21/08/2026
π²πΎ ππππππππππ ππππππ ππππππππ πππππππ & ππππππππ ππππ! π²πΎ
Sempena semangat kemerdekaan ini, mari kita bebaskan diri kita daripada cengkaman masalah plak, gigi berlubang, penyakit gusi, dan nafas berbau. Ayuh amalkan 6 Langkah Menjaga Kesihatan Gigi untuk senyuman yang lebih sihat dan menawan!
1. Berus Gigi Dua Kali Sehari πͺ₯
Pastikan anda menggunakan ubat gigi berfluorida dan beruslah gigi sekurang-kurangnya selama 2 minit.
2. Bersihkan Celah Gigi π§΅
Jadikan flos gigi sebagai rutin harian. Ia sangat membantu membuang plak di celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi biasa.
3. Kurangkan Makanan & Minuman Manis π₯€
Elakkan pengambilan gula secara berlebihan. Amalkan minum air kosong selepas makan untuk membilas mulut anda.
4. Jalani Pemeriksaan Gigi Setiap 6 Bulan π¦·
Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor! Pemeriksaan berkala dapat mengesan awal kerosakan gigi dan mencegahnya daripada menjadi lebih serius.
5. Elakkan Merokok atau V**e π
Sayangi mulut anda. Berhenti merokok dan v**e dapat mengurangkan risiko penyakit gusi serta membantu mencegah kanser mulut.
6. Kekalkan Senyuman yang Sihat π
Gigi yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh badan, malah ia meningkatkan keyakinan diri. Senyuman sihat, kehidupan pasti lebih ceria!
LINDUNGI SENYUMAN ANDA HARI INI!
πΈ Kredit Infografik: Unit Promosi Pergigian Kawasan Kudat, Klinik Pergigian Kota Marudu