21/04/2022
*Program "Jelajah Kami Prihatin Ramadan 2022" BIKS SEDCO Dengan Kerjasama Pemuda UMNO Tawau Bersama PPDJS Zon Tawau*
Tawau, 20 April - Pada hari ini telah berlangsung Program "Jelajah Kami Prihatin Ramadan 2022" Badan Islam Kump**an SEDCO (BIKS) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau bersama Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS) Zon Tawau.
Demi menyempurnakan amanah dan mandat yang diberikan oleh YBhg. Tn. Ghazalie Hj. Ansing selaku Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau dalam Mesyuarat AJK Bahagian yang lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Tawau mengambil inisiatif serampang dua mata dengan mengadakan program di dalam kawasan DUN N.69 Sri Tanjong.
Di atas keprihatinan YBhg. Tn. Ghazalie selaku Ketua Bahagian, inilah kali pertama UMNO Tawau berjaya memecahkan tradisi dengan menyantuni masyarakat setempat di Kawasan DUN Sri Tanjong yang merupakan DUN dengan bilangan pengundi teramai dalam Parlimen P.190 Tawau selain pernah menjadi kerusi Parlimen milik Barisan Nasional sebelum ini.
Program berkonsepkan CSR sempena bulan Ramadhan yang mulia ini berjaya memberi kesan yang mendalam kepada penduduk sekitar khususnya ahli kariah Masjid Nuruttaqwa yang terletak di kawasan Kampung Saddani, Batu 2 Jalan Apas.
Setelah sekian lama tersisih daripada mendapat perhatian ekoran berada dalam kawasan DUN pembangkang, akhirnya mereka turut mengecapi nikmat seperti masyarakat di kawasan DUN Balung dan juga DUN Apas.
Program berkenaan telah dihadiri oleh Tn. Mohd Zaki Harry Susanto yang mewakili YBhg. Tn. Ghazalie Hj. Ansing selaku Ketua Bahagian. Pergerakan Pemuda UMNO Tawau diketuai oleh Tn. Erwan Palette manakala PPDJS Zon Tawau diketuai oleh Tn. Johan.
Majlis yang diadakan secara ringkas tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tn. Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabijan selaku Pengurus Besar Kump**an SEDCO. Pada majlis berkenaan, Pihak SEDCO telah menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM1,000.
Manakala anak syarikat Kump**an SEDCO iaitu Nippon Paint (Sabah) Sdn. Bhd. dan SEDCO Travel & Tours Sdn. Bhd. masing-masing menyumbangkan aneka jenis cat serta bingkisan buah Kurma Ajwa dari Tanah Suci.
Selain itu, Badan Islam Kump**an SEDCO (BIKS) menyampaikan sumbangan set kain kafan bersama kelengkapan pengurusan jenazah lelaki & wanita.
Pergerakan Pemuda UMNO Tawau turut sama menyampaikan sumbangan Mashaf Al-Quran untuk kegunaan jemaah masjid. PPDJS Zon Tawau p**a menyumbangkan set peralatan untuk mengecat masjid.
Kesemua sumbangan berkenaan telah diterima oleh Imam Masjid yang mewakili Ahli Jawatankuasa dan juga ahli kariah Masjid Nuruttaqwa. Selepas majlis penyerahan, YBhg. Tn. Haizar Razif Hisyam bersama wakil setiap organisasi yang hadir telah turun tangan untuk mengecat sendiri sebahagian daripada dinding masjid sebagai simbolik perasmian.
Pergerakan Pemuda UMNO Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala bantuan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini khususnya pihak Masjid Nuruttaqwa, Kump**an SEDCO, PPDJS Zon Tawau, RTM Tawau dan juga orang perseorangan yang telah memberikan kerjasama sama ada secara langsung ataupun tidak.
Adalah diharapkan agar sumbangan ikhlas yang telah disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita. In Shaa Allah.