUAN MOHD AMINUDDIN ALING
- PESURUHJAYA PAS SABAH

4. TUAN MOHAMAD HUSAIN
-AJK PAS PUSAT
-YANG DIPERTUA PAS TAWAU

5. TUAN GHAZALI ANSING
-KETUA BAHAGIAN UMNO TAWAU

» Jom warga Tawau kita datang mendengar penerangan isu isu semasa negara

» Muafakat Perpaduan Ummah

» Isu Melayu Islam

» Isu Penjualan IC

» Isu isu negeri Sabah

_Ceramah Penyatuan Ummah terbuka kepada semua warga Tawau. Ayuh sama-sama kita hadir_

*mohon disampaikan kepada ahli2 cawangan*


15/09/2019

Himpunan Perpaduan Ummah di PWTC

Hari ini adalah sejarah MALAYSIA..Penyatuan Dua Parti Melayu terbesar Malaysia PAS & UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana memberi nikmat yang amat besar untuk umat islam dibumi Malaysia ini...

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Mari kita panjatkan doa demi keharmonian Malaysia dihari yang akan datang.





12/09/2019

Jom kita beramai-ramai menghadirkan diri ke *HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS* pada *13-14 September 2019 (Hari Jumaat dan Sabtu)* yang bertempat di *Putra World Trade Centre(PWTC), Kuala Lumpur*.

Ayuh bersama kita menjadi sebahagian daripada sejarah untuk membina kembali Malaysia Asal (Bukan Malaysia Baharu yang palsu) dengan mempertahankan *keindukan Melayu-Bumiputera-Islam* yang menjadi teras kepada kestabilan Malaysia yang unik dan istimewa dengan *sifatnya yang majmuk berpaksikan kepelbagaian agama dan kaum.*

* *
* *
* *
* *

DAULAT TUANKUMerafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDAYANG DIPERT...
09/09/2019

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG XVI

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., P.A.T., D.K.M.B. (Brunei)

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

Pada Hari Isnin, 9 September 2019
Bersamaan 9 Muharram 1441H

"SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA MEMBERKATI PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"

Sembah Takzim Daripada:

Ketua UMNO Bahagian Dan Seluruh Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Serta Ahli-Ahli UMNO Bahagian P.190 Tawau

Facebook:
https://facebook.com/UmnoP190Tawau/

Instagram:
https://www.instagram.com/umnop190tawau/

Twitter:
https://twitter.com/umnop190tawau

Imbas kembali kenangan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian P.190 Tawau.
08/09/2019

Imbas kembali kenangan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Sabah Bahagian P.190 Tawau.

Selamat menyambut Awal Muharram 1441H.
01/09/2019

Selamat menyambut Awal Muharram 1441H.

Address

TB 15003, Lot 2795, Blok G4, Fasa 2A, Lorong Bandar Sri Indah 10, Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UmnoTawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UmnoTawau:

Share