24/06/2020
TAWAU, 23hb Jun 2020
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjong, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin menjawab permintaan penjaja serta turut mengedarkan lebih daripada 3,000 keping topeng pelitup muka (mask) kepada penjaja di Pasar Tanjung.
YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N57 Sri Tanjong Koo Hung Eow semalam (23hb Jun 2020) bersama barisan kakitangan UPPM beliau iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim Sri Tanjung Chong Lee Chia dan Maharani, Ketua Masyarakat Cina (KMC) Sri Tanjong Kan Kin Foh, KMC Chok Sui Tong, KMC Chong Yuke Voon, serta Pembantu Tadbir Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sri Tanjung Len Huoy Ching untuk turun padang ke kawasan Pasar Tanjung Tawau dan mengedarkan lebih daripada 3,000 topeng pelitup muka (mask) kepada barisan penjaja di pasar tersebut.
YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, yang juga merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, mengatakan bahawa walaupun dalam keadaan semasa wabak pandemik COVID19 kini sudah semakin reda, namun itu tidak bermaksud bahawa perkara itu boleh dipandang remeh. Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar tidak tidak lalai serta sentiasa peka dan waspada terhadap kesedaran tentang pencegahan wabak tersebut, terutamanya pada waktu ini dimana semua lapisan masyarakat sudah mula keluar seperti sedia kala serta urusniaga juga mula beroperasi seperti biasa, setiap orang mesti lebih berwaspada dan terus mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak tersebut.
Meskipun begitu, YB Datuk Jimmy Wong turut menyatakan rasa senang hati beliau, kerana inisiatif penjaja di Pasar tersebut yang memintanya untuk mengagihkan topeng pelitup muka (mask) membuktikan bahawa mereka masih memiliki tahap waspada dan kesedaran yang tinggi terhadap bahaya wabak tersebut.
YB Datuk Jimmy Wong berharap agar langkah pengagihan topeng pelitup muka tersebut dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penjaja di pasar sekaligus bagi mengawal pencegahan wabak dalam kalangan komuniti tersebut, tetapi juga untuk mengingatkan orang ramai untuk selalu berjaga-jaga agar tidak dijangkiti oleh virus wabak tersebut.
斯里丹絨州議員拿督黃仕平呼應市區大巴刹小販請求,免費派送超過3千片口罩予小販們防疫。
拿督黃仕平是於昨日(23日)指示斯里丹絨社區發展領袖許漢耀,帶領發展官鄔順發,兩位副發展官張立嘉、瑪哈拉妮,三位甲必丹簡靖俰、卓瑞堂、張育文,以及斯里丹絨社區發展領袖辦公室行政助理練慧卿,前往市區大巴刹總共分派了超過3千片一次性使用醫用口罩,給巴刹內所有的小販。
也是本州首長署助理部長的黃仕平表示,雖然當前的新冠肺炎疫情形勢有所緩和,但並不代表新冠病毒就從此消失。因此,他促請民眾不能因為疫情態勢轉好便放鬆防疫意識,尤其是在目前各行各業陸續復業的情形下,大家更加要有所警覺,繼續穩守疫情防控底線,提防疫情再度的爆發。
無論如何,拿督黃仕平感到非常的欣慰,因為巴刹小販主動向他請求派發口罩的舉止,已經證明了他們對疫情仍然保持高度警惕的態度。
黃仕平希望透過分派口罩的動作,能為巴刹小販的健康安全作出保護外,同時也能提醒民眾時刻做好防範措施,避免受到病毒的侵害。