SPRM Melaka

SPRM Melaka Sila hubungi SPRM Negeri Melaka sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada masa yang sama, anda semua juga boleh menghubungi kami untuk program/aktiviti pendidikan anti rasuah.

WIRA ANTIRASUAH: MEMBENTUK GENERASI, MEMBINA MASA DEPANMELAKA, 13 Ogos 2026 – “Integriti bukan sekadar nilai yang disebu...
13/08/2026

WIRA ANTIRASUAH: MEMBENTUK GENERASI, MEMBINA MASA DEPAN

MELAKA, 13 Ogos 2026 – “Integriti bukan sekadar nilai yang disebut, tetapi prinsip yang perlu diterjemahkan dalam setiap tindakan.” Hari ini menjadi satu lagi langkah bermakna dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka memperkukuh pendidikan anti Rasuah dan pembudayaan integriti dalam kalangan generasi muda menerusi Program Wira Anti Rasuah Bersama SPRM Negeri Melaka dengan Kerjasama Strategik Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Tahun 2026.

Program yang berlangsung bersama warga SMK Tinggi St. David ini membawa satu mesej yang jelas bahawa usaha memerangi rasuah perlu bermula sejak di bangku sekolah. Para pelajar didedahkan bahawa menjadi Wira Anti Rasuah tidak memerlukan tindakan luar biasa. Ia bermula dengan perkara asas yang dilakukan setiap hari antaranya berkata benar, bersikap jujur, mematuhi peraturan, menghormati guru dan rakan serta berani melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa melihat kerana integriti yang dibina hari ini akan menjadi benteng diri pada masa hadapan.

Dalam dunia yang semakin kompleks, kecemerlangan akademik semata-mata belum memadai. Generasi masa hadapan perlu memiliki ilmu, jati diri, keberanian dan prinsip untuk membezakan perkara yang benar dan salah.

Program ini turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sebagai penyumbang utama, serta Lembaga Perumahan Melaka dan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik yang bersama-sama mendukung agenda pembentukan generasi berintegriti.

Kerjasama sebegini membuktikan bahawa membina masyarakat yang bersih dan berintegriti bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia memerlukan sinergi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, guru, ibu bapa dan masyarakat. Hari ini kita membina nilai. Esok kita menuai generasi berintegriti. Semoga para pelajar SMK Tinggi St. David terus menjadi Wira Anti Rasuah yang berani berkata TIDAK kepada rasuah, menjunjung amanah dan menjadi teladan kepada masyarakat.










SINERGI INTEGRITI STRATEGIK: KDN & SPRM MEMPERKASA ANGGOTA PENGUATKUASA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) BAHAGIAN PENGUATK...
12/08/2026

SINERGI INTEGRITI STRATEGIK: KDN & SPRM MEMPERKASA ANGGOTA PENGUATKUASA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) BAHAGIAN PENGUATKUASA DAN KAWALAN.

MELAKA, 12 Ogos 2026 – Perkongsian berkaitan integriti dan antirasuah terus diperkasakan menerusi penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dalam Kursus Kajian Semiotik dan Representasi Makna dalam Media dan Teknik Penulisan anjuran Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka.

Ceramah telah disampaikan oleh Ps Noor Haslinna binti Hafadz@Harun, Unit Pencegahan Tatakelola, yang berkongsi pengetahuan dan pandangan berkaitan aspek integriti serta kepentingan penerapan nilai antirasuah dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Kursus yang melibatkan 21 orang anggota penguat kuasa KDN ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta, khususnya dalam aspek media, penulisan serta penerapan nilai integriti dalam penyampaian maklumat.

Sesi perkongsian ini turut memperkukuh kesedaran, kefahaman dan penghayatan terhadap prinsip integriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai anggota penguat kuasa. Pengisian turut memberi penekanan terhadap kepentingan membina jati diri yang teguh, amanah dalam melaksanakan tugas dan berani menolak sebarang bentuk rasuah serta salah laku.

Komitmen jitu KDN ini adalah manifestasi jelas terhadap doktrin "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" bagi melahirkan modal insan penguatkuasaan yang telus, berwibawa, dan kalis tolak ansur terhadap penyelewengan.

Kerjasama antara KDN dan SPRM diharapkan dapat terus diperkukuh melalui program-program berbentuk peningkatan pengetahuan dan kesedaran antirasuah, sekali gus menyokong usaha mewujudkan perkhidmatan awam yang berintegriti dan bebas daripada rasuah.










MEMPERKASA PROFESIONALISME, MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM MENEMPA ARAS BAHARU PROFESIONALISME JPJ MALAYSIAMELAKA, 12 Ogos...
12/08/2026

MEMPERKASA PROFESIONALISME, MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM MENEMPA ARAS BAHARU PROFESIONALISME JPJ MALAYSIA

MELAKA, 12 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha pendidikan antirasuah melalui penyampaian Ceramah Pengurusan Rasuah sempena Kursus Profesionalisme Pegawai Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Siri 2 Tahun 2026.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh PKPs Muhamad Fadir Bin Abdullah, Unit Pendidikan Masyarakat kepada 129 pegawai JPJ menjadi wadah penting dalam memberikan pendedahan, kefahaman dan kesedaran berkaitan pengurusan rasuah. Di samping memperkukuh penghayatan terhadap kepentingan integriti, amanah dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Bagi sebuah perkhidmatan yang berhadapan dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab kepada masyarakat, integriti bukan sekadar nilai yang perlu diketahui, tetapi prinsip yang wajib diterapkan dalam setiap keputusan dan tindakan.

Melalui pendidikan antirasuah yang berterusan, SPRM komited untuk membina barisan penjawat awam yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, tegas menolak sebarang bentuk rasuah, profesional dalam membuat keputusan, berintegriti dalam menjalankan tugas serta bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Dengan komitmen yang berterusan antara SPRM dan JPJ dalam membentuk anjakan paradigma, pendedahan awal, serta penyesuaian minda kepada pelatih baharu demi melahirkan modal insan perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah serta turut memperkasakan tadbir urus, memupuk budaya kerja beretika serta memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan akan dilaksanakan dengan penuh integriti demi kepentingan organisasi dan negara.










SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABASSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi t...
11/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada:

YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh
atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka;

serta

YB Datuk Md Azhan Bin Samat
atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, ketegasan, profesionalisme dan amanah, demi kemajuan serta kesejahteraan Negeri Melaka.

Ikhlas daripada
YBhg. Datuk Adi Supian Bin Shafie
Pengarah SPRM Melaka
serta seluruh warga kerja SPRM Melaka.










GENERASI BERINTEGRITI, MASA DEPAN BERWIBAWA : KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK BERSAMA SPRM NEGERI MELAKA.MELAKA, 8 Ogo...
08/08/2026

GENERASI BERINTEGRITI, MASA DEPAN BERWIBAWA : KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK BERSAMA SPRM NEGERI MELAKA.

MELAKA, 8 Ogos 2026 – Hampir 40 pelajar yang merupakan ahli Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dari Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek telah menyertai Kem Jati Diri bertemakan “Memahami Rasuah, Menghayati Amanah, Menolak Salah Laku” yang berlangsung di Atok Aji Camp Site, terletak di kawasan Taman Mini Malaysia & ASEAN (kini dikenali sebagai Malaysia Heritage Studios) di Ayer Keroh.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dengan kerjasama bersama KPM Ayer Molek terus memperkasa usaha dalam pendidikan antirasuah menerusi taklimat ringkas berkaitan rasuah serta aktiviti berteraskan integriti bersama para peserta.

Sesi taklimat memberi pendedahan berkaitan pengertian rasuah, bentuk-bentuk kesalahan rasuah, implikasi perbuatan rasuah serta kepentingan menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan amanah.

Pengisian tidak terhenti melalui sesi penerangan semata-mata. Para peserta turut terlibat dalam aktiviti interaktif berteraskan integriti dan kerja berpasukan, yang mengetengahkan nilai amanah, kejujuran, tanggungjawab, kerjasama dan saling menghormati yang dikendalikan oleh instruktor yang bertauliah.

Kem Jati Diri ini adalah usaha untuk menerapkan nilai anti rasuah, asas kepimpinan beretika dan kelestarian alam dalam kalangan mahasiswa melalui pelbagai aktiviti interaktif dan mencabar. Program ini juga dapat meningkatkan keupayaan peserta dalam membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab serta memupuk semangat kerjasama, keberanian dan kepercayaan diri melalui aktiviti Explorace Integriti ini berlangsung.

Aktiviti sebegini menjadi platform untuk peserta memahami bahawa integriti bukan sekadar pengetahuan, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan dan sikap dalam kehidupan seharian.









PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (P**A) DAN PENGHAYATAN NILAI MURNI (PNM) KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA SIRI 8/2...
06/08/2026

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (P**A) DAN PENGHAYATAN NILAI MURNI (PNM) KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA SIRI 8/2026.

PORT DICKSON, 6 Ogos 2026 – Integriti merupakan tunjang utama dalam membentuk sebuah perkhidmatan awam yang diyakini, berakauntabiliti dan berwibawa. Selaras dengan aspirasi tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah Program Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (P**A) dan Penghayatan Nilai Murni (PNM) Kementerian Pertahanan Malaysia Siri 8/2026.

Program ini menghimpunkan warga 40 kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai platform memperkukuh kefahaman berkaitan pembudayaan integriti, pemantapan tadbir urus serta pencegahan rasuah dalam pelaksanaan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Melalui perkongsian yang disampaikan, para peserta didedahkan kepada kepentingan mengamalkan prinsip integriti, memperkukuh akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan serta memahami implikasi perundangan terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan perlakuan rasuah.

Taklimat disampaikan oleh Ps Muhammad Aiman Lingen Bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Melaka. Peserta turut didedahkan juga dengan kes-kes semasa yang melibatkan pelbagai kesalahan yang mana banyak memberi kesan kepada peserta yang mana tanggungjawap menbanteras rasuah adalah tanggungjawap bersama dalam memastikan sesebuah oerganisasi bebas dari ancaman rasuah.

SPRM komited untuk terus memperluaskan jaringan kolaborasi strategik bersama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dalam memperkukuh budaya integriti sebagai asas kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam yang telus, cekap dan berkesan.








SPRM MELAKA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MBMB DALAM MEMPERKASA BUDAYA INTEGRITI SIRI 2MELAKA, 5 Ogos 2026 – Suru...
05/08/2026

SPRM MELAKA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MBMB DALAM MEMPERKASA BUDAYA INTEGRITI SIRI 2

MELAKA, 5 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka terus memperkukuh agenda pembudayaan integriti bersama warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Program ini merupakan platform strategik dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta tanggungjawab setiap penjawat awam dalam menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Sepanjang program berlangsung, 26 orang warga MBMB berpeluang mengunjungi lokap dan Video Interview Room - VIR (Bilik Temu Bual Bervideo) serta mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan SPRM, kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), saluran aduan rasuah serta pelbagai inisiatif pendidikan pencegahan yang dilaksanakan oleh SPRM.

Selain itu, sesi perkongsian dikendalikan oleh 2 pegawai SPRM iaitu PKPs Mohd Zulhairni Bin Ibrahim (Taklimat Rasuah Dalam Perkhidmatan) dan PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim (Latihan Dalam Kumpulan - LDK) yang turut memberi penekanan bahawa integriti bukan sekadar nilai, malah merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa telus, berakauntabiliti dan mendapat kepercayaan masyarakat.

Turut hadir dalam program ini adalah PsK Ramli Bin Abdul Hamid, Ketua Siasatan Negeri SPRM Melaka dan juga En Sha’rin Bin Sahat, Ketua Unit Integriti MBMB serta Puan Siti Hajar Binti Abdul Rahman, Pegawai Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Semoga perkongsian ilmu dan kesedaran berkaitan pengurusan rasuah ini dapat memperkukuh kefahaman serta membudayakan nilai integriti, amanah dan tadbir urus yang baik dalam kalangan penjawat awam demi perkhidmatan awam yang lebih berintegriti dan bebas rasuah.








SPRM MELAKA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MBMB DALAM MEMPERKASA BUDAYA INTEGRITI SIRI 1MELAKA, 4 Ogos 2026 – Suru...
05/08/2026

SPRM MELAKA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MBMB DALAM MEMPERKASA BUDAYA INTEGRITI SIRI 1

MELAKA, 4 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka terus memperkukuh agenda pembudayaan integriti menerusi pelaksanaan Program Advokasi dan Pameran Integriti bersama warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Program ini merupakan platform strategik dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta tanggungjawab setiap penjawat awam dalam menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Sepanjang program berlangsung, warga MBMB berpeluang mengunjungi ruang pameran SPRM bagi mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan SPRM, kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), saluran aduan rasuah serta pelbagai inisiatif pendidikan pencegahan yang dilaksanakan oleh SPRM.

Selain itu, sesi perkongsian dan interaksi bersama pegawai SPRM iaitu PKPs Mohd Zulhairni Bin Ibrahim turut memberi penekanan bahawa integriti bukan sekadar nilai, malah merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa telus, berakauntabiliti dan mendapat kepercayaan masyarakat.

Program diakhiri dengan sesi bergambar secara simbolik "Tolak Rasuah" sebagai manifestasi komitmen bersama dalam membudayakan integriti dan memperkukuhkan usaha pencegahan rasuah di semua peringkat.

Turut hadir bersama adalah Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Melaka, Ps Muhammad Aiman Lingen Bin Abdullah, Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, Puan Anuradah A/P Socklingam dan Ketua Unit Intergiti MBMB, En Sha’rin Bin Sahat.

SPRM Negeri Melaka akan terus komited memperluas jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan masyarakat dalam merealisasikan aspirasi Malaysia yang berintegriti serta bebas daripada rasuah.








SPRM MELAKA PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIMELMELAKA, 4 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
05/08/2026

SPRM MELAKA PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIMEL

MELAKA, 4 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka terus komited memperkasakan pembudayaan integriti dan pencegahan rasuah dalam kalangan generasi muda menerusi penganjuran Program Kenali Integriti, Anti Rasuah (KIAR) bersama warga Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para mahasiswa ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti, etika serta tanggungjawab setiap individu dalam menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

Sepanjang sesi ceramah, para peserta didedahkan kepada isu-isu semasa berkaitan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan serta implikasi undang-undang di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694). Turut dikongsikan ialah peranan mahasiswa sebagai ejen perubahan dalam membina masyarakat yang berintegriti dan beretika.

Melalui program ini, SPRM berharap nilai amanah, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dapat diterapkan dalam diri mahasiswa agar mereka menjadi pemimpin masa hadapan yang berintegriti serta sentiasa menolak amalan rasuah.

Taklimat disampaikan oleh PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim dari Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Negeri Melaka bertempat di Auditorium, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) yang dihadiri 300 orang pelajar diploma bagi membina kesedaran tentang pentingnya integriti dalam ekosistem akademik dan pasca-graduasi.

SPRM akan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan menyokong aspirasi negara ke arah Malaysia Bebas Rasuah.








SPRM MELAKA SERTAI PAMERAN KARNIVAL JELAJAH DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI 2026 ZON SELATANMELAKA, 02 Ogos 2026 - Suruha...
05/08/2026

SPRM MELAKA SERTAI PAMERAN KARNIVAL JELAJAH DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI 2026 ZON SELATAN

MELAKA, 02 Ogos 2026 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menyertai Pameran Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 Zon Selatan anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia yang berlangsung selama tiga hari di Kawasan Parkir Zon A dan Zon B, Mydin MITC Melaka.

Penyertaan SPRM Negeri Melaka melalui pembukaan reruai pameran bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai usaha pencegahan rasuah, memperkukuhkan pembudayaan integriti serta menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi SPRM dalam membanteras jenayah rasuah. Booth Pameran Kesedaran Antirasuah akan sentiasa diteruskan bagi mendekati masyarakat setempat secara lebih santai.

Sepanjang 3 hari karnival yang berlangsung dari 31 Julai sehingga 2 Ogos 2026, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai informasi berkaitan Akta SPRM 2009 (Akta 694), kesalahan-kesalahan rasuah, saluran aduan serta inisiatif pendidikan dan pencegahan yang dilaksanakan oleh SPRM. Pegawai SPRM turut memberikan penerangan secara langsung kepada pengunjung bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan integriti dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada para pengunjung yang telah singgah memberikan sokongan dan berinteraksi bersama pegawai kami di lapangan. Sokongan anda adalah pembakar semangat kami untuk terus memelihara integriti negara.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan SPRM dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan serta mendekati masyarakat melalui program pendidikan, advokasi dan pencegahan rasuah.








Address

Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay
Telok Mas
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Melaka:

Shortcuts

Share