Beliawanis gagasan Rakyat N.70 kukusan

Beliawanis gagasan Rakyat N.70 kukusan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Beliawanis gagasan Rakyat N.70 kukusan, Political Party, PEJABAT PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH Pusat Komersial Taipan Jalan Kuhara P, Tawau.

Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™βœ¨Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT.Semoga hari yang mul...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™βœ¨
Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT.
Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat diri serta keluarga tersayang.
Maaf zahir dan batin 🀍

17 Mei 2026 | AHADπŸ“ Sabah International Convention Centre Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah. Barisan kep...
19/05/2026

17 Mei 2026 | AHAD
πŸ“ Sabah International Convention Centre

Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Barisan kepimpinan tertinggi parti sebulat suara mengambil keputusan untuk melaksanakan penstrukturan baharu daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian Parlimen merangkumi seluruh Sabah dan Labuan.

Semoga segala perancangan ini membawa kebaikan kepada kita semua serta memperkukuhkan lagi jentera perjuangan demi masa depan Sabah yang lebih maju, dan bersatu.

"Sistem boleh berubah, Perjuangan tetap sama"

Sabah Tanah Airku.

10/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran buat YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Didoakan semoga YAB Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan, serta kekuatan dalam memimpin dan berkhidmat untuk rakyat Sabah. Semoga segala usaha dan jasa beliau terus diberkati serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan negeri dan kemakmuran rakyat.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang menjadi inspirasi kepada rakyat serta generasi muda negeri ini.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kekuatan serta kebijaksanaan dalam meneruskan amanah memimpin Sabah menuju masa depan yang lebih maju, stabil dan sejahtera.






10/05/2026

πŸŽ‰βœ¨ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯𝗔𝗑 𝗬𝗔𝗕 π——π—”π—§π—¨π—ž π—¦π—˜π—₯π—œ π—£π—”π—‘π—šπ—Ÿπ—œπ— π—” π—›π—”π—π—œ π—›π—”π—π—œπ—π—œ π—•π—œπ—‘ π—›π—”π—π—œ 𝗑𝗒𝗒π—₯ βœ¨πŸŽ‰

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, kebijaksanaan dalam kepimpinan serta kekuatan untuk terus memimpin negeri Sabah menuju kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen dalam memperjuangkan kestabilan, pembangunan serta masa depan Sabah yang lebih gemilang.

Gagasan Kita, Masa Depan Kita

Semoga Sabah terus maju jaya di bawah kepimpinan yang berwibawa demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga PGRS N.70 Kukusan








10/05/2026

🌸SELAMAT HARI IBU 2026🌸

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Tiada insan yang lebih mulia pengorbanannya selain seorang ibu.
Mereka adalah sumber kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus demi melihat keluarga hidup bahagia dan berjaya.

Sempena sambutan Hari Ibu ini kami daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah PGRS N.70 Kukusan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu.

Terima kasih atas setiap pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah.
Sesungguhnya jasa ibu tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata.

✨ Semoga semua ibu sentiasa diberikan:
❀️ Kesihatan yang baik
❀️ Kebahagiaan berpanjangan
❀️ Rezeki yang melimpah
❀️ Kasih sayang keluarga yang tidak putus-putus

Ikhlas daripada,
Datuk Haji Abdul Karim Abdul Wahid
Ketua Bahagian PGRS N.70 Kukusan







Selamat Hari Ibu 🌷Terima kasih atas setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus. Seorang ibu bukan ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu 🌷

Terima kasih atas setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus. Seorang ibu bukan sekadar insan yang melahirkan, tetapi juga yang sentiasa kuat walaupun penat, sentiasa tersenyum walaupun banyak beban.
Semoga semua ibu di dunia ini sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan. Kasih ibu sepanjang hayat, tiada ganti ❀️

Selamat Hari Pekerja!Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam mencari rezeki dan membina kehidupan...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!

Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam mencari rezeki dan membina kehidupan yang lebih baik. Semoga segala penat lelah dibalas dengan kejayaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat. Teruskan melangkah maju dan jangan pernah putus asa. πŸ’ͺ✨

01/05/2026

Pihak kami dimaklumkan terdapat lebihan sumbangan pakaian kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia Sandakan dan disarankan untuk menyumbang pakaian sekolah dan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik rakyat Sabah untuk menyumbang pakaian sekolah serta peralatan sekolah untuk anak-anak mangsa kebakaran di Kg Bahagia Sandakan

Ayuh Sabahan !!!

πŸ’» ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πˆπ‡π’π€π πŠπŽπŒππ”π“π„π‘ (ππ€πˆπŠ)πŸ“£ Berita baik untuk pelajar Sabah!Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kin...
03/04/2026

πŸ’» ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πˆπ‡π’π€π πŠπŽπŒππ”π“π„π‘ (ππ€πˆπŠ)

πŸ“£ Berita baik untuk pelajar Sabah!
Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kini dibuka mulai 1 April 2026 πŸŽ‰

πŸ“Œ Cara Memohon
Permohonan dibuat secara dalam talian sepenuhnya di:
πŸ‘‰ baik.sabah.gov.my

πŸ‘©β€πŸŽ“ Kategori Pemohon
Terbuka kepada pelajar sepenuh masa:
* IPTA & IPTS
* Asasi / Matrikulasi
* Diploma
* Ijazah Sarjana Muda

βœ… Syarat Kelayakan
* Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera Sabah
* Golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah) atau berdaftar dalam e-Kasih
* 1 komputer bagi 1 Ketua Isi Rumah

⚠️ Perhatian
* Pastikan semua maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap dan tepat
* Permohonan hanya melalui atas talian (online)

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang!
Dapatkan kemudahan komputer untuk menyokong pembelajaran anda.

πŸ“£ Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga yang layak!

πŸ’«πŸ’«Salam Ramadhan Ya Karim.Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan k...
18/02/2026

πŸ’«πŸ’«Salam Ramadhan Ya Karim.
Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan kepada kita semua. Mudah-mudahan segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Address

PEJABAT PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH Pusat Komersial Taipan Jalan Kuhara P
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60142018801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beliawanis gagasan Rakyat N.70 kukusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Beliawanis gagasan Rakyat N.70 kukusan:

Share