PSTL TAWAU

PSTL TAWAU PSTL TAWAU
Official Instagram Account of PSTL TAWAU
Royal Malaysian Navy Volunteers Reserve

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 π‹π€π’πŠπ€π‘ πŒπ”πƒπ€ ππ’π’π“π‹πƒπŒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”TAWAU, 29 Jun 2026 – Majlis Pembukaan Program Ori...
01/07/2026

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 π‹π€π’πŠπ€π‘ πŒπ”πƒπ€ ππ’π’π“π‹πƒπŒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

TAWAU, 29 Jun 2026 – Majlis Pembukaan Program Orientasi Pegawai dan Laskar Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) Tawau Siri 1/2026 seramai 2x Pegawai Kadet dan 17x Laskar Muda PSSTLDM telah berjaya dilaksanakan di Auditorium KD SRI TAWAU.

Majlis pembukaan telah ini menghimpunkan Pegawai dan Laskar Muda yang akan mengikuti siri latihan serta pendedahan menyeluruh berkaitan organisasi, peranan, etika, disiplin ketenteraan, kepimpinan dan nilai-nilai teras TLDM. Program ini bertujuan memberikan kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab sebagai anggota PSSTLDM di samping memupuk semangat patriotisme, kerjasama berpasukan dan jati diri yang tinggi.

Sepanjang program orientasi, para peserta akan mengikuti pelbagai sesi taklimat, latihan serta aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan mereka sebelum menjalani latihan seterusnya.

Diharapkan program ini menjadi asas yang kukuh dalam melahirkan pegawai dan laskar muda PSSTLDM yang kompeten, berdisiplin serta sentiasa bersedia menyahut sebarang penugasan demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.



Markas Pasukan Simpanan TLDM

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ: π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π πƒπˆ ππ„π‘π’πˆπ’πˆπ‘π€π ππ€ππ“π€πˆ 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐋𝐒𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔Tawau 13 Jun  – Dalam usaha meni...
14/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ: π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π πƒπˆ ππ„π‘π’πˆπ’πˆπ‘π€π ππ€ππ“π€πˆ 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐋𝐒𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

Tawau 13 Jun – Dalam usaha meningkatkan kebersihan dan keindahan kawasan pantai, warga PSTL Tawau telah menganjurkan Program Jiwa Murni Madani yang diadakan di Persisiran Pantai Traulsen Tawau. Program ini bertujuan memberikan keselesaan kepada orang awam dan peniaga-peniaga yang datang ke kawasan persisiran pantai tersebut.

Program yang dimulakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari, menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan daripada seluruh warga. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memungut sampah-sampah, mencabut rumput-rumput dan mencantas pokok-pokok bunga di sekitar persisir pantai.

Objektif utama program adalah untuk memberi kesejahteraan masyarakat selain memupuk kesepakatan dan jalinan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Dalam pada itu, program yang dapat memupuk semangat gotong-royong ini juga dapat meningkatkan keselesaan dan memberi ketenangan kepada orang awam yang datang beriadah ke pantai.

Program Jiwa Murni Madani ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kebersihan, tetapi juga merapatkan hubungan serta meningkatkan kesedaran akan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan menjadi contoh dan aspirasi kepada komuniti lain dalam menjaga kebersihan dan keindahan tempat awam. Semoga sedikit usaha yang dilakukan ini turut diiringi keberkatan dan rahmat kepada seluruh warga.


Markas Pasukan Simpanan TLDM
KD SRI TAWAU

Tawau, 12 Jun 26 – Sesi temuduga akhir bagi pemilihan Bakal Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera...
14/06/2026

Tawau, 12 Jun 26 – Sesi temuduga akhir bagi pemilihan Bakal Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) Tawau telah dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Kuliah PSTL Tawau.

Program ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pemilihan calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai PSSTLDM. Sesi temuduga ini melibatkan penilaian menyeluruh merangkumi aspek keperibadian, tahap kepimpinan, komunikasi, kecergasan mental serta komitmen calon terhadap perkhidmatan dalam angkatan simpanan TLDM.

Panel penemuduga diketuai oleh Pegawai Staf PSTL Tawau yang berpengalaman, bagi memastikan hanya calon terbaik dan berpotensi tinggi dipilih untuk menyertai pasukan ini.

Calon-calon yang hadir menunjukkan semangat yang tinggi, disiplin yang baik serta kesungguhan untuk berkhidmat kepada negara.

Diharapkan calon yang berjaya akan mampu menggalas tanggungjawab sebagai anggota PSSTLDM dengan penuh dedikasi, seterusnya memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan maritim negara.



Markas Pasukan Simpanan TLDM
KD SRI TAWAU

*PENGAMBILAN TERBUKA BAKAL PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TAWAU SABAH*TEMPAT : KD SRI TAWAU, Pa...
09/06/2026

*PENGAMBILAN TERBUKA BAKAL PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TAWAU SABAH*

TEMPAT : KD SRI TAWAU, Pangkalan TLDM
TARIKH : 5 JUL 2026
MASA : 0800H
PAKAIAN : PAKAIAN SUKAN LENGKAP, KASUT SUKAN DAN TUDUNG HITAM BAGI WANITA
TARIKH PENGAMBILAN BORANG : 9 JUN - 4 JUL 26 (BORANG BOLEH DIDAPATI DI BALAI PENGAWAL KD SRI TAWAU)

*SYARAT-SYARAT*
πŸ”΄Warganegara Malaysia
πŸ”΄Berumur 18 hingga 40 tahun ( Pegawai )
πŸ”΄Berumur 18 hingga 35 tahun ( Lain Lain Pangkat )
πŸ”΄Lulus SPM dengan Kepujian Bahasa Melayu dan 3 subjek lain (Bagi Perajurit Muda)
πŸ”΄Ijazah Sarjana Muda (Bakal Pegawai)
πŸ”΄Tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan
πŸ”΄Kakitangan kerajaan atau swasta adalah di galakkan
πŸ”΄BMI tidak melebihi : 26.9
-Tinggi minimum untuk Lelaki : 1.62cm
-Tinggi minimum untuk Wanita : 1.57cm
πŸ”΄Sihat tubuh badan dan tidak rabun

*KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA SEMASA PEMILIHAN*
*BUJANG*

πŸ”΄Salinan Mykad
πŸ”΄Salinan sijil kelahiran
πŸ”΄Salinan sijil berhenti sekolah
πŸ”΄Salinan sijil akademik SPM (Perajurit Muda)
πŸ”΄ Salinan transkrip Ijazah Sarjana Muda (Bakal Pegawai)
πŸ”΄Salinan Mykad Ibu dan Bapa
πŸ”΄Gambar ukuran pasport(8 keping)
πŸ‘†πŸ» 4 Salinan

*BAGI YANG BERKAHWIN SERTAKAN SEKALI*
πŸ”΄Salinan Mykad suami/isteri
πŸ”΄Salinan sijil nikah
πŸ”΄Salinan sijil kelahiran anak
πŸ‘†πŸ» 4 Salinan

*INSENTIF DAN KEMUDAHAN*
πŸ”΅Elaun Latihan Tempatan
πŸ”΅Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan
πŸ”΅Sagu Hati Tahunan
πŸ”΅Elaun Perjalanan
πŸ”΅Pakaian Seragam Percuma
πŸ”΅Elaun Pakaian Seragam
πŸ”΅Perlindungan Perubatan
πŸ”΅Skim Insurans Kelompok Pasukan Simpanan Sukarela

*KELEBIHAN SERTAI KAMI*
⚫ Peluang belayar bersama kapal TLDM
⚫ Latihan renang percuma
⚫ Meneroka dunia maritim
⚫ Sajian percuma semasa latihan
⚫ Penginapan percuma semasa latihan

*SILA BAWA BERSAMA BORANG SEMASA HARI TEMUDUGA*
*UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI*
πŸ“ž (Call) atau πŸ“±(Whatsapp)
No. HP :
013 - 8134158 LT Yusni bin Manaf πŸ“±
018 - 9860020 BM TNL Norhidayah binti Mohd Fuad πŸ“±

21/05/2026
ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π πŠπ€π–π€πƒ π’π„ππ˜π€π 𝐏𝐒𝐓𝐋 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 π“π‹πƒπŒ πŠπ„-πŸ—πŸ πŒπ„πŒπ”πŠπ€π” πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Syabas diucapkan kepada Pasukan Kawad...
11/05/2026

ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π πŠπ€π–π€πƒ π’π„ππ˜π€π 𝐏𝐒𝐓𝐋 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 π“π‹πƒπŒ πŠπ„-πŸ—πŸ πŒπ„πŒπ”πŠπ€π” πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Syabas diucapkan kepada Pasukan Kawad Senyap Pasukan Simpanan Tentera Laut Tawau yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-92 pada tahun ini.

Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sekitar Sabah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-92. Antara jemputan tersebut adalah persembahan sempena Hari Terbuka Pangkalan KD SRI TAWAU, _Sunset Caremony_ Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Hari Terbuka Armada Timur dan Hari Terbuka Markas Wilayah Laut 2.

Persembahan Kawad Senyap ini telah menjadi antara tarikan utama sempena sambutan tersebut berlangsung dengan penuh gilang-gemilang serta mendapat sambutan hangat daripada pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Persembahan yang disempurnakan oleh anggota terlatih ini mempamerkan disiplin tinggi, ketepatan pergerakan serta semangat berpasukan yang jitu. Kawad tanpa arahan suara tersebut menonjolkan kecekapan anggota dalam melaksanakan setiap pergerakan secara seragam dan tersusun, sekaligus mencerminkan profesionalisme serta standard tinggi yang diamalkan dalam perkhidmatan.

Acara ini turut memberi peluang kepada orang awam untuk lebih mendekati warga serta memahami peranan dan tanggungjawab yang digalas dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara. Selain persembahan kawad senyap, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan termasuk pameran aset, lawatan ke kapal, serta aktiviti interaktif bersama pengunjung.

Sunset Ceremony yang berlangsung pada sebelah petang p**a menambahkan lagi keunikan program dengan suasana penuh istiadat dan simbolik, memperlihatkan tradisi ketenteraan yang kaya dengan nilai sejarah dan warisan.

Secara keseluruhannya, penganjuran seperti ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan antara angkatan tentera dan masyarakat, malah turut meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan keselamatan maritim negara.




Markas Pemerintahan Armada Timur
Markas Wilayah Laut 2
Markas Pasukan Simpanan TLDM
KD SRI TAWAU

*PENGAMBILAN TERBUKA BAKAL PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TAWAU SABAH*TEMPAT : KD SRI TAWAU, Pa...
27/01/2026

*PENGAMBILAN TERBUKA BAKAL PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TAWAU SABAH*

TEMPAT : KD SRI TAWAU, Pangkalan TLDM
TARIKH : 14 FEB 2026
MASA : 0800H
PAKAIAN : PAKAIAN SUKAN LENGKAP, KASUT SUKAN DAN TUDUNG HITAM BAGI WANITA
TARIKH PENGAMBILAN BORANG : 21 JAN - 13 FEB 26 (BORANG BOLEH DIDAPATI DI BALAI PENGAWAL KD SRI TAWAU)

*SYARAT-SYARAT*
πŸ”΄Warganegara Malaysia
πŸ”΄Berumur 18 hingga 40 tahun ( Pegawai )
πŸ”΄Berumur 18 hingga 35 tahun ( Lain Lain Pangkat )
πŸ”΄Lulus SPM dengan Kepujian Bahasa Melayu dan 3 subjek lain (Bagi Perajurit Muda)
πŸ”΄Ijazah Sarjana Muda (Bakal Pegawai)
πŸ”΄Tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan
πŸ”΄Kakitangan kerajaan atau swasta adalah di galakkan
πŸ”΄BMI tidak melebihi : 26.9
-Tinggi minimum untuk Lelaki : 1.62cm
-Tinggi minimum untuk Wanita : 1.57cm
πŸ”΄Sihat tubuh badan dan tidak rabun

*KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA SEMASA PEMILIHAN*
*BUJANG*

πŸ”΄Salinan Mykad
πŸ”΄Salinan sijil kelahiran
πŸ”΄Salinan sijil berhenti sekolah
πŸ”΄Salinan sijil akademik SPM (Perajurit Muda)
πŸ”΄ Salinan transkrip Ijazah Sarjana Muda (Bakal Pegawai)
πŸ”΄Salinan Mykad Ibu dan Bapa
πŸ”΄Gambar ukuran pasport(8 keping)
πŸ‘†πŸ» 4 Salinan

*BAGI YANG BERKAHWIN SERTAKAN SEKALI*
πŸ”΄Salinan Mykad suami/isteri
πŸ”΄Salinan sijil nikah
πŸ”΄Salinan sijil kelahiran anak
πŸ‘†πŸ» 4 Salinan

*INSENTIF DAN KEMUDAHAN*
πŸ”΅Elaun Latihan Tempatan
πŸ”΅Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan
πŸ”΅Sagu Hati Tahunan
πŸ”΅Elaun Perjalanan
πŸ”΅Pakaian Seragam Percuma
πŸ”΅Elaun Pakaian Seragam
πŸ”΅Perlindungan Perubatan
πŸ”΅Skim Insurans Kelompok Pasukan Simpanan Sukarela

*KELEBIHAN SERTAI KAMI*
⚫ Peluang belayar bersama kapal TLDM
⚫ Latihan renang percuma
⚫ Meneroka dunia maritim
⚫ Sajian percuma semasa latihan
⚫ Penginapan percuma semasa latihan

*SILA BAWA BERSAMA BORANG SEMASA HARI TEMUDUGA*
*UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI*
πŸ“ž (Call) atau πŸ“±(Whatsapp)
No. HP :
013 - 8134158 LT Yusni bin Manaf πŸ“±
018 - 9860020 BM TNL Norhidayah binti Mohd Fuad πŸ“±

16/01/2026

Address

PSTL Tawau, D/A KD SRI TAWAU, Pangkalan TLDM, Jalan Tanjung Batu
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSTL TAWAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSTL TAWAU:

Shortcuts

Share