7 RAMD - Berani Ikhlas

7 RAMD - Berani Ikhlas Pages Official Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π πŒπ„πƒπ€π π“πˆπŒπ”π‘ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan...
31/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π πŒπ„πƒπ€π π“πˆπŒπ”π‘ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat yang ke – 12.

SEKALUNG TAHNIAH Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan sekalung tahnia...
31/03/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan sekalung tahniah kepada Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani di atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri yang ke-38. Semoga dengan pelantikan ini warga Infantri akan terus mampan dalam memperkukuh keupayaan Pasukan Infantri serta kekal unggul, berwibawa dan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.




π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ“ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„πPegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas m...
31/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸ“ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan sekalung tahniah kepada Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Datuk Shamshor bin Hj Jaafar di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK).

SALAM LEBARANPegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan Pengerusi BAKAT 7 RAMD, Puan Sharifah binti Mat Hashim sert...
21/03/2026

SALAM LEBARAN

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali dan Pengerusi BAKAT 7 RAMD, Puan Sharifah binti Mat Hashim serta Seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin







𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡12 Mac 2026 – Genap 13 tahun pemergian seorang perajurit 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang telah men...
12/03/2026

𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡

12 Mac 2026 – Genap 13 tahun pemergian seorang perajurit 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang telah mengorbankan nyawanya ketika melaksanakan Operasi Daulat dalam menangkis pencerobohan Pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah.
Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah bin Ismail gugur sebagai wira negara setelah berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan kedaulatan tanah air. Pengorbanan beliau akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia untuk terus berkhidmat dengan penuh keberanian, kesetiaan dan keikhlasan.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.



π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†Pegawai Memerintah 7 RAMD, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ik...
09/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†

Pegawai Memerintah 7 RAMD, Lt Kol Mohammad bin Ali dan seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sjn Mohd Junaidi bin Suhaimi kerana telah menamatkan Kursus Kuartermaster Sarjan Kompeni (KMSK) SIRI 1/2026 di Kem Haig Line, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan dengan cemerlang sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Kuartermaster Sarjan Kompeni (KMSK) SIRI 1/2026.

Pencapaian cemerlang ini merupakan satu bukti keupayaan, dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera yang kompeten. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada seluruh Warga Berani Ikhlas.
Teruskan kecemerlangan, kekalkan disiplin, dan sentiasa bersedia berbakti demi agama, bangsa dan negara.


π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ Pegawai Memerintah 7 RAMD, Lt Kol Mohammad bin Ali serta seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan tahnia...
09/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡

Pegawai Memerintah 7 RAMD, Lt Kol Mohammad bin Ali serta seluruh Warga Berani Ikhlas mengucapkan tahniah kepada Leftenan (DR) Nuaim Syukri bin Suharto, Pegawai Perubatan Pasukan yang telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Muda kepada Leftenan. Semoga dengan kenaikan pangkat ini menjadi pendorong untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan seiring dengan kehendak perkhidmatan dan terus meningkat dengan jayanya dalam kerjaya sebagai seorang Doktor dan Tentera.

πŸ—3 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ πŒπ„π‹π€π˜π” πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŒπ„ππ‰π€πƒπˆ π“πŽππ†π†π€πŠ π”π“π€πŒπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€Selamat Hari Ulang Tahun ke-93 R...
01/03/2026

πŸ—3 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ πŒπ„π‹π€π˜π” πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŒπ„ππ‰π€πƒπˆ π“πŽππ†π†π€πŠ π”π“π€πŒπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Selamat Hari Ulang Tahun ke-93 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1 Mac 2026. Keunggulan RAMD sebagai benteng pertahanan negara melambangkan keberanian, kesetiaan, dan pengorbanan dalam menjaga kedaulatan tanah air sejak penubuhannya.

Berpegang teguh kepada 'Taat Setia' serta amanat Wasiat Raja-Raja Melayu, RAMD terus menjadi pemangkin aspirasi dalam mempertahankan keamanan negara.


π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„-πŸ—πŸ‘Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali serta seluruh warga Be...
01/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„-πŸ—πŸ‘

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad bin Ali serta seluruh warga Berani Ikhlas mengucapkan selamat menyambut Hari Tentera Darat Ke-93.
Lebih sembilan dekad berbakti, Tentera Darat kekal teguh sebagai benteng kedaulatan negara.

π—žπ—˜π— π—”π—›π—¨π—”π—‘ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π—‘π—”π—‘π—š: π—§π—˜π—₯𝗔𝗦 π—žπ—˜π—šπ—”π—šπ—”π—›π—”π—‘




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π”π“ππ€π‡ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ - πŸ—πŸ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”TAWAU, 27 Feb 26 ...
28/02/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π”π“ππ€π‡ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ - πŸ—πŸ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

TAWAU, 27 Feb 26 - Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil Doa Selamat dan Khutbah Sempena Hari Tentera Darat Ke - 93 telah dilaksanakan di Masjid Nurul Saadah, Kem Kabota.

Majlis dihadiri oleh seluruh Warga Berani Ikhlas bersama Pegawai Memerintah. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasiin, Tahlil, Doa Selamat dan seterusnya Khutbah Jumaat bertajuk β€œKemahuan Untuk Menang - Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat” yang telah disampaikan oleh SSjn Mohamad Noor bin Mat Jusoh.

Pelaksanaan program ini adalah sebagai wadah untuk mengisi keperluan rohani disamping menzahirkan kesyukuran dan mendoakan kesejahteraan Tentera Darat agar terus mencapai kecemerlangan dalam apa jua aspek serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



MAJLIS PENUTUP KURSUS PTTK (DEC) SIRI 1/2026TAWAU, 25 Feb 26 – Syabas dan tahniah. Seramai 90 penuntut dari pelbagai Kor...
27/02/2026

MAJLIS PENUTUP KURSUS PTTK (DEC) SIRI 1/2026

TAWAU, 25 Feb 26 – Syabas dan tahniah. Seramai 90 penuntut dari pelbagai Kor Infantri berjaya menamatkan Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) (Dec) Siri 1/2026 anjuran 7 RAMD di Padang Kawad 7 RAMD.

Majlis penutup yang penuh rejimental di Padang Kawad 7 RAMD ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 7 RAMD, Lt Kol Mohammad bin Ali.

Kursus ini bukan sekadar latihan, ia adalah medan mengasah taring kepimpinan. Matlamatnya jelas: melahirkan PTTK yang berwibawa memimpin kumpulan kecil serta menjadi penggerak utama pentadbiran pasukan.

πŸ† Tahniah Wira Cemerlang!
Tahniah kepada barisan penuntut terbaik yang menunjukkan prestasi luar biasa:

πŸŽ–οΈPenuntut Keseluruhan Terbaik: Kpl Muhammad Asyraf bin Abdul Aziz (7 RAMD)
πŸŽ–οΈ Penuntut Akademik Terbaik: Kpl Mohamad Luth bin Mohamad Mahmod (7 RAMD)
πŸŽ–οΈ Penuntut Kawad Terbaik: Kpl Muhammad Azrul bin Shaari (3 RRD)

Pegawai Memerintah dalam ucapannya berharap agar segala ilmu yang diserap sepanjang kursus dapat dipraktikkan sepenuhnya di unit masing-masing demi mendukung visi dan misi Tentera Darat Malaysia.
Selamat bertugas buat semua PTTK baharu. Teruslah berbakti dengan jati diri yang kental.

ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŸ• π‘π€πŒπƒ πŒπ„ππ‰π„π‹π€ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 πŽππ„π‘π€π’πˆTAWAU, 21 Feb 26 – Panglima 13 Bgd, Brig J...
21/02/2026

ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŸ• π‘π€πŒπƒ πŒπ„ππ‰π„π‹π€ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 πŽππ„π‘π€π’πˆ

TAWAU, 21 Feb 26 – Panglima 13 Bgd, Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, telah hadir dalam sesi perjumpaan bersama Warga Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) di Kem Kabota.

Perjumpaan ini diadakan sebagai persediaan menjelang penugasan anggota dalam Op BALASAH Siri 2/2026. Majlis ini dilaksanakan secara sederhana dan berlangsung di Perkarangan Masjid Nurul Saadah sambil menikmati juadah berbuka puasa bersama Warga Berani Ikhlas.

Dalam ucapannya, Panglima 13 Bgd meletakkan keyakinan penuh terhadap tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi tugas yang diberi kepada warga pasukan ini. Beliau turut mengingatkan agar semua anggota sentiasa menerapkan nilai-nilai disiplin, integriti, semangat setiakawan serta menjaga tatatertib dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Menurut beliau, aspek kerjasama, kepatuhan kepada arahan dan ketahanan mental perlu diutamakan dalam setiap tugasan operasi yang mencabar.

Perjumpaan ini menunjukkan keprihatinan serta komitmen Panglima 13 Briged terhadap moral dan semangat juang Warga Berani Ikhlas. Ia turut memberi dorongan kepada anggota agar sentiasa bersedia dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.



Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 7 RAMD - Berani Ikhlas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share