BSPT IPD TAWAU

BSPT IPD TAWAU FACEBOOK RASMI BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD TAWAU

19/02/2026
19/02/2026

🚨 OP SELAMAT 25 TAHUN BARU CINA 2026 🚨

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sabah sedang melaksanakan Operasi Saman Tembak Laju di seluruh daerah dalam Kontinjen Sabah bermula 15 Februari 2026 (Isnin).

Operasi ini dijalankan secara berterusan bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 79(2), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

📌 Kesalahan yang dikesan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri akan dikenakan tindakan saman dan notis saman K170A akan diposkan terus ke alamat kediaman pemilik kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah, YDH Supt. Rosdi bin Mat Jusoh, menegaskan bahawa tindakan ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

⚠️ Memandu melebihi had laju merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya akibat kegagalan mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

✅ Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi had laju dan undang-undang jalan raya demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Pandulah dengan berhemah, selamat sampai ke destinasi.




18/12/2025

“Lampu isyarat bukan medan perlumbaan.”

Persimpangan jalan bukan tempat untuk memecut atau berlumba. Pematuhan terhadap lampu isyarat dan had laju amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan serta melindungi keselamatan semua pengguna jalan raya.

🚦 Patuhi lampu isyarat setiap masa.
🚦 Merah berhenti, hijau bergerak — bukan untuk berlumba.
🚦 Keselamatan diutamakan, nyawa keutamaan.

Hormat lampu isyarat. Selamatkan nyawa.

17/12/2025

Tawau: “Kamu tahu ini perbuatan salah. Jika ada kematian bagaimana?” demikian teguran tegas Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin sebelum menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap seorang pemuda yang mengaku bersalah menganjurkan lumba haram hanya untuk ‘suka-suka’ di Mahkamah Majistret d...

17/12/2025

Tawau: Pemandu trak pikap didenda RM11,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk melanggar seorang guru lelaki sedang berjoging sehingga menyebabkan kecederaan, Jun lalu.

HEBAHAN: KEMPEN PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK SEBANYAK 70% Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanak...
17/11/2025

HEBAHAN: KEMPEN PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK SEBANYAK 70%

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan kempen pengurangan bayaran saman sebanyak 70% bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.

Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan.





Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau
Tawau
91007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPT IPD TAWAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BSPT IPD TAWAU:

Share