Balai Polis Tawau

Balai Polis Tawau Laman Facebook Rasmi Balai Polis Tawau Sabah

06/09/2025

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔
π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ“πŒ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan meraikan Maulidur Rasul 1447H dengan tema β€œMembangun Ummah Madani” yang menuntut kita meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat berakhlak, berintegriti dan bersatu padu.

Rasulullah SAW adalah contoh kepimpinan terbaik yang mengutamakan kasih sayang, keadilan dan amanah. Nilai inilah yang perlu dijadikan pedoman oleh warga PDRM khususnya IPD Tawau dalam menggalas tanggungjawab menjaga keamanan serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga sambutan ini menyemarakkan semangat kebersamaan, menguatkan iman serta memperkukuh usaha kita membangun ummah madani yang sejahtera dan harmoni.

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M.
β€œMembangun Ummah Madani”.

ACP Jasmin Bin Hussin
Ketua Polis Daerah Tawau





23/08/2025
20/03/2025

π‹π„π‹π€πŠπˆ πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ ππ„ππ€π†πˆπ‡ πƒπˆπ“π€π‡π€π

TAWAU, 19 Mac 2025 – Seorang lelaki disyaki penagih ditahan dalam satu operasi di sekitar kawasan kampung Tanjung Batu Laut, Tawau petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota polis dari Strike Team, Balai Polis Tawau yang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

β€œHasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Ujarnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes penyalahgunaan dadah dan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama.

β€œPolis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah yang diperoleh suspek serta kemungkinan penglibatannya dalam aktiviti pengedaran,” tambahnya.

Tambah ACP Jasmin, beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak polis bagi membanteras gejala ini di daerah Tawau khususnya.

β€œPolis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan sentiasa memantau serta berwaspada terhadap setiap gerak geri penjenayah bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini terus terpelihara walaupun di bulan ramadan,” tegasnya.





20/03/2025

π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π€π’πˆππ† πƒπˆπ“π€π‡π€π πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ π‚π”π‘πˆ πŒπŽπ“πŽπ’πˆπŠπ€π‹

TAWAU, 19 Mac 2025 – Polis menahan seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah motosikal dalam satu operasi di sekitar kawasan Jalan Kampung Jawa, Tawau tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu diberkas sepasukan Polis dari Strike Team, Balai Polis Tawau hasil dari maklumat awam.

Katanya, ketika rondaan cegah jenayah dijalankan, pihak Polis telah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

β€œHasil siasatan awal, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian motosikal yang dilaporkan hilang baru-baru ini. Bagaimanapun, siasatan masih giat dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, satu laporan Polis telah dibuat oleh mangsa berusia 40-an mengatakan motosikal miliknya disedari telah hilang di sekitar kawasan rumah di kampung Batu 5, Jalan Apas Tawau kira-kira jam 7.30 pagi, 24 Febuari yang lalu.

Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.





*PROGRAM 'TRIM AND FIT' MINGGUAN BALAI POLIS TAWAU - JOGGING*Tawau, 17 Januari 2025 ( Jumaat ) - Balai Polis Tawau telah...
17/01/2025

*PROGRAM 'TRIM AND FIT' MINGGUAN BALAI POLIS TAWAU - JOGGING*

Tawau, 17 Januari 2025 ( Jumaat ) - Balai Polis Tawau telah mengadakan Program 'Trim and Fit' Mingguan Balai Polis Tawau yang diadakan di Pu Zhao Temple, Tawau Sabah.

Program yang bermula jam 4.00 petang itu telah dihadiri oleh Insp Hamka Bin Ab. Rashid ( Ketua Polis Balai Tawau ) dan S/I Amran Bin Sulaiman ( Timbalan Ketua Polis Balai Tawau ). Turut hadir Sjn Jefree dan Sjn Wan Amran. Program ini juga turut dihadiri 29 Pegawai Rendah Polis Balai Polis Tawau.

Program β€˜Trim and Fit’ dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dikalangan warga Balai Polis Tawau dan dalam masa yang sama dapat merapatkan silaturrahim antara warga Balai Polis Tawau bersama komuniti. Selain itu, program ini juga dianjurkan sebagai menyahut seruan pucuk pimpinan PDRM agar warga PDRM terus mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan senaman bagi menjamin kesihatan fizikal dan mental secara konsisten adalah cara terbaik untuk mengekalkan BMI yang sihat.


&fit

Address

Balai Polis Tawau, Ibupejabat Polis Daerah Tawau
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share