Balai Bomba Tawau

Balai Bomba Tawau Siap Sedia Setiap Masa

02/09/2026
PENCEGAHAN HARI INI, KESELAMATAN HARI ESOK🔥Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa, namun risikonya boleh dikurangka...
02/09/2026

PENCEGAHAN HARI INI, KESELAMATAN HARI ESOK🔥

Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa, namun risikonya boleh dikurangkan melalui pencegahan, penyelenggaraan dan kesiapsiagaan yang berterusan.

Antara langkah penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan pendawaian elektrik sentiasa selamat, mengelakkan soket terlebih beban, mematikan peralatan elektrik selepas digunakan, mengawal penyimpanan bahan mudah terbakar serta memastikan laluan kecemasan sentiasa bebas daripada halangan.

Pada masa yang sama, pastikan alat pemadam api dan sistem penggera kebakaran berfungsi, pintu keluar kecemasan mudah digunakan serta latihan pengungsian dilaksanakan secara berkala.

🏫 Sekolah Selamat, Warga Terlindung
🔥 Cegah Kebakaran, Selamatkan Nyawa dan Harta Benda

Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi 999.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
CEPAT DAN MESRA

26/08/2026

"Tanah tumpahnya darah kita, di sinilah tempat kita bersatu. Marilah kita terus memupuk semangat patriotik dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

"Kibar megah Jalur Gemilang di dada, tanda cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Semoga negara kita terus maju, aman, and makmur selamanya. MERDEKA!"






“Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Jadikanlah peribadi mulia Baginda sebagai panduan hidup untuk membina perpaduan dan k...
24/08/2026

“Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Jadikanlah peribadi mulia Baginda sebagai panduan hidup untuk membina perpaduan dan keharmonian ummah.”

08/05/2026 ( 13:36 )BALAI BOMBA TAWAUPasukan : CARLIEKebakaran RumahKg. Titingan Block 6Tawau
08/05/2026

08/05/2026 ( 13:36 )

BALAI BOMBA TAWAU
Pasukan : CARLIE
Kebakaran Rumah
Kg. Titingan Block 6
Tawau

🔥 SEKITAR PROGRAM SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 🔥Pada 04 Mei 2026 yang lalu, warga Balai Bomba dan Penyelamat...
06/05/2026

🔥 SEKITAR PROGRAM SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 🔥

Pada 04 Mei 2026 yang lalu, warga Balai Bomba dan Penyelamat Tawau telah melaksanakan Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 dengan penuh semangat dan penghargaan bertemakan:

✨ “BOMBA TONGGAK PENYELAMATAN NEGARA” ✨

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan ialah:

🔹 Pemeriksaan barisan dan nyanyian pagi
🔹 Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Oleh Ketua Zon Tawau
🔹 Penyampaian Penganugerahan Fire Fit
🔹 Sesi penanaman pokok simbolik 50 tahun
🔹 Ziarah prihatin dan lawatan pegawai sakit/pesara
🔹 Solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen seluruh anggota bomba dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara. 🚒❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.

💪 “Cepat dan Mesra”
🔥 Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 🔥

05/05/2026 ( 05:14 )BBP TAWAUPasukan BRAVOKEBAKARAN KILANG Majulah Koko, Tanjung Batu laut,Tawau.
05/05/2026

05/05/2026 ( 05:14 )

BBP TAWAU
Pasukan BRAVO
KEBAKARAN KILANG
Majulah Koko,
Tanjung Batu laut,
Tawau.

Address

Jalan Kelapa
Tawau
91008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Tawau:

Shortcuts

Share