PAS KAWASAN TAWAU

PAS KAWASAN TAWAU Fan Page ini adalah untuk apa apa perbincangan "Fan" PAS Kawasan Tawau terhadap satu2 isu atau berita yang akan dipaparkan dalam Laman Web PAS Tawau.

ANAK JATI KEDAH MENABUR BAKTI DI BUMI TAWAUHari Jumaat kembali tiba, itulah hari pemergiaan mereka berdua. Berbeza tahun...
24/07/2026

ANAK JATI KEDAH MENABUR BAKTI DI BUMI TAWAU

Hari Jumaat kembali tiba, itulah hari pemergiaan mereka berdua. Berbeza tahun tetapi hari yang sama mereka dijemput oleh Allah dalam keadaan istiqamah berjuang. Perginya mereka bukan untuk ditangisi semata-mata

{ لِّكَیۡلَا تَأۡسَوۡا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُوا۟ بِمَاۤ {ءَاتَىٰكُمۡۗ

Agar kamu tidak berdukacita dengan apa yang hilang dari kamu, dan tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikannya kepada kamu.

Hargai pengorbanan mereka dengan istiqamah meneruskan perinsip dan perjuangan mereka. Kematian mereka itulah bukti bahawasanya mereka yang berjuang pasti akan dimuliakan oleh Allah.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga kesudahannya.

Banyak mayang perkara mayang,
Mayang terbelah tidak bersangga;
Banyak sayang perkara sayang,
Sayang guru tidak terhingga.

Moga Allah sentiasa merahmati mereka berdua, mantan penaung dan pengarah Madrasah Darul Hidayah.

رحمهما الله رحمة واسعة

Tulisan
Abu Nuha

22/07/2026

𝟏𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐤𝐞-𝟑𝟖, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭𝐞 𝐤𝐡𝐚𝐬 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐇𝐣 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐚𝐢𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐬𝐚𝐧𝐮𝐛𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧, 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫. 𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐫𝐞𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐡𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐭𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐇𝐣 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐚𝐢𝐧 @ 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐜𝐢𝐤 𝐦𝐚𝐝 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐩𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐬𝐤𝐫𝐢𝐧. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡.

​𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.

​𝐊𝐢𝐧𝐢, 𝐠𝐢𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢.
​𝐇𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢.

​𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐚𝐤𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐝 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧. 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧!
​𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡🤲🏽🥺

SALAM MAAL HIJRAH 1448Hبِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAlhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Alla...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melangkah ke tahun baharu Hijrah 1448H.

Maal Hijrah mengingatkan kita tentang pengorbanan, perjuangan dan perubahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW serta para sahabat dalam menegakkan Islam. Semangat hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada ketaatan, dan daripada perpecahan kepada penyatuan ummah.

Marilah kita menjadikan tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan iman, mempererat ukhuwah serta meningkatkan amal soleh demi agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Tawau dan Sabah.

“Hijrah Membangun Ummah, Istiqamah Membina Perjuangan”

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H

Ikhlas daripada :

Tuan Amboasse Ramano
Pemangku YDP,
PAS Kawasan Tawau.

PAS Kawasan Tawau mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah haji kepada tetamu-tet...
29/05/2026

PAS Kawasan Tawau mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah haji kepada tetamu-tetamu Allah yang dijemput untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Semoga mendapat haji yang mabrur dan dimudahkan urusan serta selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S menjadikan pengajaran kepada umat Islam hari ini lebih cintakan Allah dari segala-galanya.

Semoga amalan ibadah korban yang dilakukan pada tahun ini mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah sebagai bentuk pengorbanan yang soleh.

Alhamdulillah terima kasih pada tuan puan yang beri amanah dan mengambil bahagian dalam program korban tahun ini..Pada s...
27/05/2026

Alhamdulillah terima kasih pada tuan puan yang beri amanah dan mengambil bahagian dalam program korban tahun ini..

Pada semua yang terlibat menumbangkan sapi, melapah, memotong, menimbang, membungkus dan mengagihkan daging korban.. Terima kasih semuanya, Moga semua dapat keberkatan dan redha Illahi 🤲🏻


Alhamdulillah selesai tadi, Program Korban PAS Kawasan Tawau yang diadakan di Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam..Masa t...
27/05/2026

Alhamdulillah selesai tadi, Program Korban PAS Kawasan Tawau yang diadakan di Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam..

Masa tengah perhati adik adik madrasah membersihkan perut sapi,sahabat pimpinan bersuara "biasanya cikgu dan ydp yang terer uruskan ni semua, tapi sekarang kita lah yang kena belajar dan kuat urus semua ni." 🥺

InshaAllah, semangat gerakkerja arwah cikgu Nasir dan arwah YDP akan sentiasa menguatkan kami semua 🤲🏻

Salam Aidiladha buat semua ✨


1 MEI 2026 | HARI PEKERJASelamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di Tawau khasnya dan Malaysia amnya.PAS Kawas...
01/05/2026

1 MEI 2026 | HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di Tawau khasnya dan Malaysia amnya.

PAS Kawasan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.

Sesungguhnya setiap usaha dan pengorbanan anda adalah amat bernilai dan wajar dihargai. Semoga segala titik peluh yang dicurahkan diberkati serta menjadi asbab kepada kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

‘Pekerja Tonggak Kemajuan Negara’
Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Tawau”

KEMPEN IBADAH KORBAN PAS KAWASAN TAWAU 1447HDengan ini dimaklumkan bahawa penyertaan bagi ibadah korban tahun ini kini d...
10/04/2026

KEMPEN IBADAH KORBAN PAS KAWASAN TAWAU 1447H

Dengan ini dimaklumkan bahawa penyertaan bagi ibadah korban tahun ini kini dibuka kepada orang ramai.

Orang ramai dijemput untuk menyertai program ini sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT serta menyemarakkan syiar Islam.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh berhubung di nombor yang tertera.

Address

Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN TAWAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share