01/09/2026
# # ๐ฏโฝ PROGRAM YOUNG TIGERS | MEMBINA BAKAT, MEMUPUK SEMANGAT
**TAWAU | 31 Ogos 2026**
Suasana meriah mewarnai **Program Young Tigers** anjuran **Kelab Belia Inspirasi Kampung Pukat (KBI), Tanjung Batu Laut** yang berlangsung di **Sekolah Kebangsaan Kukusan, Tawau**.
Program ini memberi ruang kepada kanak-kanak dan golongan belia untuk mengisi masa dengan aktiviti yang sihat, di samping membina **keyakinan diri, semangat kerjasama serta mengembangkan potensi dan bakat dalam bidang s**an**.
KBSK Tawau amat menghargai usaha **Kelab Belia Inspirasi Kampung Pukat** dalam menggerakkan aktiviti pembangunan belia di peringkat akar umbi. Program seperti ini bukan sekadar tentang mengejar kemenangan di padang, tetapi lebih penting dalam membentuk **disiplin, keberanian, persahabatan dan keyakinan diri** dalam kalangan generasi muda.
๐ฑ **Bakat perlu dicungkil.**
โฝ **Peluang perlu diberikan.**
๐ช **Generasi muda perlu terus digerakkan.**
Semoga **Program Young Tigers** menjadi platform berterusan dalam melahirkan generasi muda Tawau yang aktif, berdaya saing dan mempunyai semangat kes**anan yang tinggi.
**Tahniah dan syabas kepada Kelab Belia Inspirasi Kampung Pukat serta semua pihak yang menjayakan program ini!**
**KBSK Tawau**
*โMembangun Belia, Mencipta Kecemerlangan Sukanโ*