10/02/2017
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم...
*AKHLAQ MULIA*
*خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ*
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)"
[Surah al-A'raf 199]
Ayat ini menghimpun tentang akhlak budi pekerti yg baik terhadap manusia dlm dakwah kpd kebaikan dan melarang perbuatan mungkar. Antara perkara yg perlu diambil berat ialah:
1. Toleransi, iaitu berlapang dada dan menyuruh mad'u (sasaran) agar berakhlak mulia (kita juga berakhlaq sama) serta melakukan amalan2 yg mereka sanggupi dan mereka anggap mudah sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing2 dan tidak membebani mereka dgn amalan2 yg mereka tak sanggup lakukan dan tidak sesuai dgn kemampuan mereka.
2. Menyeru kepada yg makruf, iaitu berupa semua ucapan dan perbuatan yg baik serta akhlak yg mulia terhadap kerabat dekat ataupun jauh atau orang lain (yg tidak memiliki hubungan kerabat). Sebarkanlah kebaikan kpd manusia baik dgn mengajarkan ilmu yg bermanfaat, menganjurkan kebaikan, menyambung silaturahim, mendamaikan perselisihan, nasihat yg bermanfaat, pendapat yg benar, tolong menolong dlm kebaikan dan takwa, menegur kejahatan dan membimbing utk mendapatkan maslahat baik perkara agama ataupun akhirat.
3. Berpaling dari orang bodoh dan yg memperbodohkan org lain (melarang mengetahui kebenaran dgn dalil), tidak membalas suatu kebodohan dgn kebodohan yg serupa.
Perlu diingatkan bagi sesiapa disakiti baik dgn ucapan mahupun dgn perbuatan, janganlah membalasnya dgn kejahatan yg sama. Balaslah dgn keadilan dan kebaikan akhlaq mulia.
Akhlak yg baik mampu melembut dan mengubah jiwa manusia
_*ya Allah, karuniakan kpd jiwaku utk berlapang dada dan s**a memaafkan*_
Wallahu a'lam
UAG