Pas Cawangan Kg Kangkar Tebrau

Pas Cawangan Kg Kangkar Tebrau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pas Cawangan Kg Kangkar Tebrau, Political organisation, No 41 Jalan mutiara 4 taman bukit mutiara, Tebrau.

26/10/2023
30/11/2021

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan.

30/11/2021
Alhamdulillah…moga Allah memelihara para Ulama’ dan memenangkan parti Islam ini untuk mentadbir sepenuhnya kerajaan akan...
25/11/2021

Alhamdulillah…moga Allah memelihara para Ulama’ dan memenangkan parti Islam ini untuk mentadbir sepenuhnya kerajaan akan datang..Allahuakbar!!!

23/11/2021

Inilah PAS yang membezakannya dengan parti lain

Ketika Tun Dr Mahathir bersetuju untuk memberi perlindungan kepada Dr Zakir Naik, rakan-rakan politiknya menghentam kiri dan kanan. PAS mengambil pendirian menyokong tindakan Tun biarpun Tun dari kumpulan yang memusuhi PAS.

Apabila Dr Maszlee Malik dihentam oleh rakan-rakan sepasukannya dalam isu memperkenalkan tulisan jawi dalam matapelajaran Bahasa Melayu, PAS mengambil pendirian menyokong Dr Maszlee dalam isu itu. Biarpun Menteri Pendidikan itu dari bahtera berbeza.

Apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng dihadap ke mahkamah kerana isu banglo, Presiden PAS diminta oleh wartawan untuk komen isu itu. Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang berkata, “Serahkan kepada mahkamah yang akan membuat keputusan. Kerana menurut Islam seseorang itu tidak dikira bersalah sehinggalah mahkamah memutuskannya bersalah.”

Sewaktu kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin Umno membuat keputusan mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda bagi semua premis dalam negeri itu, PAS menyatakan sokongan 100%.

Demikianlah wajah PAS.

Sentiasa menyokong kebenaran dan kebaikan walau ia datang dari pihak mana sekalipun. Kawan atau lawan, tidak menjadi masalah.

PAS JUGA menentang sebarang kebatilan, kezaliman, ketidak-adilan walaupun ia datang dari rakan sepasukan sendiri.

Ketika pelbagai pihak sibuk menghentam kerajaan kerana membenarkan cabutan judi ditambah kepada 22 kali seminggu, Naib Presiden PAS awal-awal sudah sudah bertemu dengan menteri berkenaan untuk menyatakan bantahan dari pihak PAS.

Ketika viral isu jenama arak Timah, PAS segera mengadakan bantahan kepada pihak berkenaan.

Sewaktu Suhakam merancang untuk mengiktiraf LGBT, PAS sekali lagi bertindak membantah.

Demikianlah PAS.

Dalam menjalankan kerja amar maaruf nahi mungkar, sentiasa berada di saf hadapan.

Ada pihak lain, bila timbul sesuatu isu, mereka bukan nak buat bantahan terhadap perkara itu, sebaliknya mereka gembira kerana boleh hentam PAS.

Timbul isu cabutan 22 kali seminggu, berbakul-bakul mereka mencerca PAS. Bila timbul isu Timah, siang malam mereka hayun PAS di media sosial.

Timbul isu Sajad, isu LGBT dan sebagainya mereka sentiasa jadikan PAS sebagai sasaran maki hamun siang dan malam.

Mereka tidak bantahpun Timah, judi 22, LGBT dan sebagainya. Bahkan mereka bergembira isu-isu itu muncul kerana ia peluang besar untuk mereka hentam PAS.

Seolah-oleh PAS lah yang keluarkan produk arak Timah, PASlah yang bagi lesen judi 22 kali cabutan, PAS lah yang menyuburkan kegiatan LGBT dan sebagainya.

Kini bila timbul isu pengharaman judi di Kedah, kita mengharapkan semua kumpulan khususnya yang didokong oleh orang Melayu beragama Islam, memberikan sokongan terhadap tindakan kerajaan Kedah.

Nak dengarlah sepatah dari pimpinan mereka, “Tahniah kerajaan Kedah!”

Atau sekurang-kurangnya mereka diam, menyimpan gembira di dalam hati, kedai judi sudah tidak boleh beroperasi di Kedah.

Rupa-rupanya tidak ada.

Bahkan mereka pakat menyindir secara berjamaah. Menghentam dan mempersoalkan kenapa Kedah tidak mengambil kira masyarakat berbilang bangsa dan sebagainya.

Nampak tak beza PAS dengan mereka!

(FB DUP Pahang)

TAHNIAH DARI KAMI !PAS Kawasan Tebrau merakamkan ucapan Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin kerana diberi kepe...
23/11/2021

TAHNIAH DARI KAMI !

PAS Kawasan Tebrau merakamkan ucapan Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin kerana diberi kepercayaan untuk menerajui PAS Negeri Johor sebgai Pesuruhjaya bagi sesi 2021-2023.

Semoga diberikan naungan dan bantuan dari Allah Ta'ala dalam segala gerak kerja yang dilaksanakan, insyaAllah.

Siiru 'Alaa Barakatillah

Tahniah jugak dari PCKKT!!

Alhamdulillah..
22/11/2021

Alhamdulillah..

22/11/2021
22/11/2021
Pindaan tarikh Mesyuarat PCKKT bil 4/2019 ;Tarikh : 11 Sept '19Hari     : RabuMasa. : 9.30 mlmTempat: samaSekian utk mak...
11/09/2019

Pindaan tarikh Mesyuarat PCKKT bil 4/2019 ;
Tarikh : 11 Sept '19
Hari : Rabu
Masa. : 9.30 mlm
Tempat: sama

Sekian utk makluman...

Address

No 41 Jalan Mutiara 4 Taman Bukit Mutiara
Tebrau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Kg Kangkar Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share