07/07/2025
FAWWAZ DI TALENTZ 2025 🎤✨
Dari awal lagi, guru² kata Fawwaz bakal buat persembahan. Dia tak tahu pun ini sebenarnya pertandingan. ❤️
"Nanti Fawwaz buat persembahan ya..."
Dengar begitu, apa lagi excited lah dia.
"Fawwaz nyanyi lagu patriotik ya!"
Patriotik tu apa? Hahaha.
Kalau sebut merdeka, baru dia faham.
Oh lagu merdeka kah?
Lagu 31 Ogos lah yang di pilih. ❤️ Nice choice!
Mama pun excited siapkan baju melayu, beli songkok untuk Fawwaz buat persembahan.
Wow, hebat bah Fawwaz.
Kalah?
Tiada istilah menang kah kalah.
Fawwaz berani melangkah di atas pentas tu, without rehearsal pun. Enjoy habis, siap goyang² kaki lagi tu. Tu bukan Teacher ajar ya.
Terima kasih Fawwaz dah menghiburkan kami semua. We are so proud of you. 🥰🥰🥰
Teruskanlah jadi diri sendiri, Fawwaz. Pentas hari ni baru mula… banyak lagi peluang depan sana 💫.