Wanita PGRS N.72 Merotai

Wanita PGRS N.72 Merotai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita PGRS N.72 Merotai, Political organisation, Merotai, Tawau.

04/03/2026
04/03/2026

π—•π—Ÿπ—’π—ž 𝗕𝗒π—₯π—‘π—˜π—’ π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—¦π—’π—”π—Ÿ π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—”π—‘ π—žπ—¨π—”π—¦π—”, π—§π—˜π—§π—”π—£π—œ π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—¦π—˜π—œπ— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—¨π—”π—‘

Kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak menggunakan cadangan Blok Borneo untuk memperkukuh kawalan politik di peringkat Persekutuan wajar dilihat dalam konteks sejarah dan semangat pembentukan Malaysia.

Cadangan pembentukan Blok Borneo tidak harus ditafsirkan sebagai usaha untuk mendominasi Semenanjung. Hal ini merupakan usaha politik yang sah dan matang untuk menyelaraskan suara Sabah dan Sarawak dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Borneo secara lebih tersusun di Parlimen.

Melalui sistem persekutuan yang sihat, kerjasama antara wilayah bagi memperkukuh kedudukan rundingan adalah sesuatu yang lazim dan bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif.

Perlu diingat bahawa asas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah berteraskan prinsip perkongsian antara wilayah. Walaupun Sabah dan Sarawak ketika itu berada di bawah pentadbiran British, penyertaan kedua-dua wilayah ini dalam Persekutuan Malaysia dibuat melalui rundingan yang jelas disertai dengan jaminan perlindungan tertentu bagi menjaga identiti, autonomi pentadbiran dan kepentingan rakyat tempatan. Jaminan-jaminan ini termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas kepada pembentukan negara kita.

Perkara-perkara seperti kuasa imigresen, isu hasil petroleum, tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan serta beberapa perkara berkaitan pelaksanaan MA63 bukanlah keistimewaan yang berlebihan.

Semua ini merupakan sebahagian daripada komitmen asal yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia, maka usaha berterusan untuk menuntut dan memperkukuh pelaksanaan perkara-perkara ini adalah selaras dengan semangat Persekutuan yang adil dan seimbang.

Cadangan untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak juga perlu dilihat dari sudut representasi yang lebih saksama. Melihat keluasan wilayah, kepelbagaian geografi serta keperluan pembangunan yang berbeza, adalah wajar suara rakyat di Sabah dan Sarawak diwakili secara lebih seimbang dalam Parlimen Malaysia.

Hakikatnya, pembentukan Blok Borneo mencerminkan kematangan politik Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan Malaysia. Ia bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua wilayah supaya isu pembangunan, hak Perlembagaan dan kepentingan rakyat Borneo dapat diperjuangkan secara lebih teratur dan konstruktif.

Malaysia dibina atas semangat kerjasama antara wilayah, bukan persaingan antara Semenanjung dan Borneo. Oleh itu, sebarang usaha untuk memperkukuh keseimbangan dalam Persekutuan harus dilihat sebagai langkah memperkuatkan negara secara keseluruhan.

𝗬𝗕 π——π—”π—§π—¨π—ž π—›π—”π—π—œ π—‘π—œπ—­π—”π—  𝗗𝗦𝗣 π—›π—”π—π—œ 𝗔𝗕𝗨 π—•π—”π—žπ—”π—₯ π—§π—œπ—§π—œπ—‘π—šπ—”π—‘
Ketua Penerangan
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

4 Mac 2025

04/03/2026
SALAM RAMADHAN AL'MUBARAK27/2/2026 BERSAMAAN 9 RAMADHAN AKTIVITI WANITA GAGASAN RAKYAT N72 MEROTAI,MEMBUAT BUBUR LAMBOK ...
28/02/2026

SALAM RAMADHAN AL'MUBARAK

27/2/2026 BERSAMAAN 9 RAMADHAN AKTIVITI WANITA GAGASAN RAKYAT N72 MEROTAI,MEMBUAT BUBUR LAMBOK UNTUK D AGIIHΒ²KAN KEPADA JEMAAH JUMAAT DAN PENDUDUK KG DAN SEKITARNY...PEROGRAM INI D KETUAI OLH KETU WANITA N72 MEROTAI PUAN ZAINAB OTING Zyka Zaynab

ALHAMDULILLAH....PEROGRAM.MAKN MLM WANITA  BERSAMA  JEMPUTAN  SAYAP GAGASAN RAKYAT N72 MEROTAIYANG D RASMIKAN OLEH KETUA...
11/12/2025

ALHAMDULILLAH....PEROGRAM.MAKN MLM WANITA BERSAMA JEMPUTAN SAYAP GAGASAN RAKYAT N72 MEROTAI

YANG D RASMIKAN OLEH KETUA BAHAGIAN TUAN Mohd Jalani Bin Hj. Chachu Cikgu Jai. DALAM UCAPAN BELIAU ' WALAUPUN KITA TIDAK D CALONKAN PADA PRU 17 ITU BUKAN BERERTI KITA KALAH TPI IYANYA MENAMBAH SEMNGAT KITA UNTUK TERUS BERJUANG AGAR KITA DAPAT MEMPERLIHATKAN KERJA DAN KEBOLEHAN KITA KEPADA MASYARAKAT '

JELAS SEKALI WALAU PUN AGAK KECEWA NAMUN BELIAU BEGITU KUAT DAN BERSEMA NGAT MEMBERI PENERANGAN KEPADA JENTERA DAN SAYAP NYA ....ALHAMDULILLAH

DALAM PADA ITU KETUA WANITA PUAN Zaynab Oting JGA MEMBERI SOKONGAN DAN SEDIKIT PESANAN BAHAWA PERJALANAN KITA BUKAN SAMPAI DI SINI SAHAJA TPI MASIH JAUH LANGKAH KITA UNTUK MENUJU KEMENANGAN YG LEBIH BAIK




i

01/12/2025

1 Disember 2025
Isnin

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Tolak Penyertaan Barisan Nasional Dalam Kerajaan Negeri Diterajui GRS.

01/12/2025

Wanita Tidak Dipinggirkan, GRS Martabatkan Wanita Sabah

Di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, wanita Sabah tidak lagi sekadar disebut dalam ucapan β€”
tetapi diberi ruang, peluang dan peranan sebenar.

Hari ini, wanita Sabah bangkit dengan maruah.

Jutaan ringgit disalurkan untuk pembangunan wanita melalui JHEWA, YUM, MPWS, Akademi Kepimpinan Wanita serta program keusahawanan khusus untuk ibu tunggal dan wanita B40.

Wanita luar bandar dan beliawanis dibimbing menjadi usahawan berdikari, bukan sekadar penerima bantuan.

Penyertaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan dasar diperkasa berasaskan merit, bukan slogan kosong.

Kini, wanita Sabah tampil sebagai pemimpin, pembuat dasar, wakil rakyat, usahawan dan penggerak pembangunan.
Bukan lagi di pinggir, tetapi di barisan hadapan.

Inilah bukti GRS bukan sekadar berjanji, tetapi melaksana.
Inilah kerajaan yang mengangkat martabat wanita, bukan meminggirkannya.

Bila wanita dimartabatkan, keluarga diperkasa.
Bila wanita diperkasa, Sabah melangkah ke hadapan.

Wanita Sabah Bangkit Bersama GRS.








Demi mu GRS kami sanggup berkorban apa sjakSemoga ada hikmah d sebaliknya
23/11/2025

Demi mu GRS kami sanggup berkorban apa sjak
Semoga ada hikmah d sebaliknya


Apa pun kami tetap bekerja demi GRSPerjuangan harus d teruskan
23/11/2025

Apa pun kami tetap bekerja demi GRS
Perjuangan harus d teruskan


Work out Bersama Dtuk SAIFUDDI NASUTION DAN CALON PH MEROTAI DATUK RUJI BIN UBID iringi Olh KETUA BAHAGIAN GAGASAN RAKYA...
20/11/2025

Work out Bersama Dtuk SAIFUDDI NASUTION DAN CALON PH MEROTAI DATUK RUJI BIN UBI
D iringi Olh KETUA BAHAGIAN GAGASAN RAKYAT N72 MEROTAI TUAN MOHD JALANI BIN HJI CHACU

Address

Merotai
Tawau
91000

Telephone

+60168941914

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita PGRS N.72 Merotai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share