03/10/2022
Berjuang Islam mestilah IKHLAS , ISLAM pasti Berjaya !!!
Perjuangan Islam mestilah Ikhlas , syarat kejayaan mesti Ikhlas dalam perjuangan . Andai perjuangan tanpa keikhlasan pastinya ia akan gagal .
Para perjuang mestilah mengikut orang-orang yang terdahulu yang tinggi keikhlasan mereka dalam perjuangan , bukan berjuang kerana nama atau hendak habuan dunia .
Kekuatan perjuangan adalah dengan peningkatan Taqwa didalam diri . Diri perlu kuat dengan Aqidah dan kepercayaan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul .
Para Sahabat ditarbiah oleh Rasulullah dengan keimanan dan keikhlasan yang sangat-sangat tinggi . Islam dapat menawan dunia hasil dari tarbiah Iman yang ditarbiah oleh Rasulullah .
Para Sahabat sanggup bekorban nyawa , harta dan keluarga demi Islam tercinta .
Orang sekarang berjuang ramai yang tidak ikhlas , ramai yang ingin dikenali , inginkan nama disebut dan dipuja , inginkan pangkat dan kedudukan dan berjuang kerana kepentingan dunia yang semantara ini sahaja . Inilah punca susah Islam hendak menang sekarang . Islam itu adalah indah, yang teruknya penganut yang tidak mengikut (ajaran) Islam ... Ramai yang mendakwa mereka perjuang Islam sedangkan mereka tidak mengikut ajaran yang Rasulullah ajar .
Ramai yang berjuang tetapi tidak mendalami ilmu agama , ramai yang berjuang tetapi tidak menghayati keimanan kepada Allah dan Rasul dan yang paling ramai sekarang berjuang tidak ikhlas sehinggkan ada yang bermusuhan sesama sendiri kerana rebut jawatan , ada yang tidak mahu laksanakan kerja kerana tiada jawatan . Ini semua sudah lari dari landasan .
Perjuangan Islam mestilah dipimpin oleh pimpinan yang baik , penyokong yang baik barulah Allah menurunkan kekuatan dan pertolongan !
Para sahabat dulu BERJUANG SEMATA-MATA IKHLAS UNTUK ISLAM contohnya Saidina Saad Bin Waqas yang berjuang menyampaikan dakwah hingga ke China
Petikan kata dari Tuan Shahfizul Bin Sha'arani
Ketua Bahagian Bersatu Klang
3 Oktober 2022