Majlis Perbandaran Tawau

Majlis Perbandaran Tawau Laman Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Tawau.

11 Jun 2026 (Khamis)PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0 TAHUN 2026Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyal...
11/06/2026

11 Jun 2026 (Khamis)
PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0 TAHUN 2026

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM650,000 kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat (PBS) 2.0 di lokasi terpilih sekitar Pusat Bandar Tawau.

Majlis penyerahan replika cek telah disempurnakan oleh Puan Wardiyah Binti Senik @ Abdul Mokhti, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia, kepada Tuan Mohd. Shoffian Bin Mohd. Said, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

Program Bandar Selamat 2.0 merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia yang bertujuan memperkukuh keselamatan bandar menerusi pendekatan pencegahan jenayah serta penyediaan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif kepada masyarakat.

Daripada 100 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memohon di seluruh Malaysia, hanya 20 PBT berjaya memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Di peringkat negeri Sabah, hanya dua PBT terpilih menerima peruntukan ini.

Menurut MPT, inisiatif ini selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, kondusif, berdaya huni dan inklusif demi kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.

Kawasan pelaksanaan melibatkan zon komersial dalam bandar, kawasan rekreasi serta lokasi tumpuan orang ramai yang memerlukan penambahbaikan intervensi dari aspek keselamatan awam.

Antara komponen yang dicadangkan di bawah pelaksanaan Program Bandar Selamat 2.0 ialah pemasangan kamera litar tertutup berteknologi kecerdasan buatan (AI CCTV), pembinaan pondok pengawasan (Bit Centre), _Zebra Crossing_ serta pemasangan tonggak jalan (bollard) bagi meningkatkan tahap keselamatan awam dan menyokong usaha pencegahan jenayah di kawasan tumpuan masyarakat.

MPT komited untuk terus memperkasakan agenda bandar selamat demi kesejahteraan komuniti serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, kondusif dan mampan untuk seluruh warga Tawau.

09 Jun 2026 - SelasaLAWATAN RASMI TAKLIMAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTURUTAMA DI DAERAH TAWAU KEPADA YB MENTERI DI JABATAN P...
11/06/2026

09 Jun 2026 - Selasa

LAWATAN RASMI TAKLIMAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
UTAMA DI DAERAH TAWAU KEPADA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI HAL EHWAL (SABAH DAN SARAWAK) OLEH MAJLIS PERBANDARAN TAWAU

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah membuat lawatan rasmi ke Daerah Tawau untuk mendengar Taklimat Pembangunan Infrastruktur Utama di Daerah Tawau yang disampaikan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPP) Tawau, Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabah (JPS) Tawau, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Tawau, Sabah Electricity (SE) Cawangan Tawau dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).

Daripada taklimat tersebut, daerah Tawau telah merekodkan prestasi pelaksanaan projek pembangunan yang memberangsangkan apabila mencapai 43.68 peratus setakat Jun tahun ini, melebihi pencapaian purata peringkat negeri dan nasional.

Pencapaian itu membuktikan komitmen serta kecekapan agensi pelaksana dalam memastikan projek pembangunan untuk rakyat berjalan mengikut perancangan.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat 44 projek yang masih berada pada peringkat pelaksanaan melibatkan peruntukan kira-kira RM50 juta dan perlu dipercepatkan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebelum penghujung tahun.

Menurutnya, antara faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan dan projek sakit ialah isu berkaitan tanah serta prestasi kontraktor yang kurang memuaskan.

“Saya tidak mahu Sabah terus dilabel sebagai negeri yang mempunyai banyak projek sakit. Jika isu tanah menjadi punca utama, kita perlu mencari kaedah lebih berkesan termasuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan penyelesaian perkara itu,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan boleh dimulakan di peringkat daerah dengan melibatkan jabatan dan agensi berkaitan bagi menyelaraskan proses yang sering menjadi penghalang kepada pelaksanaan projek.

Lawatan kerja tersebut turut memberi peluang kepada beliau meninjau status semasa pelbagai projek pembangunan di Tawau bagi memastikan pelaksanaannya memberi manfaat optimum kepada rakyat.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🌾
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🌾

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan, serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Sabah Landscape Architecture Awards (SLAA) Open day and Skill Lab 2026 telah dianjurkan pada 11 Mei 2026 di Kota Kinabal...
26/05/2026

Sabah Landscape Architecture Awards
(SLAA) Open day and Skill Lab 2026 telah dianjurkan pada 11 Mei 2026 di Kota Kinabalu yang dirasmikan Penutupan Majlis oleh YBhg. Datuk Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Majlis ini dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT), Wakil pemaju, NGO dan Wakil pengusaha industri lain.

Pada 09 Mei 2026,  satu Program Jelajah Inisiatif Hijau Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Aspirasi Saba...
26/05/2026

Pada 09 Mei 2026, satu Program Jelajah Inisiatif Hijau Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Aspirasi Sabah Maju Jaya di Membakut yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd.Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Adun N.31 Membakut. Program ini telah dihadiri Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antara Wakil PBT yang hadir ialah Majlis Perbandaran Tawau En Mohd Madin Md Lajim, Cik Disah Dulamit dan En Jeffri Arman dan agensi kerajaan, Swasta & NGO, Pembekal dan Pelajar serta orang awam # Bahagiankejuruteraan

Pada 05 Mei 2026 Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ( Sektor Landskap dan Kelestarian) telah mengan...
26/05/2026

Pada 05 Mei 2026 Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ( Sektor Landskap dan Kelestarian) telah menganjurkan program "Landscape Talk: Tree Maintenance 2026" bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta mutu pengurusan dan penyelenggaraan pokok dalam kalangan pihak berkuasa tempatan. Antara peserta yang hadir ialah Cik Disah binti Dulamit dan Tn Jeffri Arman wakil daripada Majlis Perbandaran Tawau serta beberapa PBT lain di Sabah.

Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Perbandaran Tawau Tahun 2026
19/05/2026

Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Perbandaran Tawau Tahun 2026

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau Tahun 2026.Tarikh : 17 Mei 2026 (Ahad)Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang...
15/05/2026

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau Tahun 2026.

Tarikh : 17 Mei 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Sri Tawau.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara📢📢📢📢

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI YANG BERHORMAT MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT) SABAH ...
14/05/2026

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI YANG BERHORMAT MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT) SABAH

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif bersama rombongan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) dan Pejabat Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) hadir pada Jelajah dan Taklimat di Majlis Perbandaran Tawau. Turut hadir bersama dalam rombongan Pembantu Menteri II dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah .

Program Jelajah Aspirasi Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah adalah sebagai usaha untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mempereratkan hubungan antara kepimpinan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dalam Jelajah Aspirasi ini, Majlis Perbandaran Tawau telah memberikan taklimat kepada Menteri mengenai Perancangan Pembangunan di Daerah Tawau antaranya adalah taklimat mengenai Profil Daerah Tawau, Hasil Kewangan Majlis, Perancangan Pembangunan Majlis, Aduan Awam dan Isu dan Cabaran yang dihadapi oleh Majlis.

Dengan balasan ucapan Menteri telah menyampaikan amanat beliau tentang penekanan kepada peningkatan mutu perkhidmatan PBT dan memperkukuh kepercayaan masyarakat kepada PBT. Menteri juga menegaskan usaha penambahbaikan berterusan diperlukan daripada semua PBT untuk memastikan perkhidmatan yang cekap serta berkualiti.

Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, di samping memperkasa pembangunan dan kesejahteraan komuniti di seluruh negeri Sabah.

Address

Jalan Persatuan
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089701699

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Tawau:

Share