Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Laman rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah. Salam Perkenalan!

03/09/2026
03/09/2026

KUASAI GEOPOLITIK DAN JADI TERAJU PEMIKIRAN ANTARABANGSA

Dalam ucaptama beliau, Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh menyebut tentang penglibatan Muslimat PAS dalam misi kemanusiaan. Solidariti Antarabangsa Muslimat PAS telah mewujudkan jaringan antarabangsa, termasuk mendepani isu Palestin, Sudan, Afghanistan dan Yaman. Dana kebaijkan yang digerakkan oleh Dewan Muslimat PAS juga mencecah jutaan ringgit, demi membantu mereka yang ditimpa musibah dan konflik.

Beliau mengajak para muslimat untuk meneladani kecekalan wanita Palestin yang cekap memimpin dan membina negara di sebalik segala keterbatasan, serta wanita Iran yang terlibat memimpin armada dan menjadi pendukung utama dalam membentang kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan rejim Zionis.

Kerana itu, beliau menyeru supaya lebih ramai Muslimat menguasai geopolitik dan peneraju pemikiran antarabangsa dalam bidang undang-undang antarabangsa, ekonomi global dan komunikasi rentas sempadan. Dengan ini, suara wanita Islam dapat disatukan melalui kekuatan ilmu dan keupayaan strategik.



03/09/2026

MELAHIRKAN GENERASI RABBANI MELALUI PENDIDIKAN

โ€œPendidikan bukan sekadar mengejar angka dan keputusan peperiksaan. Ia adalah proses membentuk jiwa, akhlak dan masa depan generasi.โ€

Ustazah Nuridah turut berkongsi kejayaan Lajnah Pendidikan PAS Pusat melancarkan Falsafah Pendidik KAFFAH RABBANI sebagai panduan dalam menyelaras perjalanan institusi pendidikan di bawah PAS, bermula daripada TASTI, PASTI, SMITI hingga ke peringkat tertinggi, KUIZM.

Dalam memastikan lahirnya pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, Dewan Muslimat PAS Pusat turut mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia memperkemas tadbir urus melalui audit tugasan guru serta pengukuhan tenaga sokongan bagi mengelakkan tindihan kerja.

โ€œKerana kita tidak hanya mahu melahirkan pelajar yang cemerlang di atas kertas, tetapi generasi yang berakhlak, teguh prinsipnya dan matang dalam membuat keputusan.โ€

Inilah pendidikan yang melahirkan generasi Rabbani.



DARI SABAH, KAMI HADIR! Muslimat PAS Sabah komited hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66 di Bachok, Kela...
03/09/2026

DARI SABAH, KAMI HADIR!

Muslimat PAS Sabah komited hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66 di Bachok, Kelantan dengan satu semangat dan satu tekad, terus memperkukuh ukhuwah, menimba ilmu dan membawa suara Muslimat Sabah bersama perjuangan ini.

Dari Sabah ke Kelantan, jarak bukan penghalang untuk terus melangkah.
Biar jauh di mata, tetap dekat dalam perjuangan.

Salam ukhuwah daripada Muslimat PAS Sabah!
Sabah hadir!



03/09/2026

Jom saksikan ๐Ÿ“Œ

โ–ซ๏ธ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ–ซ๏ธ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐™Š๐™œ๐™ค๐™จ setiap tahun mengingatkan kita tentang...
31/08/2026

โ–ซ๏ธ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ–ซ๏ธ

๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐™Š๐™œ๐™ค๐™จ setiap tahun mengingatkan kita tentang satu perkara iaitu kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah satu amanah dan perjuangan.

Amanah untuk menjaga keamanan.
Amanah untuk mempertahankan perpaduan.
Dan perjuangan untuk memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Sebagai rakyat Sabah, kita membesar dalam kepelbagaian. Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Bugis, Suluk, Melayu, Cina dan pelbagai lagi, walaupun berbeza adat dan budaya, tetapi kita berkongsi tanah air yang sama.

Inilah Sabah kita.
Inilah Malaysia kita.

Muslimat PAS Sabah mengajak seluruh rakyat untuk sama-sama menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan yang Allah SWT kurniakan.

Semoga kita terus menjadi rakyat yang cintakan negara, menjaga keharmonian dan sentiasa berusaha meninggalkan sesuatu yang lebih baik untuk generasi selepas kita.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Selamat Hari Sabah 2026.

29/08/2026

๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ!

๐— ๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿฒ

Dari Sabah ke Kelantan, jauhnya perjalanan bukan penghalang. Berbekalkan iltizam dan semangat perjuangan, insyaAllah orang Sabah hadir.

Bah, Jumpa di Muktamar Kamurang!

๐Ÿ“… 3 September 2026
๐Ÿ“Bachok, Kelantan

Kalau kamu orang Sabah, cuba komen โ€œSAYA HADIRโ€!



Address

Pejabat DMPNS
Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share