Penjara Tawau Official

Penjara Tawau Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Tawau Official, Government Organization, Tawau.

19-20 OGOS 2026 | SMK PASIR PUTIH TAWAUTelah berlangsung Program Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Koreksional Peringkat Daer...
20/08/2026

19-20 OGOS 2026 | SMK PASIR PUTIH TAWAU

Telah berlangsung Program Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Koreksional Peringkat Daerah Tawau 2026.

Program ini melibatkan dua buah sekolah iaitu SMK Pasir Putih dan SMK Abaka Tawau yg disertai seramai 32 Orang Kadet serta di Kelolakan sepenuhnya oleh barisan Jurulatih Institusi Penjara Tawau bersama Guru Penasihat Kadet Koreksional Tawau.

Antara perisian program ini adalah Ujian Kawad Kaki, Ujian Seni Tangkas Penjara (SENTAP), Ujian Kefahaman Berkenaan Ilmu Kepenjaraan Serta Aktiviti Khidmat Masyarat yang telah diadakan di Tanah Perkuburan Kg Pasir Putih Tawau.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengitirafan kepada kadet yang telah menunjukkan kecemerlangan yang tinggi dalam penglibatan Kadet Koreksional disamping mengasah bakat muda dalam menyemai sifat kepimpinan yang tinggi.

Program ini diakhiri dengan Majlis Penutupan yang telah dihadiri oleh TPP Nursyafizie bin Misnan selaku Ketua Penyelaras Kadet Koreksional Tawau, Tuan Haji Anton bin Supu Penolong Kanan, Pentadbiran SMK Pasir Putih Tawau, KIP (Kadet) Ruly Sibat bin Masiga, Pegawai Tadbir Kadet Koreksional Negeri Sabah, Insp (Kadet) Rafidah binti Sulaiman, Pegawai Tadbir Kadet Koreksional Daerah Tawau, Barisan Jurulatih Institusi Penjara Tawau serta Guru Penasihat Kadet Koreksional Daerah Tawau.

SMK Pasir Putih Tawau Official
Smk Abaka Tawau

Kenyataan Pelawaan Sebut Harga
19/08/2026

Kenyataan Pelawaan Sebut Harga

Perbarisan Bulanan bagi Bulan Ogos 202618 Ogos 2026 | Gelanggang Bola Tampar, Penjara TawauPerbarisan Bulanan telah diad...
18/08/2026

Perbarisan Bulanan bagi Bulan Ogos 2026

18 Ogos 2026 | Gelanggang Bola Tampar, Penjara Tawau

Perbarisan Bulanan telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar, Penjara Tawau. Perbarisan telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Tawau, PKK Hasrul Anwar bin Hasim yang diiringi oleh Timbalan Pengarah Penjara Tawau, PP Philip Pangkat.

Majlis diteruskan dengan acara membawa baris serta lafaz Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh TPP Nuraziesyafizie bin Misnan. Penutup majlis telah diadakan gimik penyerahan bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai simbolik semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga Penjara Tawau.

Sebelum sekolah diciptakan mereka ini telah berkelas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet
17/08/2026

Sebelum sekolah diciptakan mereka ini telah berkelas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet

KEMPEN KESEDARAN KANSERSatu Kempen Kesedaran Kanser telah diadakan di Dewan Wawasan, Taman Ehsan dengan kerjasama Majlis...
17/08/2026

KEMPEN KESEDARAN KANSER

Satu Kempen Kesedaran Kanser telah diadakan di Dewan Wawasan, Taman Ehsan dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Bahagian Sabah

Program ini disampaikan oleh Cik Issey Josephine Anak Jimmy selaku penceramah. Kempen ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kanser, termasuk kepentingan menjaga kesihatan, mengenali tanda-tanda awal serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan daripada para peserta yang hadir.

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4) Mitsubishi Pajero No. Pendaftaran BEP103...
13/08/2026

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4) Mitsubishi Pajero No. Pendaftaran BEP1038 Di Penjara Tawau Jualan Sebut Harga boleh menghubungi di talian 016-588 9757 SJN Fazarrudin untuk sebarang pertanyaan

Kunjungan Hormat Penjara Tawau ke Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Cawangan TawauKunjungan ini diketuai oleh PP Philip ...
11/08/2026

Kunjungan Hormat Penjara Tawau ke Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Cawangan Tawau

Kunjungan ini diketuai oleh PP Philip Pangkat, Timbalan Pengarah Penjara Tawau bersama Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tawau disambut baik oleh Puan Fatin Hanani binti Parmin, Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau.

Tujuan kunjungan ini bagi membincangkan mengenai pesalah dalam skim Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan Orang DiParol (ODP). Kebanyakan daripada mereka menghadapi cabaran besar untuk membina semula kehidupan kerana nama mereka telah disenaraihitamkan (blacklist) oleh institusi kewangan atau Bank Negara akibat isu muflis atau hutang lampau. Sekatan kewangan ini menyukarkan mereka untuk membuka akaun bank asas bagi tujuan menerima gaji, memulakan perniagaan kecil-kecilan, atau menguruskan kewangan harian secara sah selepas dibebaskan.

Oleh itu, pihak institusi amat berharap dapat mendengar pandangan serta bimbingan daripada pihak Jabatan Insolvensi mengenai prosedur pelepasan (discharge) atau pembukaan akaun bank khas di bawah seliaan MdI bagi kes-kes melibatkan golongan PBSL dan parol ini.

Pelepasan Bertugas Bagi Menyertai 3RD Asian Championship 2026 Hapkido Malaysia melalui ( Rising Hapkido Club ) telah mem...
10/08/2026

Pelepasan Bertugas Bagi Menyertai 3RD Asian Championship 2026

Hapkido Malaysia melalui ( Rising Hapkido Club ) telah memilih penama-penama di Penjara Tawau sebagai pegawai atlet rasmi kontinjen Malaysia bagi menyertai 3rd Asian Hapkido Championship 2026 yang akan berlangsung di Sham Shui Po Sports Centre (SSPSC) Hong Kong 🇭🇰

•Insp. Muhammad Luqman bin Abdullah
•SJN Musliyadi bin Sulaiman
•KPL Abd Rahman bin Imran
•WDR Muhammad Yusri bin Stiyabudiutama

Gimik penyerahan bendera Malaysia 🇲🇾 daripada PP Philip Pangkat, Timbalan Pengarah Penjara Tawau sebagai tanda sokongan bagi menyemarakan semangat kepada para atlet yang akan mewakili Malaysia 🇲🇾

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

07/08/2026

TULAR MAKLUMAT TIDAK TEPAT MENGENAI CUBAAN MENDAPATKAN BAYARAN JUMPA PROSPEK JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia TIDAK PERNAH melantik mana-mana Pegawai atau Anggota sebagai wakil untuk membuat sebarang pembelian barangan, menguruskan tempahan perjumpaan, atau menyediakan hidangan istimewa kepada prospek melalui akaun bank milik peribadi.

Semua urusan berkaitan tempahan perjumpaan dan
pembelian hidangan hendaklah dibuat SECARA RASMI melalui Premis Penjara yang berkenaan.
Setiap transaksi rasmi akan disertakan dengan
RESIT RASMI sebagai bukti pembayaran.

Orang ramai adalah DIINGATKAN AGAR TIDAK membuat sebarang pembayaran ke akaun peribadi mana-mana individu yang mendakwa mewakili
Jabatan Penjara Malaysia.

Sebarang cubaan mendapatkan bayaran melalui
akaun peribadi adalah TIDAK SAH dan
berkemungkinan merupakan satu bentuk PENIPUAN.






Pertukaran KIP Baharumshah bin Saat ke tempat baharu. Selamat Maju Jaya
06/08/2026

Pertukaran KIP Baharumshah bin Saat ke tempat baharu. Selamat Maju Jaya

Address

Tawau
91008

Telephone

+6089715862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Tawau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share