Pemuda UMNO P191 Kalabakan

Pemuda UMNO P191 Kalabakan Memberi anda maklumat dan informasi..

19/10/2025

[UMNO, BN SABAH TIADA PAKATAN DENGAN WARISAN]

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan pendirian yang jelas tiada sebarang bentuk kerjasama, rasmi atau tidak rasmi, dengan Parti Warisan dalam menghadapi PRN17.

UMNO tidak bermain di dua gelanggang. Kami memilih jalan politik yang jelas dan berprinsip, bukan samar atau berselindung. Sebarang spekulasi mengaitkan UMNO atau BN Sabah dengan Warisan adalah tidak benar dan berniat mengelirukan rakyat.

Namun rakyat masih ingat Presiden Parti Warisan dibesarkan oleh perjuangan UMNO, diberi kepercayaan sehingga menjadi Naib Presiden. Namun apabila diuji dengan kesetiaan, beliau memilih meninggalkan perjuangan yang membina kariernya.

Kini, Presiden Warisan hanyalah bayangan peribadi seorang pemimpin yang kehilangan arah dan pengaruh. Politik tanpa kesetiaan bukan perjuangan, tetapi perjalanan peribadi tanpa hala tuju.

UMNO dan BN Sabah kekal fokus membina semula keyakinan rakyat melalui kestabilan politik, perpaduan nasional dan dasar pembangunan yang realistik.

YB DATUK SUHAIMI HAJI NASIR
KETUA PENERANGAN UMNO NEGERI SABAH
AHLI PARLIMEN LIBARAN




19/10/2025

[VIDEO LAMA TULAR: CUBAAN UNTUK BURUKKAN BN GAGAL]

Baru-baru ini, tular semula video lama berkaitan pemilihan terdahulu yang dikaitkan dengan BN. Kami ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah lama dan isu berkenaan telah diselesaikan secara baik pada waktu itu.

Cubaan pihak tertentu untuk ‘recycle’ video lama ini jelas bertujuan meraih perhatian, mengelirukan rakyat, dan memburukkan imej BN. Namun, rakyat Lahad Datu sudah bijak menilai dan BN tidak goyah hanya kerana video lama atau isu lama yang dimainkan semula.

Sebaliknya, BN kini lebih bersedia daripada sebelum ini. Jentera pilihan raya BN kuat, teratur, dan fokus menjelang PRN17, dengan barisan calon yang mantap serta strategi yang terancang.

“Rakyat Lahad Datu tidak akan termakan dengan cerita lama yang cuba diulang. BN kekal bersatu, fokus, dan yakin untuk membawa kemenangan,” tegas Ketua Penerangan BNCom Lahad Datu.

MUHAMAD GADZALI
KETUA PENERANGAN BARISAN NASIONAL LAHAD DATU




Pemuda adalah nadi perjuangan bangsa⚖️💙Gerakan Pemuda BN berdiri teguh untuk meneruskan perjuangan membangunkan Sabah ya...
16/10/2025

Pemuda adalah nadi perjuangan bangsa⚖️💙

Gerakan Pemuda BN berdiri teguh untuk meneruskan perjuangan membangunkan Sabah yang lebih makmur, stabil dan berdaya saing. Jom bersama membina masa depan yang lebih baik di bawah panji Barisan Nasional.
Kerana masa depan Sabah, bermula dengan gerak langkah kita hari ini.

Kita BN Bah -Barang Nyata-

“KASI NAIK BALIK BN”





24/09/2025

[Kegagalan Shafie Apdal Pertahan TSGP Jadi Punca Krisis Elektrik Sabah]

Gangguan bekalan elektrik yang semakin serius di seluruh Sabah daripada Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan hinggalah ke daerah-daerah lain bukanlah isu baharu. Sebaliknya, ia adalah manifestasi kegagalan dasar tenaga pada masa lalu.

Antara titik penting yang tidak boleh dilupakan ialah keputusan kerajaan era Shafie Apdal pada tahun 2018 yang tidak mempertahankan Projek Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.06 bilion.

Projek strategik sepanjang 662km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau itu sebenarnya telah dilancarkan pada tahun 2016 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjamin keselamatan tenaga jangka panjang Sabah.

Malangnya, selepas perubahan kerajaan, TSGP dibatalkan walaupun ketika itu sebanyak RM3.5 bilion atau 88% daripada kos projek sudah dibayar, meskipun hanya 13% kerja fizikal disiapkan.

Sebagai Ketua Menteri ketika itu, Shafie bukan sahaja gagal fight back mempertahankan kepentingan Sabah, malah mengalu-alukan pembatalan projek tersebut dengan alasan kekangan kewangan kerajaan Persekutuan. Sedangkan, jika projek ini diteruskan, ia bakal menjadi pemangkin utama kepada kestabilan bekalan tenaga di Pantai Timur Sabah termasuk Kinabatangan.

Kesan daripada kelemahan kepimpinan inilah yang dirasai hari ini, ditambah lagi dengan tindakan kerajaan GRS yang jelas tidak efisien dalam menyelesaikan masalah ini.

Akibatnya, rakyat di seluruh Sabah terpaksa terus berdepan bekalan elektrik tidak stabil dan gangguan berulang sesuatu yang sepatutnya dapat diatasi sekiranya TSGP tidak dibatalkan.

Oleh itu, Shafie tidak boleh melepaskan tanggungjawab moral dan politik dengan menyalahkan kerajaan kini. Rekod jelas menunjukkan masalah bermula daripada kegagalannya mempertahankan projek strategik yang telah digerakkan BN sejak 2016.

Rakyat Sabah berhak tahu fakta sebenar, kerana hanya dengan memahami punca masalah, kita dapat merancang jalan penyelesaian yang lebih mampan.

YB Datuk Suhaimi Nasir
Ketua Penerangan UMNO Sabah
Ahli Parlimen Libaran




24/09/2025

[TSGP: Shafie Cuba Lepas Tangan, Tapi Jawapan Beliau Timbulkan Lebih Banyak Persoalan]

Kenyataan terbaru Datuk Seri Shafie Apdal mengenai Projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan.

Shafie dengan mudah mengatakan bahawa projek itu dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan, kononnya bukan tanggungjawab beliau. Tetapi dalam nafas yang sama, beliau mendakwa kerajaan negeri ketika itu “terpaksa membayar balik pinjaman berbilion ringgit daripada China.”

Soalannya mudah, wahai Shafie Apdal apa maksud kenyataan itu?Bagaimana mungkin sebuah kerajaan negeri perlu membayar balik pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan? Adakah ini bermaksud ketika tuan menjadi Ketua Menteri, kerajaan negeri Sabah memang diarahkan membayar hutang tersebut? Jika benar, mana bukti rasmi?

Atau adakah tuan sekadar melemparkan alasan kabur untuk mengalih perhatian rakyat daripada hakikat bahawa tuan gagal mempertahankan kepentingan Sabah?

Jika benar ada “beban pembayaran balik” seperti yang Shafie dakwa, rakyat berhak tahu butirannya. Berapa jumlah sebenar yang dibayar kerajaan negeri? Bila pembayaran dibuat? Melalui akaun mana?

Saya cabar Menteri Kewangan Sabah hari ini untuk menjelaskan secara telus kepada rakyat, adakah Sabah pernah membayar walau satu sen bagi pinjaman projek TSGP ini?

Rakyat Sabah tidak boleh diperbodoh dengan jawapan politik yang berselindung di sebalik frasa “itu bukan bidang kuasa saya.”

Kenyataan Shafie sendiri bercanggah di satu sisi beliau mengaku tahu mengenai pinjaman berbilion ringgit, di sisi lain beliau menolak tanggungjawab.

Hakikatnya, pada tahun 2018 ketika projek TSGP dibatalkan, Shafie ialah Ketua Menteri. Beliau mempunyai ruang, kuasa dan platform untuk mempertahankan kepentingan Sabah. Tetapi apa yang berlaku? Beliau akur, tunduk dan hanya pandai menuding jari selepas kerusi tidak lagi dipegang.

Lebih malang lagi, rakyat Sabah kini menanggung akibat. Gangguan bekalan elektrik berulang di Pantai Timur.

Shafie tidak boleh terus bersembunyi di sebalik alasan “itu keputusan Persekutuan.” Soalannya ketika rakyat Sabah perlukan seorang Ketua Menteri yang berani, mengapa Shafie memilih untuk mengalu-alukan keputusan itu?

Rakyat layak menerima jawapan jelas, bukan alasan kabur. Jika Shafie berani, tampil dengan dokumen rasmi. Jika tidak, jangan terus memperbodohkan rakyat dengan kenyataan separuh masak.

Datuk Raime Unggi
Adun Dilantik
Ketua Bahagian Umno Tenom



24/09/2025
24/09/2025

[Warisan Jangan Putar Belit, Hakikatnya Shafie Gagal Tangani Krisis Air]

Saya mengambil maklum kenyataan ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib, yang cuba menepis kegagalan Datuk Seri Shafie Apdal dalam isu krisis air dengan berselindung di sebalik laporan Ketua Audit Negara (KAN).

Pertama, laporan KAN 2019 memang menegur kelemahan kontrak loji rawatan air, termasuk isu syarikat tidak berpengalaman. Tetapi persoalan pokok ialah mengapa selepas Shafie menamatkan kontrak pada 2019, beliau gagal menyediakan pelan gantian dan infrastruktur baharu? Inilah punca krisis berlarutan sehingga rakyat Sabah hari ini beratur dengan baldi setiap hari.

Kedua, pembayaran pampasan RM315 juta kepada syarikat konsesi adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. Wang rakyat sebanyak itu hangus kerana keputusan politik terburu-buru tanpa analisis kos faedah.

Kalau benar kontrak bermasalah, mengapa tidak dilakukan audit forensik terlebih dahulu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terlibat, sebaliknya terus membatalkan semua kontrak sekali gus membebankan rakyat?

Ketiga, Warisan tidak boleh menyalahkan kelemahan kontrak sahaja. Shafie ketika itu adalah Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah. Beliau mempunyai kuasa penuh untuk merangka reformasi tadbir urus, bukan sekadar menuding jari kepada kelemahan lalu. Malangnya, beliau memilih jalan mudah putus kontrak, bayar pampasan, dan tinggalkan rakyat dalam krisis.

Rakyat Sabah berhak mendapat air bersih yang stabil, bukannya alasan politik. Saya ingin menegaskan, kegagalan Shafie mengurus isu air akan kekal sebagai bukti bahawa pentadbiran Warisan tidak berasaskan perancangan, sebaliknya hanya hujah kosong yang akhirnya menjerat rakyat sendiri.

Muhammad Faizul Mustapa
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Bahagian Kalabakan

🎉 Selamat Ulang Tahun 🎉Pemuda UMNO Kalabakan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar Ra...
15/09/2025

🎉 Selamat Ulang Tahun 🎉
Pemuda UMNO Kalabakan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar Radin, tokoh perjuangan rakyat Sabah yang sentiasa berani, tegas dan konsisten membela hak negeri serta rakyat.

Semoga Datuk Seri Panglima terus diberi kesihatan, umur panjang, rezeki melimpah dan kekuatan untuk terus memimpin perjuangan.

Kami, Pemuda UMNO Kalabakan, berdiri teguh bersama Datuk Seri Panglima dalam meneruskan agenda perjuangan rakyat dan parti.

Hidup UMNO! Hidup Rakyat! Hidup Sabah!

B**g Moktar Radin

15/09/2025

6 Hari Lagi!

Gelombang Biru bakal menggegarkan Negeri Sabah!

Ayuh kita bersatu di bawah panji Barisan Nasional, demi pembangunan, kestabilan dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sabah.

21 September 2025
The Magellan Sutera Harbour




Cadangan dan seruan yang sangat tepat! Isu kelewatan pembinaan Klinik Kesihatan di Pulau Sebatik bukan perkara kecil ker...
16/08/2025

Cadangan dan seruan yang sangat tepat! Isu kelewatan pembinaan Klinik Kesihatan di Pulau Sebatik bukan perkara kecil kerana ia menyentuh soal nyawa dan hak asas rakyat. Penduduk tidak boleh terus dibebankan dengan perjalanan jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan. Sudah tiba masanya kerajaan memberi keutamaan penuh agar janji yang tertunggak sejak 2019 ini segera direalisasikan demi kesejahteraan masyarakat Sebatik.



[Pembinaan Klinik Kesihatan Pulau Sebatik Keperluan Mendesak, Bukan Lagi Pilihan]

Saya memandang serius kelewatan pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik, yang sehingga hari ini masih belum direalisasikan meskipun janji pelaksanaannya telah disuarakan sejak tahun 2019.

Akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah asas kepada keadilan sosial dan kesejahteraan komuniti. Kegagalan menyediakan infrastruktur kesihatan di kawasan terpencil seperti Pulau Sebatik bukan sekadar kelewatan projek, tetapi merupakan pengabaian hak asas rakyat.

Penduduk Pulau Sebatik ketika ini bergantung sepenuhnya kepada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) yang terhad fungsi dan kapasiti.

Bagi mendapatkan rawatan menyeluruh, mereka terpaksa menyeberang ke Tawau suatu perjalanan yang bukan sahaja memakan masa dan kos, tetapi boleh menjadi perjudian nyawa jika kecemasan berlaku pada waktu malam atau ketika air laut surut.

Pulau Sebatik memerlukan sebuah Klinik Kesihatan berskala penuh, lengkap dengan peralatan moden, kuarters petugas, dan kemudahan kecemasan 24 jam.

Saya merayu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar projek ini diberi keutamaan segera dalam Rancangan Malaysia semasa. Penantian lebih lima tahun sudah cukup lama, setiap hari yang berlalu tanpa kemudahan ini adalah hari yang mendedahkan rakyat kepada risiko kesihatan dan kecemasan yang tidak perlu.

Pulau Sebatik tidak meminta kemewahan, hanya hak yang sepatutnya dijamin oleh negara. Pembinaan Klinik Kesihatan ini bukan sahaja memenuhi janji yang tertunggak, tetapi menjadi simbol bahawa kerajaan mendengar dan menghormati suara komuniti luar bandar.

Muhammad Faizul Mustapa
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kalabakan



Address

No. 255C, Tingkat 7 , Bangunan UMNO Kalabakan
Tawau
91000

Telephone

+60105209193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO P191 Kalabakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda UMNO P191 Kalabakan:

Share