14/08/2026
AKTIVITI MALAM BURUNG PUNGGUK DI SMK TAWAU
Tarikh: 13-14 Ogos 2026
Tempat: SMK Tawau
Sempena Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMK Tawau, telah berlangsung Aktiviti Malam Burung Pungguk yang melibatkan seramai 280 orang pelajar.
Aktiviti ini dikendalikan dengan penglibatan pegawai dan anggota APM sebagai urusetia, bagi memastikan perjalanan aktiviti berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat.
Selain mencungkil keberanian serta keyakinan diri para pelajar, aktiviti ini turut memberi pengalaman yang menarik dalam suasana perkhemahan, di samping memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah