Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau

Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Laman Rasmi Facebook Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih.

Facebook ini ini adalah FB rasmi Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau bertujuan menyalurkan maklumat dan info terkini berkaitan penganjuran program/aktiviti Bahagian Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda samaada yang telah dilaksanakan atau bakal berlangsung. Ianya juga merupakan platform digital/media sosial untuk berhubung terus dengan para belia dan mas

yarakat khususnya di Daerah Tawau, Semporna, Kalabakan, Kunak dan Lahad Datu. Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau mengalu-alukan kehadiran masyarakat dan para belia ke FB rasmi Pejabat ini.

πŸ•οΈ KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH πŸ”₯πŸ“… 3 – 6 September 2026  πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Putatan🌟 ...
12/08/2026

πŸ•οΈ KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH πŸ”₯

πŸ“… 3 – 6 September 2026
πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Putatan

🌟 Terhad kepada 40 orang peserta sahaja!

Jom isi cuti sekolah dengan pengalaman yang bermakna!

Kem ini dilaksanakan diseluruh Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Peserta Kem Rakan Muda!!

Pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda!

βœ… Ice breaking & cabaran berkumpulan
βœ… Kepimpinan dan kerja berpasukan
βœ… Aktiviti lasak & rekreasi
βœ… Kesukarelawanan


πŸ“² Imbas Kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat penyertaan dan mengisi borang pendaftaran.

⏳ Tempat adalah TERHAD kepada 40 orang peserta sahaja! Daftar segera.

πŸ’š RAKAN MUDA – YAKIN BOLEH!



 😍🎊Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.🎊πŸ₯°Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Bahagian Pembangunan Rak...
15/07/2026



😍🎊Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.🎊πŸ₯°

Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Sedang dalam usaha untuk mengumpul *Data Peserta Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia 2003-2025*.

Objektif Pengumpulan Data ini adalah :

1) Pengumpulan Data Peserta Emas Yang telah ditauliahkan semenjak tahun 2003-2025,

2) Membina Jaringan Antara bekas penerima emas ARPRM,

3) Memastikan Kolaborasi antara JBSN dan bekas pemimpin Emas berterusan,

4) Menguatkan Struktur Organisasi ARPRM dengan Penglibatan Bekas Peserta ARPRM.

5) Memperbanyakan Program ARPRM di peringkat Akar Umbi dengan penglibatan ramai bekas-bekas Peserta Emas.

Mohon Dr/tuan/puan untuk Isi maklumat anda melalui LINK/SCAN QR yang diberi.

https://forms.gle/R1PN9nfHNK881hau9

Unit Latihan dan Pentauliahan
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara

KELAB RAKAN MUDA TAWAU
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau
SMK Tawau

Highlight




Program KLAS Renang Bahagian Tawau Fasa 1 Tahun 2026Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Bahagian Tawau Fa...
12/07/2026

Program KLAS Renang Bahagian Tawau Fasa 1 Tahun 2026

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Bahagian Tawau Fasa 1 Tahun 2026 yang dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan selama 3 minggu berturut-turut telah tamat dengan Sesi 6 selesai dijalankan pada hari ini. Program ini dijalankan di Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau dan telah disertai seramai 40 orang peserta yang berumur 6 hingga 12 tahun.

Program ini memberi pendedahan tentang keselamatan di dalam air, mengajar dan melatih teknik asas renang yang betul kepada semua peserta dan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh peserta yang terpilih menyertai.

Dengan ini Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kompleks Sukan Tawau, para jurulatih dan ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan program ini.

TIGA CALON TAWAU CEMERLANG DALAM APBN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 202611 Julai 2026, Tawau – Pejabat Belia dan Sukan (P...
12/07/2026

TIGA CALON TAWAU CEMERLANG DALAM APBN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

11 Julai 2026, Tawau – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para penerima Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sabah 2026 dari Bahagian Tawau atas kejayaan cemerlang yang telah diraih.
Seramai tiga calon individu yang disokong dan dicalonkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan dalam anugerah berprestij tersebut. Ruesday Apsal telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki, manakala Nurul Syafiqa Mohd Dawud muncul sebagai Naib Johan Kategori Individu Wanita. Sementara itu, Nursayfaesyah Foo Mohd Sayful berjaya meraih Tempat Ketiga Kategori Individu Wanita.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah; YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YB Dato' Sri Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YBhg. Datuk Mohd. Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah; YBrs. Tuan Mohd Shoffian bin Mohd Said, Presiden Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN); YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah; serta YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah (MBS).

Kejayaan ini membuktikan komitmen, dedikasi dan semangat kepimpinan belia dari Bahagian Tawau dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat, sekali gus mengangkat martabat belia di peringkat negeri. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau berharap agar pencapaian ini menjadi pemangkin kepada para penerima untuk terus berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara, di samping memperkukuhkan penglibatan dalam pelbagai program pembangunan belia dan sukan secara menyeluruh.

Selain itu, kejayaan yang diraih oleh ketiga-tiga penerima diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia di Bahagian Tawau untuk menyertai Anugerah Perdana Belia Negara pada masa akan datang. Diharapkan lebih ramai belia yang berdaya saing, berwibawa dan berpotensi sebagai pemimpin masa hadapan akan terus dilahirkan menerusi penyertaan dalam anugerah berprestij ini.



Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada Khamis, 2 Julai 2026 dan ber...
03/07/2026

Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada Khamis, 2 Julai 2026 dan bertempat di Dewan Arena Belia Tawau. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai sepenuhnya lebih kurang pada jam 12.00 tengahari.

Majlis penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik dan rakan kerjasama iaitu Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif (KBSK) Cawangan Tawau dan Kelab Taekwondo Scott Elite (WTF), Tawau serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi dalam program yang akan datang.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah

PERBINCANGAN PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU TAHUN 2026TAWAU, 23 Jun 2026- S...
23/06/2026

PERBINCANGAN PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU TAHUN 2026

TAWAU, 23 Jun 2026- Sesi perbincangan bagi penyelarasan pelaksanaan program Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ixora Majlis Perbandaran Tawau.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shoffian Mohd Said; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan dihadiri oleh Puan Hajah Siti Nabilah Hadi; Setiausaha Majlis Perbandaran Tawau , Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor; Pegawai Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau, Encik Haerul;Pegawai Pengelola Kementerian Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Bahagian Tawau, Encik Darmansa Samsuddin;Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau, Encik Mohd Ali bin Abdul Sari; Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau serta ketua unit pentadbiran dan program Majlis Perbandaran Tawau.

Perbincangan ini diadakan bagi memastikan MPBN Peringkat Bahagian Tawau dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektik serta sasaran yang telah ditetapkan. Program ini merupakan platform penting bagi para belia bersuara berkaitan Pembangunan Belia dan Sukan di Bahagian Tawau. Program ini merupakan medan untuk membantu memperkasakan belia dan memajukan sukan di Bahagian Tawau.

Perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan kata sepakat telah dipersetujui sebulat suara bagi bersama2 menjayakan MPBN Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah

Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau 2026 kembali lagi..Program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat suk...
11/06/2026

Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau 2026 kembali lagi..

Program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat sukan dikalangan orang kurang upaya (OKU).

Program akan dilaksanakan pada;

πŸ—“οΈ : 2 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ : Dewan Sukan Tertutup Kompleks Sukan Tawau
Umur : 9-35 tahun

Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Untuk penyertaan, sila imbas kod qr yang tertera di poster atau melalui pautan;
https://forms.gle/ck52j4vjPDF1epQD6

Ayuh sertai kami..








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2026 NEGERI SABAH KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! πŸ”₯⚑️Kemahiran Latihan Asas ...
08/06/2026

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2026 NEGERI SABAH KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! πŸ”₯⚑️

Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) 🏊
Menemui anda di lokasi berikut :
 Kota Kinabalu
 Penampang
 Sandakan
 Tenom
 Tawau
Bagi edisi 2026, program ini terbuka kepada:
οƒΌ Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun
οƒΌ Orang OKU (berumur tidak kurang daripada 6 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun)
οƒΌ Warga emas (sihat dan boleh melakukan aktiviti fizikal yang berumur di antara 60 – 75 tahun )
Sila imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut πŸ“‹
https://sites.google.com/kbs.gov.my/klasrenangfasa12026/home
Tempat adalah TERHAD tau! (pautan pra pendaftaran akan ditutup setelah slot dipenuhi) 🏁
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 18 JUN 2026

πŸ—“οΈ : Bulan Jun-Julai 2026
🎟️ : Penyertaan PERCUMA
πŸ”— : Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan di bawah

Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama πŸ’ͺ🏻



P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta yang berjaya akan dihubungi oleh urus setia bagi penyelarasan lanjut πŸ™ŒπŸ»

Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada 23 & 24 Mei yang lalu. T...
25/05/2026

Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada 23 & 24 Mei yang lalu. Tahun ini melibatkan 3 acara sukan iaitu Bola Tampar (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Futsal (Lelaki). Program berlangsung bertempat di Kompleks Sukan Tawau, Dewan Sukan KD Sri Tawau dan Tawau Futsal Centre.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Ali bin Abdul Sari, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, mewakili Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau.

Dengan ini Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik dan rakan kerjasama iaitu KD Sri Tawau, Kompleks Sukan Tawau, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tawau, Persatuan Bola Tampar Daerah Tawau (TAVA), Kelab Futsal Kolej Komuniti Tawau( KFKKT), Elite Netball Club, GABETA, Kelab Rakan Muda Tawau dan Kelab Sukan Bermotor Marvy serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan lagi dalam program yang akan datang.

  ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‚π„π—π‚π„π‹π‹π„ππ“ ππŽπŽπ“π‚π€πŒπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ€π’πˆπ‡ πƒπˆππ”πŠπ€!Masih terdapat kekosongan tempat untuk menyertai ICE...
20/05/2026



ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‚π„π—π‚π„π‹π‹π„ππ“ ππŽπŽπ“π‚π€πŒπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ€π’πˆπ‡ πƒπˆππ”πŠπ€!

Masih terdapat kekosongan tempat untuk menyertai ICEXCELLENT Bootcamp 2026.

πŸ“ Negeri yang masih diperlukan:
Pulau Pinang Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Pahang, Terengganu dan W.P. Labuan

πŸ—“οΈ Tarikh Pelaksanaan:
Siri 1: 19 – 21 Jun 2026
πŸ“Œ Semenanjung Malaysia (Pelaksanaan secara fizikal)
Siri 2: 14 Julai 2026
πŸ“Œ Sabah, Sarawak & W.P. Labuan (Pelaksanaan secara dalam talian)

βœ… Daftar segera sebelum 21 Mei 2026!
Layari myprofil.iyres.gov.my atau imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat:
03-8871 3152 / 012-3624086

Ayuh belia Malaysia, rebut peluang menjadi sebahagian daripada komuniti penyelidik muda negara!

Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau KELAB RAKAN MUDA TAWAU

Address

Tingkat 4, Wisma Persekutuan Tawau
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089776680

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau:

Shortcuts

Share