Ameerah Kota Melaka

Ameerah Kota Melaka Ini merupakan halaman rasmi Ameerah Kota Melaka. Ameerah merupakan organisasi Muslimat Muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM). AMEERAH?

Keahlian adalah wanita muda yang berumur 18-40 tahun. AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri. Ia membawa Visi:
Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia. Misi: 3P:
Potitik, Patriotisme, Partisipasi

Ia sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia. Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan

kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.

02/03/2023
25/02/2023
20/02/2023
Panas takpa, jgn koyak 😂
19/02/2023

Panas takpa, jgn koyak 😂

KUALA LUMPUR: Penyertaan pertama Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) ketika sesi bahas di Dewan Rakyat semalam menarik minat ramai Ahli Parlimen kerajaan, sehingga sesi pada sebelah petang itu panas seketika.

17/02/2023

TERUSKAN MENYOKONG RUU 355

Perjuangan ke arah pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau RUU 355 sejak Mac 2015 akan terus digerakkan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memahami agamanya.

Usul yang pertama kali dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS pada Mei 2016 ini hakikatnya hanya tinggal selangkah ke parlimen pada hujung sidang Oktober 2022 lalu.

Pastinya, usaha ini tidak mudah. RUU 355 ini melibatkan syariah yang berada di bawah kuasa Raja-Raja Melayu. Negerilah yang akan buat pertimbangan dan pindaan susulan sama ada untuk mengekalkan atau meminda hukuman bagi kesalahan jenayah syariah di negeri masing-masing selepas RUU 355 diluluskan.

Alhamdulillah. Hasil komitmen Dr. Zulkifli, Ustaz Idris, YB Marzuk serta semua pihak yang bersama, draf RUU 355 telah berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri pada 11 hingga 12 Oktober 2021.

Cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri ini juga telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 29 Mac 2022.

Akhirnya, pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU 355. Draf tersebut telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Alhamdulillah.

Kini, RUU 355 sudah siap dan sedia dibawa oleh mana-mana parti politik yang memegang kerajaan selepas PRU-15.

Justeru, besar harapan PAS serta umat Islam agar RUU ini dapat diluluskan.

Dan pastinya ia akan menjadi kejayaan serta kemenangan buat rakyat yang telah menyokong perjuangan RUU 355 sejak sekian lama. Himpunan kita di Padang Merbok membuahkan hasil!

Teruskan menyokong RUU 355.

Muna Adila Che Rime
Exco Penerangan Ameerah Malaysia

Alfatihah untuk almarhum tuan guru
16/02/2023

Alfatihah untuk almarhum tuan guru

Mengenangkan dirinya mengimbau pelbagai kenangan manis, hiba dan penuh semangat.

Beliau merupakan sosok Murabbi Ummah yang tidak pernah luntur semangatnya untuk memperjuangkan Islam di bumi Malaysia dan Kelantan secara khususnya.

Bahkan, sehingga akhir hayat Almarhum terus berjuang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), walaupun berdepan dengan pelbagai serangan dan kecaman lawan. Namun, Islam tetap menjadi asas perjuangan utama beliau.

Terlalu kecil ujian yang dihadapi kini, jika diambil iktibar daripada istiqamah dan iltizam yang beliau pamerkan sepanjang usianya dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat dan mempertahankan kesucian agama.

Begitulah perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hari ini, sudah genap lapan tahun pemergian Almarhum menemui Rabb al-Jalil. Ketika hidupnya, dihina dan dicaci. Matinya p**a, dimuliakan dan dipuji.

Kita semua juga menanti untuk dijemput kembali kepada Allah SWT, maka persiapkan bekalan taqwa dan amal untuk kita persembahkan di hadapan-Nya kelak. Mudah-mudahan, beliau beroleh rahmat dan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.

👍👍👍
14/02/2023

👍👍👍

💚💚💚
14/02/2023

💚💚💚

Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas

Mesyuarat Parlimen hari ini akan mendengar Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Daulat Tuanku.

Alhamdulillah
13/02/2023

Alhamdulillah

Doa buat Turki & Syria 🤲
07/02/2023

Doa buat Turki & Syria 🤲

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan kejadian gempa bumi terburuk dalam sejarah bencana alam di negara tersebut.

Dilaporkan bahawa gempa bumi yang berukuran 7.8 magnitud tersebut telah meragut lebih 3,800 nyawa setakat ini dan lebih 13,293 lagi dilaporkan cedera. Usaha pencarian mangsa masih lagi berlangsung.

Kejadian gempa bumi tersebut juga turut mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, bangunan dan kediaman di wilayah - wilayah yang terkesan akibat kejadian tersebut seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa.

Insya-Allah Parti Islam Se-Malaysia akan menggerakkan bantuan melalui PASRelief. Usaha ini sudah mula digerakkan dan satu gabungan NGO telah dibentuk untuk menyelaras bantuan bencana gempa bumi dengan kadar segera.

Semoga Turkiye, Syria dan warga kedua-dua negara berkenaan dilindungi dan dirahmati Allah SWT.


28/01/2023

"Melihat keperluan ini (menambah kefahaman ilmu masyarakat), saya berfikir untuk meninggalkan warisan ilmu sekadar kemampuan saya, dalam usia saya yang sudah akhir dah.

Jadi sebelum saya meninggal dunia, biar saya ada tinggal benda yang bermanfaat kepada masyarakat.

Saya harap tuhan menerima perkara yang saya lakukan ini untuk kebaikan kita semua, dunia dan akhirat."

Masuk sahaja Tahun Baharu Cina, musim limau mandarin pun tiba. Seronok apabila menerima hadiah buah limau dan angpau dar...
22/01/2023

Masuk sahaja Tahun Baharu Cina, musim limau mandarin pun tiba. Seronok apabila menerima hadiah buah limau dan angpau daripada rakan-rakan berbangsa Cina ❤

Semoga tahun baharu kali ini memberi 1001 kebaikan dan kebahagiaan kepada rakan-rakan berbangsa Cina.

'XIN NIAN KUAI LE'

Ikhlas daripada,
Ameerah Melaka.

Address

Telok Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kota Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Kota Melaka:

Share