Halaman Pd Kg Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka

Halaman Pd Kg Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka πŸ”ΆPERPUSTAKAAN DESA KUALA SUNGGA TEBONG
πŸ”·MASYARAKAT BERILMU PENGGERAK WAWASAN

04/09/2026

JUMAAT | 04 SEPTEMBER 2026
πŸ–₯️ π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŒπ€π˜π€ πŸ–₯️
KUIZ SEMARAK JAWI
π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ‚π”ππ€ πŸ€—




04/09/2026

βš½πŸ‡²πŸ‡Ύ BOLA MERDEKA: SATU INSPIRASI β€” APABILA BOLA SEPAK MENYATUKAN KITA

Bola sepak bukan sekadar permainan di atas padang. Ia adalah bahasa bersama yang menyatukan rakyat Malaysia, mencetuskan semangat kekitaan dan menghidupkan rasa bangga sebagai rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ.

Jauh sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan, bola sepak telah menjadi sebahagian daripada denyut nadi semua masyarakat merentas kaum, agama, generasi dan latar belakang. Sorakan di stadium, semangat kesukanan dan kecintaan terhadap pasukan negara menjadi bukti kukuh bahawa di sebalik kepelbagaian, kita mampu berdiri bersama sebagai satu negara. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Ayuh, bawa keluarga dan sahabat berkunjung ke Pameran Bola Merdeka: Satu Inspirasi anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia.

πŸ“… 31 Ogos – 31 Disember 2026
πŸ“ Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur
🎟️ Masuk PERCUMA!

Hayati perjalanan dan perkembangan bola sepak negara serta selami kisah di sebalik sukan yang bukan sahaja mencipta legenda, tetapi turut menjadi sebahagian daripada sejarah pembinaan negara bangsa.

Kerana setiap gol mencipta kenangan, setiap sorakan menyatukan hati dan setiap kemenangan mengingatkan bahawa walau kita berbeza, tetapi kita tetap rakyat Malaysia.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Muzium Malaysia




04/09/2026
04/09/2026

ANDA DARI NEGERI MANA? JOM TUNJUKKAN IDENTITI NEGERI ANDA! πŸ‘‡πŸ˜

Tahukah anda? Setiap negeri di Malaysia menyimpan warna, cerita dan warisan yang tersendiri dan semuanya bersatu membentuk satu identiti: JIWA MALAYSIA. ❀️

🎭 Pakaian tradisional yang penuh makna
🎢 Alat muzik warisan turun-temurun
πŸ‘˜ Seni budaya yang mengikat generasi
⚽ Permainan tradisional yang membesarkan kita semua

Setiap satu bukan sekadar sejarah, ia adalah KITA.

✨ Ayuh datang dan alami sendiri kepelbagaian budaya Malaysia menerusi:

πŸ“Œ PAMERAN RONA JIWA MALAYSIA: BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA
πŸ“… 3 Ogos – 19 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 7.00 malam
πŸ“ Ruang Pameran, Aras 1, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia

πŸ€” CABARAN UNTUK ANDA!

Komen di bawah sekarang:
1️⃣ Anda dari negeri mana? πŸ‡²πŸ‡Ύ
2️⃣ Apa budaya/warisan negeri anda yang paling anda banggakan?

Jom kita kenali satu sama lain, raikan perbezaan, dan buktikan

Walaupun berbeza budaya, kita tetap berkongsi SATU JIWA , JIWA MALAYSIA! β€οΈπŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Perpustakaan Negara Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI




04 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT🌿 Assalamualaikum & Salam Jumaat Mubarak 🀍Setiap pagi adalah peluang baharu untuk mendekatkan ...
04/09/2026

04 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT
🌿 Assalamualaikum & Salam Jumaat Mubarak 🀍
Setiap pagi adalah peluang baharu untuk mendekatkan diri kepada Allah.

03/09/2026

KHAMIS | 03 SEPTEMBER 2026
πŸ–₯️ π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŒπ€π˜π€ πŸ–₯️
KUIZ INOVASI & TEKNOLOGI
π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ‚π”ππ€ πŸ€—




03/09/2026

PEMBENIHAN AWAN SEBAGAI IKHTIAR MANUSIA

Pembenihan awan ialah sejenis pengubahsuaian cuaca yang bertujuan mengubah jumlah atau jenis kerpasan, mengurangkan hujan batu, atau menghilangkan kabus.

Awan terdiri daripada titisan air yang sangat kecil atau kristal ais. Ia terbentuk apabila wap air di atmosfera menyejuk dan memeluwap di sekeliling zarah kecil seperti debu atau garam yang terapung di udara.

Zarah ini dikenali sebagai nukleus pemeluwapan (condensation nuclei) atau nukleus ais (ice nuclei). Tanpa zarah tersebut, titisan hujan tidak dapat terbentuk dan kerpasan tidak akan berlaku.

Pembenihan awan ialah teknik pengubahsuaian cuaca yang meningkatkan keupayaan awan untuk menghasilkan hujan atau salji dengan memasukkan nukleus ais yang sangat kecil ke dalam jenis awan tertentu.

(Sumber rajah asal: AFP)

03/09/2026

π’πˆπ‘πˆ 𝟐: ππ„π‘πˆππ€π‡π€π’π€ πŒπ„π‹π€π˜π” π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€; πŽπ‘π€ππ† ππ„π‘ππ”πƒπˆ πŠπˆπ“π€ 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, πŽπ‘π€ππ† πŒπ„πŒππ„π‘πˆ πŠπˆπ“π€ πŒπ„π‘π€π’π€.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sepakat mengangkat peribahasa Melayu, "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" sebagai wahana pesanan keselamatan kepada pengguna lebuh raya.

Bermula pada 31 Ogos 2026, inisiatif ini dilaksanakan menerusi 16 buah papan tanda elektronik berwarna (VMS) di lokasi terpilih sepanjang lebuh raya PLUS.

Usaha ini diharapkan dapat membugar kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya keselamatan jalan raya menerusi medium bahasa dan sastera Melayu.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS atas komitmen dan usaha murni dalam memperluas peranan bahasa dan sastera sebagai wahana pendidikan dan pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab.

03/09/2026

DRAMA MELAYU DULU MEMANG LAGI BEST.

Atau hidup kita yang dulu tak seserabut sekarang?

Bila klip drama lama muncul semula, ramai terus terasa sesuatu.

Dialognya lebih melekat.
Wataknya nampak hidup.
Jalan ceritanya terasa dekat.
Lagu temanya baru beberapa saat dimainkan, kita sudah boleh sambung menyanyi.

Tetapi mungkin ada satu lagi sebab.

Kita bukan sekadar menonton semula drama lama. Kita sedang membuka semula sebahagian hidup yang tersimpan bersamanya.

Drama itu pernah ditonton di ruang tamu rumah lama.

Ketika ibu bapa masih muda.
Ketika adik-beradik masih berkumpul.
Ketika telefon belum sentiasa berada di tangan.
Ketika satu episod menjadi perkara yang ditunggu sepanjang minggu.

Sebab itu drama lama terasa lebih β€œhidup”.

Otak tidak menyimpan cerita sahaja. Ia turut menyimpan tempat, suara, bau rumah, orang yang duduk di sebelah dan perasaan kita pada waktu itu.

Apabila menontonnya semula, semua memori tersebut datang sekali.

Fenomena ini berkait dengan nostalgia bias. Kita cenderung menyimpan bahagian yang indah dan membiarkan perkara yang biasa atau mengecewakan semakin kabur.

Drama yang membosankan dahulu mungkin sudah dilupakan. Yang tinggal dalam ingatan hanyalah karya yang benar-benar memberi kesan.

Sedangkan drama hari ini dinilai semuanya, termasuk yang baik, sederhana dan mengecewakan.

Sudah tentu bukan semuanya permainan memori. Sebahagian drama lama memang mempunyai skrip yang kuat, dialog yang tidak terlalu dibuat-buat dan watak yang berkembang perlahan-lahan.

Tetapi cara kita menonton juga sudah berubah.

Dahulu kita menonton satu skrin.

Sekarang kita menonton drama sambil membalas mesej, membaca komen, membuka aplikasi lain dan mempercepatkan babak yang terasa lambat.

Cerita belum sempat masuk ke hati, perhatian kita sudah berpindah.

Jadi apabila kita berkata,

β€œDrama Melayu dulu lebih bagus…”

Mungkin kita bukan hanya merindui mutu ceritanya.

Kita merindui zaman ketika kita masih mampu duduk diam, menunggu episod seterusnya dan menikmati sesuatu tanpa perlu melakukan lima perkara serentak.

Kadang-kadang yang kita rindukan bukan drama itu.

Kita rindukan siapa diri kita ketika menontonnya.

03 SEPTEMBER 2026 | KHAMISAssalamualaikum dan selamat pagi Khamis🌷🌟Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan..
03/09/2026

03 SEPTEMBER 2026 | KHAMIS
Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis🌷

🌟Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan..

Address

Perpustakaan Desa Kuala Sungga
Tebong
76460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6064486051

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaman Pd Kg Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Halaman Pd Kg Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka:

Shortcuts

Share

Category